Blog SuperMak


Salam, baru-baru ini saya menerima jemputan bersama media yang lain untuk Majlis Iftar Bersama Kumpulan Al-Ansar Dan DPIM Di Rumah Warisan Kaseh, Banting, terima kasih atas jemputan tersebut, satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bila mana melihat sendiri kehidupan Warga Emas di sini.

iftar bersama dpim dan kumpulan al-ansar

Kami semua berkumpul di Masjid Shah Alam dan pergi ke Rumah Warisan Kasih di Banting dengan menaiki Bas yang disewa khas, ramai rakan-rakan media dan crew TV yang dapat saya kenal dalam program ini. Kami bertolak dalam pukul 3 petang lebih.

Majlis Iftar Bersama Kumpulan Al-Ansar Dan DPIM

Kompleks Darul Maghfiroh Jilul Marzuki

Majlis Iftar Bersama Kumpulan Al-Ansar Dan DPIM

Sesampai di Teratak Warisan Kasih kami disambut mesra dan diberikan hadiah cenderahati.

Majlis Iftar Bersama Kumpulan Al-Ansar Dan DPIM

Menurut Pemilik dan pengasasnya iaitu Tuan Haji Masrukhin Marzoki,  Rumah Warga Emas Darul Maghfiroh yang juga dikenali sebagai Warisan Kaseh (Rumah rehat dan pusat tarbiah warga emas), melakar kelainan daripada kebiasaan rumah orang-orang tua yang ada di negara ini apabila ada dikalangan penghuninya secara sukarela ingin datang kesini.

Rumah Warisan Kaseh

Rumah Warisan Kaseh ini terletak di Kompleks Darul Maghfiroh Jilul Marzuki di Kampung Sungai Kelambu, Banting. Merupakan rumah orang tua-tua masa hadapan yang lebih positif sifatnya.

Rumah Warisan Kasih

Antara kemudahan di Rumah Warisan Kaseh *lupa nak snap gambar kolam renang*

Walaupun hanya mempunyai sekitar 15 orang penghuni, namun kebanyakkan dari mereka datang kesini secara sukarela untuk bersama rakan-rakan seusia disini menghabiskan usia yang masih berbaki dalam suasana lebih kondusif dan selesa, walaubagaimanapun Rumah Warisan Kaseh ini mampu menempatan seramai 20 orang dalam satu masa.

Haji Masruhkin

Tuan Haji Masruhkin bersama Isteri, Pn. Salmie.

Menurut Haji Masruhkin yang mana turut mendapat sokongan dari Kumpulan Al-Ansar, beliau berusaha mewujudkan suasana harmoni, tenang dan damai dikalangan penghuninya walaupun ada di kalangan mereka yang datang ke sini dihantar oleh anak-anak ataupun secara paksa.

Warisan Kaseh Darul Magfiroh
Kampung Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor
Tel: +603 3187 5304
email: atus@streamyx.com
.

Majlis Iftar Bersama Kumpulan Al-Ansar Dan DPIM Di Rumah Warisan Kaseh, Banting

Terima kasih sekali lagi buat Sahabat Tuan Haji Amir atau lebih dikenali dengan nama mayanya Denaihati.com serta team denaihati atas undangan tersebut, secara tidak langsung saya mendapat kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidup, ini merupakan kali pertama saya bersama dan berjumpa dengan Warga Emas Warisan Kaseh, Anak Yatim & Asnaf As Solihin, Kanchong Darat, Pelajar Tahfizdari Ma’ahad Ehya Al Ahmadi, serta penduduk Kampung Sungai Kelambu, Banting. Terima kasih kerana memberikan peluang yang sangat bermakna ini.

en.haji khanafi

Ucapan dari Pengarah Urusan Al-Ansar Group, Tuan Haji Muhammad Khanafi Husin, dan Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj. Mohd Sahar wakil dari DPIM (Dewan Perdagangan Islam Malaysia).

Majlis Iftar Bersama Kumpulan Al-Ansar Dan DPIM Di Rumah Warisan Kaseh, Banting
Majlis Iftar Bersama Kumpulan Al-Ansar Dan DPIM Di Rumah Warisan Kaseh, Banting
majlis iftar di rumah warisan kaseh

Sumbangan Hadiah dan Duit raya

Terima kasih sekali lagi atas undangan tersebut, satu pengalaman yang indah bila mana melihat sendiri kehidupan warga emas disini, sangat harmoni, disamping dapat berbuka puasa bersama mereka, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.

Untunglah ada kawan blogger dapat hadiah 1 bahagian lembu qurban sumbangan dari E-Qurban Resources Sdn Bhd dan ada juga yang berpeluang untuk mengikuti kembara media ke Kemboja untuk membuat liputan mengenai ibadah aqiqah disana, bestkan?

- Lebih kurang 5 hari lagi kita menyambut Syawal, sekejap aje rasanya :P

15 Thoughts on “Majlis Iftar Bersama Kumpulan Al-Ansar Dan DPIM Di Rumah Warisan Kaseh, Banting

  1. If you’re wearing boot-cut jeans, for instance, you can start the day out with your jeans rolled down; as the day heats up, cuff your jeans up above your Ugg Classic Cardy and slouch the boot uppers down. ugg ?? Also from fashion brands of Ugg boots change, Ugg nowadays are always among in fashion world. ugg ???ugg ??? A pair of style and gorgeous Christian Louboutin Sandals that is genuinely a weapon of charm is very important for women.

  2. kenapa gambar abang tu kena blur??ke apa motif ni??hehe..memang meriah nmpknya..
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #22 – Helmet Versi Pondok KecilMy Profile

  3. Tak dapat hendak pergi majlis ini tetapi dapat membaca dan melihat gambar sudah berpuas hati.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Salam AidilfitriMy Profile

  4. wahh..bestnya diorang..

  5. meriahnya buka ramai2 kn..
    sara recently posted..Lirik 1 Syawal – Johan Raja LawakMy Profile

  6. wahh bestnya..rumah warga emas yang terbaik, macam ni lah yang betul dan bukan macam asrama atau penjara tu..

  7. networking blogger ke arah cmni mmg dialu2kan. bangga dgn inisiatif yg diketengahkan oleh bro DH dan kak yan khususnya. tahniah.
    Ekspresi Ruang recently posted..Foosball Coffee Table: Meja Kopi Dwifungsi Oleh Chicago Gaming SignatureMy Profile

  8. terima kasih kembali kak yan sudi datang kemajlis dan publish gambar2 yg cantik ni.
    Denaihati recently posted..Akta 114A Komuniti Internet BantahMy Profile

  9. InsyaALLAH … ade rezeki nanti saya pun nak menyumbangkan dengan e qurban nie….
    hazman aka species1980 recently posted..Berbuka puasa dengan KFC GREEN CURRYMy Profile

  10. Meriahnyer… payah nak jumpa peluang macam ni…
    Nurul recently posted..Bersyukur Pada Mu Ya Allah..My Profile

  11. seronoknyanya if dapat join..bukan selalu dpt join event gini kan..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Lokasi Perangkap Had Laju Sempena Aidilfitri 2012 di Lebuhraya PLUSMy Profile

  12. Cantik gambar akk semua

    Walau apa pun semoga tahun depan ada lagi , nak ikut ..
    puanbee recently posted..Sony Cyber-Shot to Sony A290My Profile

  13. Suka tengok gambar tuan haji ngan isteri tu…sweetje….Satu insentif yang bagus..semoga diteruskan di tahun hadapan…
    eyriqazz recently posted..Kopitiam Ekonomi – Belajar Ekonomi Sambil Minum KopiMy Profile

  14. wah, meriah berbuka puasa ramai-ramai kan
    rozuan recently posted..KAD RAYA BAKAL DIHANTAR!!My Profile

  15. kak jie juga pernah berkorban menggunakan equrban beberapa tahun lepas..erk..tahun lepas ke tahun sebelum tu, lupa dah.

    harap2 tahun ini masih ada rezeki
    Kak Jie recently posted..Panduan Memilih Jubin Dari MMLMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation