Salam, alhamdulillah hari ini cukup seminggu kita berpuasa, syukur diberi peluang untuk berpuasa ditahun ini, pada bulan puasa ini jugalah pastinya ramai ibu bapa yang mempunyai anak kecil sibuk mengajar/melatih anak-anak berpuasa, saya sendiri tak terlepas dari melihat Ragam Anak-anak Berpuasa, memang syiok!

aimanhaziq

Baru-baru ini Aiman dan Haziq berjaya puasa penuh sehari, seronok sangat tau, manakan tidak berhari-hari juga diusahakan agar puasa tak terbatal, dah akhirnyaaaa heeeee alhamdulillah, dan sebagai seorang ibu sudah tentunya saya gembira apabila mereka berjaya melalui hari yang penuh cabaran bagi mereka hahahahahaa.

Antara Dialog Abang Long (6 tahun)

“Ibuuuu….nak makannnnn, lapar sangat”

“Ibuuu…nak minum sikit jeeee plissss”

“Ibuuu…tolonglah nak pengsan dah ni” (tinggal setengah jam nak berbuka)

Ini antara dialog dari Abang Ngah (5 tahun) 

“Ibu…nak minum, hauslahhhh”

“Ibu….nak makan coklat sikit je boleh?”

“Ibu…Angah penat sangat, pening rasa nak muntah, rasa nak mati”

“Ibu…tadi Angah pengsan kat sofa” (Pedahal tidur…hahahaa)

Sebenarnya banyak yang kita boleh buat bagi mengalih perhatian anak-anak pada makanan, contohnya ajak bersembang perkara yang mereka minati, hargai usaha mereka dalam menempuhi cabaran berpuasa contohnya dengan memberikan hadiah agar next time mereka ingin berpuasa lagi.

Sejujurnya dalam hal sebegini ibu bapa harus kuat, memanglah kita kesian dengan anak-anak kan, tapi dari seusia beginilah kita harus melatih anak-anak untuk berpuasa, setakat ni banyak puasa mereka yang terkantoi sekitar pukul 2-3 petang baru buka, dan semalam pecah rekod puasa penuh sehari nnggee~, syabas anakku!

– Jom kongsikan ragam anak-anak anda berpuasa pulak bagaimana?

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

27 thoughts on “Ragam Anak-anak Berpuasa”
  1. Anak2 kak sya tak puasa pun…lagipun ahmad tak makan macam org lain…menu utama keropok lekor dn roti canai…kesian pula nk suruh puasa penuh…setakat pukul 12 tgh hari je berjaya…

  2. Anak saya baru belajar berpuasa tahun ni. Sama la dengan anak akak. Macam2 cara dia buat. Tapi oklah kan. Ibu bapa kena latih anak berpuasa dari kecik. Baru diorang tahu agama islam mewajibkan umatnya berpuasa. Dapat setengah hari pun dah ok. Tahun depan puasa penuh pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge