Shila Amzah Juara Asian Wave 2012 – Tahniah!

Salam, tahniah buat penyanyi Shila Amzah yang mana telah berjaya merangkul Juara Asian Wave 2012 dan seterusnya mengharumkan nama negara. Pertandingan  Asian Wave 2012 telah berlangsung di Shanghai, China pukul 8.00 malam tadi, serius memang terpegun dengan persembahan Shila Amzah!

Video Persembahan Shila malam tadi di Asian Wave 2012

Berita kemenangan Shila tersebut turut disahkan oleh adiknya iaitu Syahir Hamzah menerusi laman twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur terhadap kemenangan kakaknya.

Pada malam tadi, Shila telah berjaya menewaskan 5 finalis yang lain daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Shila menyanyikan 3 buah lagu iaitu lag Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan 1 lagu mandarin *tak sangka Shila pandai nyanyi dalam mandarin*

– Tahniah Shila!!

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

14 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge