Salam, alhamdulillah rasa macam cepat pulak masa berlalu, rasa Kaki Kejang Ketika Hamil kini melanda sejak memasuki trimester ke 2 ni, semalam kejang kaki lagi untuk kali ke 2, kali pertama bulan lepas, but syukurlah tak kerap sangat, tapi risau juga kalau kerap berlaku macam ni, sakit wooo uuwwwwaa~

kejang kaki semasa hamil

Tapi Kaki Kejang Semasa Mengandung ni sebenarnya adalah perkara yang biasa terjadi kepada ibu-ibu yang mengandung, kebiasaannya terjadi pada trimester 2 dan trimester ke 3.

Pengalaman saya sendiri dari anak pertama sehinggalah ke kandungan yang ke 3 ini, kejang kaki menyerang time saya sedang sedap tidur, dan waktu itulah betis kejang, tak boleh nak buat apa-apa walaupun tidur dalam keadaan yang sangat rileks, dan mujur juga time berlaku kekejangan ini en.hubby ada disisi, dan bukannya sewaktu dia outstation, kalau tak memang jenuh ler saya nak mengatasi kejang kaki ni.

Tiap kali bila kejang, saya akan kejutkan en.hubby dengan cara menepuk sekuat yang mungkin hahahahhahaaa, kesian dia terkejut dari tidur, saya tau en.hubby sakit dek tepukan kuat dari saya, apa boleh buat :(, itu adalah tindakan refleks dari kekejangan kaki tersebut, mujur juga en.hubby tak pernah nak komplen kuikuikui.

Tapi kannnnn memang kesian ler kat en.hubby, tapi seronok pulak atas perhatian dia, ohhhh soooo sweetttt, thanks dear!, en.hubby tak pernah nak mengeluh, seorang yang penyabar sangat-sanggat.

En.hubby ada bagi tips pada saya, sekiranya time kekejangan kaki menyerang time dia takde, dia suruh saya buat macam ni :-

  • Kalau tidur kaki kena tinggikan sedikit
  • Sekiranya kaki kejang, cepat-cepat luruskan kaki (regangkan) dan angkat sedikit jari kaki keatas, dan menggerakkan tapak kaki perlahan-lahan, proses ni agak menyakitkan tetapi insyaallah ianya cepat beransur baik. *memang ini yang hubby buat untuk saya*
  • Urut otot yang kejang *seriau nengok bonjolan kat betis*

*Tetapi biasanya kalau dah cramp memang saya tak daya nak buat ape pun -..-“

Hasil mengoogle, saya kongsikan bersama, kenapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil?

Sumber : Babycenter.com.my

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

- Sekarang dan mula rasa sakit-sakit kaki -..-“

 

15 Thoughts on “Kaki Kejang Ketika Hamil

  1. Baru saya tahu sebab kejang tu. Dulu ingatkan sebab kurang kalsium dan magnesium je

    RUpa rupanya sebab saiz rahim atau uterus besar menindih salur darah

    Hihi.. Bila baca part sis tepuk suami tu.. teringat pada pengalaman sendiri

    Memang suami tukang legakan kejang kat betis masa kejang tu
    Mazni Azmi recently posted..Borong Tudung Muslimah Terkini Dari PutrajayaMy Profile

  2. alhamdulillah saya tak pernah lagi kena. skrg pregnant 2 bulan, kena berjaga2 juga lah.
    Raihanah Ahmad recently posted..Set Wanita ShakleeMy Profile

  3. berdiri lama pun boleh jadi kejang juga
    Hafiz recently posted..Kutu Kucing dan RawatannyaMy Profile

  4. selalu kaki kejang bila main bola aje.

    masa mengandung pun boleh kejang juga rupanya ye.
    hikaru recently posted..Spa Terbaik di Ampang.My Profile

  5. Dulu masa mengandung saya selalu kejang, alhamdulillah lepas ambik kalsium tak kejang lagi.
    Nurul recently posted..Bagaimana Menyusukan Bayi Pertama Anda?My Profile

  6. Banyak karenah bila mengandung ni. Kejang kaki la…sembat betis la, bengkak kaki la… senngal perut dan macam2, namun demi seorang anak semua tu rela ditempuhi. Moga boleh dapat adik lagi kepada Irfan. Insya Allah…
    Kamil Salleh recently posted..Google Malaysia Galak PKS Iklan Di YouTubeMy Profile

  7. semalam ada jeling2 tajuk entri kak, tapi tak baca plak entri yang ni,,,sekali malamnya masa tidur, first time bard kena kejang kak ni..huhu…sakitnya!
    bardboo recently posted..Koleksi Gambar di Pech DavidMy Profile

  8. mujur ms sy preknan dulu x pernah alami kaki kejang ni..x tau rs cemana..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Drama Adam & Hawa Episod 9 – 12My Profile

  9. Hahaha..sy pernah alaminya..isteri sy selalu lapik bantal..kaki yang tinggi semasa tidur boleh mengurangkan kaki kejang..hehe
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #25 – Ukur Lilit 19 cmMy Profile

  10. Dugaan bagi ibu mengandung. :-)
    akubiomed recently posted..Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan OgosMy Profile

  11. Kalau bee pun letak kaki atas bantal , tp masaalahnya tidur dah tk hingat kaki tu duk mana ..hehe ..

    kalau terjadi juga n abang tak de akk boleh tekan kuat-kuat ke urat yang timbul tu , dalam seminit dua hilanglah sakitnya .. bee ngandung tiga2 anak pun kena tarik mengkarung , pantang kalau meliat pun kena juga .. sabar je lah banyak2 …
    puanbee recently posted..Beraya dengan blogger kujie2.comMy Profile

  12. akak yang tak hamil pun sering jugak kena, akak bila kena tu terus jer tegakkan kaki dan entak ke dinding, inshaAllah cepat jer pulihnya… ini pun petua cowok yang bagi sebab dia kan macam biskut kejap ada kejap tak ada hehe
    sweetkurma recently posted..akibat putus cintaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation