Salam, semalam ada rakan yang berkongsi dengan saya tentang aplikasi yang boleh digunakan bagi Mengesan Kamera AES (Malaysia) Di iPhone, apps ini dibangunkan oleh Seng Hoong Lim, search aje di Aplikasi iPhone anda dengan menggunakan keywords AES (Malaysia).

aplikasi aes di iphone

Automated Enforcement System (AES)

Aplikasi AES Detector juga terdapat pada Android, tetapi saya takde screen shoot tersebut sebab Android suami yang guna heheee. terdapat lebih 800 lokasi pemasangan Kamera AES ni, ada yang dah aktif dan ada yang belum aktif lagi, apa pun ianya dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Jom saya share Aplikasi Untuk Mengesan Kamera AES (Malaysia) menggunakan iPhone :-

aplikasi aes di iphone

Terdapat lebih 800 lokasi pemasangan Kamera AES (Automated Enforcement System) di seluruh negara. Apa yang perlu, anda hanya authenticate apps tersebut menggunakan akaun twitter ataupun facebook, suka hati anda, authenticate menggunakan kedua-duanya pun boleh.

aplikasi aes di iphone

Ianya bagi membolehkan anda berkongsi tentang AES tersebut ataupun berchatting tentang lokasi AES tersebut, atau apa-apa sahaja maklumat berkenaan AES tersebut.

aplikasi aes di iphone

Lokasi Pemasangan Kamera AES, begitu banyak disekitar berhampiran rumah saya -..-“

aplikasi aes di iphone

Sebelum itu anda perlulah mengaktifkan terlebih dahulu GPS pada iPhone anda, paparan aplikasi ini seperti biasanya mempunyai paparan pilihan sama ada standard, satelite mahupun hybrid.

Boleh tengok entry ini juga~

*ada cara sebenarnya untuk mengelakkan kita dari terbawa/membawa laju kenderaan, install sahaja Apps Speed Detector, set aje berapa kelajuan yang anda inginkan, dan apabila melebihi kelajuan yang anda set, bunyi amaran akan berbunyi dan ianya tidak akan berhenti selagi anda tidak memperlahankan menderaan mengikut kelajuan yang telah anda tetapkan, saya sendiri sudah mencuba aplikasi ini.

– Jom Install Aplikasi Kamera AES di iPhone anda.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

16 thoughts on “Aplikasi Untuk Mengesan Lokasi Kamera AES (Malaysia) Di iPhone”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge