Resepi Cupcake Cheese Dutch Lady Untuk Si Manja

48 hours Sticky Post.

Salam, masih ingat lagi tak dengan entry saya sebelum ini iaitu Kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” bersama Dutch Lady?, ok nak tahu saya seronok sangat join kempen ini, dan seperti yang telah saya janjikan di entry yang lepas, saya akan kongsikan resepi yang saya cipta sendiri, yang saya namakan Resepi Cupcake Cheese Dutch Lady Untuk Si Manja.

Cupcake Cheese Dutch Lady

Nama resepi ini seindah rasanya, pelbagai resepi boleh dibuat dan dicipta menggunakan susu, banyak juga idea resepi yang saya dah buat contohnya Avocado Blended, Sweetcorn susu strawberry, agar-agar susu coklat, tapi saya berbesar hati nak kongsikan resepi yang ni, yang mana ianya sangat mudah di sediakan, sedap dan yang penting warna-warna yang terdapat pada Cupcake Cheese Dutch Lady ini sangat mendamaikan, nak makan pun tenang aje rasa, kalau suami, kakak dan adik saya kata sedap, anak apatah lagi puji sampai melambung, sampai naik kembang kempis hidung heheee.

resepi cupcake cheese dutch lady

Untuk membuat Cupcake Cheese Dutch Lady Untuk Si Manja, resepinya sangat mudah, follow resepi yang saya berikan dibawah yea.

Bahan-bahan :-

1. 500gm Krim Keju

2. 3 biji telur

3. Gula Kastor setengah cawan

4. Susu Penuh Krim Berkhasiat Dutch Lady 1 cawan

5. Esen Vanilla

6. Strawberry segar

7. Strawberry untuk topping

Resepi Cupcake Cheese Dutch Lady Untuk Si Manja

Cara Menyediakan :-

1. Putar Krim Keju bersama dengan gula kastor sehingga gula kembang dan sebati

2. Masukkan Telur sebiji demi sebiji

3. Masukkan Susu Penuh Krim Berkhasiat Dutch Lady dan teruskan memutar

4. Masukkan Esen Vanilla

Resepi Cupcake Cheese Dutch Lady Untuk Si Manja

Tuang adunan dalam bekas cupcake tersebut, dan bakar selama 30 minit dalan suhu 150 darjah, oh ye cara membakar kek ini menggunakan teknik double boiler.

Resepi Cupcake Cheese Dutch Lady Untuk Si Manja

Tambahkan topping diatas cupcake tersebut dan hias dengan buah Strawberry segar, dan sedia untuk dinikmati.

Macam mana? mudah bukan untuk menyediakannya? saya pasti sekiranya anda mencuba resepi ini, anda akan mendapat pujian dari orang-orang tersayang disekeliling anda.

So tunggu apa lagi?, serlahkan bakat dan idea anda menikmati susu dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 untuk setiap idea yang anda pilih. Keputusan pemenang bagi hari ke 8 hingga ke 14 akan diumumkan pada 3 September 2012, manakala keputusan bagi hari yang ke 15 hingga ke 21 akan diumukan pada 10 September 2012.

Jom sertainya sekarang!, untuk keterangan lanjut sila layari laman Aplikasi Facebook Dutch Lady sekarang!

You may also like

26 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge