Big Apple Donut – Melayan Tekak

Salam, since dah teringin nak makan Big Apple Donut tu kan, duk asyik teringat jeler kat donut big apple ni, walaupun kenkonon dah melepas hajat makan donut buatan sendiri, tapi tak lawan dengan keinginan anak tekak ni hehee, tak boleh jadi kena cari jugak ler, malam pun malam lah…kita redahhhh hujan hahhahaa.

jusco bukit tinggi klang

Gambar ambil dari instagram, follow @yanmie ^ __^

Kami pergi kat Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang aje, mujur ler dekat dengan rumah, 5 minit aje dah sampai, ni sebab mengidam sanggup pergi hujan-hujan, kalau tak mengidam ni mesti hubby jawab, “besok-besok jeler, kan hujan ni” hahahaa, seronok betul berbadan dua ni, apa kita nak semua dapat ekekeke.

donut big apple

Gambar ambil dari instagram, follow @yanmie ^ __^

Dan keluar rumah pun lewat kan, so haruslah kedai pun dan nak tutup, diorang dah nak kemas-kemas, dan mujur jugaklah ada lagi Donut Big Apple tu, cumanya pilihan dah tak banyak, takpe ler janji melepas hajat nak makan heheee.

donut big apple

Ambil 12 ketul kuikuikui, makan anak beranak ^__^

donut big apple

Ini kegemaran saya!, cheese, lagi satu saya suka topping kuaci tapi dah abis ngeh..ngeh…

– Alhamdulillah  lega dapat Melayan Tekak ^___^

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

15 thoughts on “Big Apple Donut – Melayan Tekak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge