Blog SuperMak


Salam, jumaat baru ni saya telah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis bersempena dengan Hyundai Euro Tour 2012 yang dianjurkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) yang berlangsung di Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S, Shah Alam.

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis 3S Hyundai

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S ini berkeluasan 31,500 kaki persegi dengan 9 tapak kemudahan penyelenggaran untuk kenderaan pelanggan dan mampu memberikan servis kepada 32 buah kereta dalam masa sehari. 3S merujuk kepada Sales, Servis, dan Spare Parts dan Sutera Gemilang Auto ini juga merupakan Pusat Servis terbesar di Shah Alam.

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis 3S Hyundai

Pada Majlis yang berlangsung selama 3 jam tersebut iaitu dari pukul 4pm – 7pm, aktiviti yang menarik sepanjang majlis ini iaitu Virtual Football yang mana siapa paling banyak menjaringkan gol mengikut masa yang ditetapkan, dia lah pemenangnya, dan hadiah yang ditawarkan adalah sebuah iPhone, dan pihak HDSM juga telah memberikan Jersey kepada 100 orang tetamu yang hadir, yeayy saya pun dapat juga dan Jersey tersebut saya berikan pada buah hati saya, sebab dia lagi comel bila pakai Jersey tersebut nnggee~ *tak muat coz perut semakin membesar*

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Rakan Blogger, Elizabeth mencuba nasib.

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Makan-makan :D

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Giant Ball

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Saya dan KakJie di pelawa untuk menurunkan tanda tangan.

Selesa betul bila berada dalam Showroom ni, memang puas hati, pelbagai kemudahan yang disediakan, antaranya yang paling BEST adalah WIFI percuma, serius memang laju perkhidmatan wifi yang disediakan, saya memang guna wifi showroom ini sepanjang berada di sini nnggee~

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Ruang menunggu yang selesa, mempunyai Coffee Bar

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Sambil tunggu kereta siap di selenggara boleh duduk lepak-lepak tengok TV ataupun online, oh ye yang bestnya ruangan menunggu ini berkaca, dan pelanggan boleh lihat dari dalam kereta mereka di selenggara, bestkan??

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Mempunyai playground, pada mereka yang membawa anak kecil tidak menjadi masalah kerana anak-anak boleh menghabiskan masa untuk bermain disini, so takdelah bosan menunggu Kereta mak pak di selenggara kan?, anak-anak saya sendiri selesa sepanjang berada disini, main lepas aje lah diorang, bukan main suka lagi dapat bermain.

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Ruangan parking pun memang banyak, terdapat 20 lot parking yang disediakan.

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd

Psstttt sempat juga saya test duduk dalam Elantra ni, pheww~~ ok serius memang selesa.

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd

Ruangan bonet pulak, Abang Ngah siap tunggang terbalik dalam tu, punyelah luas :D

Oh yea, dan kalau nak tahu Sutera Gemilang Auto juga menyediakan perkhidmatan meninggalkan kunci kereta semasa kereta diservis “24-Hour Key Drop”, dan Sutera Gemilang Auto juga menyediakan shuttle percuma untuk menghantar pelanggan kemana sahaja dalam lingkungan 15km.

Sekarang Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd ada promosi diskaun sebanyak 10% untuk pemilik kereta Hyundai dan Inokom, so jangan lepaskan peluang ini!

Lokasi 

Lot 7960, Jalan Bukit Cerakah, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor

maps Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd

Waktu Operasi

9am-8pm Hari berkerja
10am-6pm Hujung minggu dan cuti umum

No untuk dihubungi

Sales no: 03- 7832 4888 / 7832 4444
Sales fax: 03- 7832 4222
Service no: 03- 7832 4333/ 7832 4555
Service fax: 03- 7832 4999

Laman Web Rasmi : Hyundai Selangor

Facebook Page: Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd

 

22 Thoughts on “Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

  1. Cantik bola tu.. :)
    Nur recently posted..Sakit Itu Tanda Allah Sayang Pada KitaMy Profile

  2. untung lah dapat pergi sana.boleh tinggalkan tndatgn pula.hehe

  3. wahhh besar giler bola tu…wahhhhh kereta tu cantik lah…dapat sebijik kan best…
    Hafizul recently posted..Wahhh Syok Nya Dapat Makan Pulut DurianMy Profile

  4. perghh…he3..masyuk tu..

  5. meriahnyerr uoolss.. ehhhee
    hajiMete recently posted..ORGLEN DAPAT UPAH TRIPOD MERAH MANCONGKAM, FREE LAGIKKSMy Profile

  6. sini byk sikit gambar, 3 gajet ooo..gambar cun habis hyundai tu
    syahrilhafiz recently posted..Tips Atasi Masalah Laptop OverheatingMy Profile

  7. best plak tengok gambar2 tu.. memang minat jugak dgn kereta2 hyundai..
    Anarm recently posted..Dinar Emas Untuk PerkahwinanMy Profile

  8. kak jie macam terkurang ambil gambarlah……….playground tu lupa nak ambil

    mcm kak jie ckp kat Bee…ambil gambar tarus2 keping, balik rumah belek sana belek sini adalah dalam 3-4 keping je yg sesuai.
    Kak Jie recently posted..Yang Selalu Memberi Ingin Sekali Sekala Jadi Penerima, Cukup Dengan Salam Dan Manis DoaMy Profile

  9. Bestnyer…kat toyota kuantan tak de playground…bdk2 dok main kejar2 n guling2 je la sementara tunggu kete siap….

  10. Baru dapat tengok gambar semua sampai habis , kelmarin tengok 2-3 je ..
    puanbee recently posted..Blog Di Landa Ribut PetirMy Profile

  11. Mewah lah pusat servis dia.. :)
    Nurul recently posted..Kerana Rambutan Ma Arahkan Balik Kampung!!My Profile

  12. yan,
    tangkap hyundai ke?
    hazlin recently posted..Domino’s Pizza @SitiawanMy Profile

  13. eh x silap ni entry ada sekali kak kujie kan
    Juan recently posted..Cik Ika Yang Pandai MainMy Profile

  14. Pusat 3S ini besar, luas dan selesa. Melihat kemudahan yang disediakan dapat menawan hati pelanggan.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Jurugambar tegarMy Profile

  15. fuhh.. tempatnya luas, keretanya mantap! Hyundai Elantra itu kereta idaman …
    iAwani recently posted..iPad Mini Dijual Pada $299My Profile

  16. Alamak..ada tendang2 bola ke..hik3..macamla terror….

    Aiseh,melepas peluang nak menyakat kak jie..anyway,tempatnya nampak bersih,selesa, dan memuaskan…
    eyriqazz recently posted..Diapers Bagus, Anak SelesaMy Profile

  17. mmg produk hyundai dan KIA menawan hati. dah makin cantik design depa. skng ni pon byk dapat tgk elantra dekat jalan raya
    matjoe recently posted..Nasi Kandar Zainul Memang LazatMy Profile

  18. Comel lah abang ngah duduk dalam bonet tu .. geram tengok gambar2 akk , cantik
    puanbee recently posted..Hyundai Euro Tour 2012 Di Sutera Gemilang Auto Sdn BhdMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation