Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Bandminton Olimpik 2012

Salam, besok merupakan hari yang dinanti oleh Rakyat Malaysia yang mana menyaksikan perlawanan perseorangan lelaki antara Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Bandminton Olimpik 2012, besar harapan rakyat Malaysia untuk melihat Datuk Lee Chong Wei membawa balik pingat emas pertama Malaysia, insyaallah.

Lee Chong Wei Final Bandminton Olimpik 2012

Datuk Lee Chong Wei meraikan kemenangannya selepas menewaskan pemain China, Chen Long 21-13, 21-14 pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki semalam.

Limpahan ganjaran menanti Chong Wei sekiranya beliau membawa pingat berharga itu termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.

Malah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.

Pelbagai juga aktiviti yang akan berlangsung besok bagi menyaksikan Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Bandminton Olimpik 2012, antaranya ada yang akan memberikan Aiskrim percuma dan makanan percuma semasa berbuka sekiranya LCW berjaya merangkul pingat emas nanti.

- Good Luck LCW, Malaysia Boleh!

9 Comments on Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Bandminton Olimpik 2012

  1. sara
    August 5, 2012 at 6:58 pm (2 years ago)

    2 juta??pergghhh!!!

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge