Salam, kalau ke Langkawi pastinya tidak melepaskan peluang untuk Mandi Manda Di Pantai Chenang Langkawi, sebelum ni saya pernah sampai ke sini semasa berbulan madu dengan suami, mandi berdua sambil bermain ombak, ohhh bestnya kalau nak ingat balik heheee.

Mandi Manda Di Pantai Chenang Langkawi

Dan ini merupakan Percutian Ke Pulau Langkawi bagi kali ke 2, yang bestnya kali kedua ni kami bersama anak-anak dan keluarga mertua, kalau dulu berdua kan? hikhik. Pastinya bila dah bawa anak-anak ke Pantai Chenang ni, mereka haruslah rasa teruja nak mandi kat sini.

Mandi Manda Di Pantai Chenang Langkawi

Buah hati saya ^____^

Mandi Manda Di Pantai Chenang Langkawi

Pakaian untuk mandi tak bawa, so saya dan suami carikan anak-anak seluar basahan seperti dalam gambar entry ini, berseluar batik, giler kelakar tengok diorang pakai hahhaa, terutamanya Abang Ngah tu, kelakar sangat kikiki, layankan ajeler asalkan mereka suka, kami suami isteri turut gembira melihat mereka gembira.

Mandi Manda Di Pantai Chenang Langkawi

Seronok betul diorang mandi sampai tak nak balik tu, jenuh nak pujuk -..-’”

Mandi Manda Di Pantai Chenang Langkawi

Pemandangan waktu senja di Pantai Chenang Langkawi

Kat Pantai Chenang ni banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya naik bot banana, Parasailing dan banyak lagilah, datang sendiri kesini dan alaminya, yang bestnya sebab tempat ni happening sangat-sangat, pada waktu malam pula lagi meriah sebab ada jualan night market macam ala-ala kat Phuket tu, memang menariklah!

- Enjoy betul bercuti kat Langkawi ni :D