Blog SuperMak


Salam, alhamdulillah hari ini cukup seminggu kita berpuasa, syukur diberi peluang untuk berpuasa ditahun ini, pada bulan puasa ini jugalah pastinya ramai ibu bapa yang mempunyai anak kecil sibuk mengajar/melatih anak-anak berpuasa, saya sendiri tak terlepas dari melihat Ragam Anak-anak Berpuasa, memang syiok!

aimanhaziq

Baru-baru ini Aiman dan Haziq berjaya puasa penuh sehari, seronok sangat tau, manakan tidak berhari-hari juga diusahakan agar puasa tak terbatal, dah akhirnyaaaa heeeee alhamdulillah, dan sebagai seorang ibu sudah tentunya saya gembira apabila mereka berjaya melalui hari yang penuh cabaran bagi mereka hahahahahaa.

Antara Dialog Abang Long (6 tahun)

“Ibuuuu….nak makannnnn, lapar sangat”

“Ibuuu…nak minum sikit jeeee plissss”

“Ibuuu…tolonglah nak pengsan dah ni” (tinggal setengah jam nak berbuka)

Ini antara dialog dari Abang Ngah (5 tahun) 

“Ibu…nak minum, hauslahhhh”

“Ibu….nak makan coklat sikit je boleh?”

“Ibu…Angah penat sangat, pening rasa nak muntah, rasa nak mati”

“Ibu…tadi Angah pengsan kat sofa” (Pedahal tidur…hahahaa)

Sebenarnya banyak yang kita boleh buat bagi mengalih perhatian anak-anak pada makanan, contohnya ajak bersembang perkara yang mereka minati, hargai usaha mereka dalam menempuhi cabaran berpuasa contohnya dengan memberikan hadiah agar next time mereka ingin berpuasa lagi.

Sejujurnya dalam hal sebegini ibu bapa harus kuat, memanglah kita kesian dengan anak-anak kan, tapi dari seusia beginilah kita harus melatih anak-anak untuk berpuasa, setakat ni banyak puasa mereka yang terkantoi sekitar pukul 2-3 petang baru buka, dan semalam pecah rekod puasa penuh sehari nnggee~, syabas anakku!

- Jom kongsikan ragam anak-anak anda berpuasa pulak bagaimana?

27 Thoughts on “Ragam Anak-anak Berpuasa

  1. anak saya yg umur setahun lebih ni pon dh pandai meragam dan byk songeh. xtau la bila dh umur 5-6 tahun dan nak ajar berposa nnt. hehe
    Ekspresi Ruang recently posted..Nettleton 198 Oleh SAOTA: Kediaman 7 Tingkat Di Lereng Bukit Cape TownMy Profile

  2. Suka baca entri ni..tinggal komen satu…hahaha
    Hafizul recently posted..Blog Review : 1 Hari 1 BlogMy Profile

  3. wah,tahniah!! puasa jugak akhirnya.
    rozuan recently posted..AKU PETANI VOGUE =DMy Profile

  4. Anak Sop masih x berjaya puasa :)
    baru try sehari.. sampai jam 11.30 jer dah minta minum :)
    tp bila tanya, puasa tak? puasa.. heheheh
    Sop recently posted..Berbuka dengan nasi satu kemestianMy Profile

  5. comel sebenarnya tengok budak budak kecil berpuasa. teringat zaman kanak-kanak dulu. kanak kanak lah yang paling semangat time ramadhan dan raya.
    Ax recently posted..Hairie Othman Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bertanding PRU 13My Profile

  6. Kerenah anaklah yang paling menghiburkan. Oleh itu bersabarlah kalau mereka buat hal yang bukan2 contohnya nak bukak puasa walaupun tinggal setengah jam je lagi. :)
    Faizul recently posted..Jiran yang tak prihatinMy Profile

  7. Kelakarnya anak kak yan ni. hehe. biasa la tu kan, budak2. baguslah dapat puasa penuh.
    Amir Said recently posted..Resepi Rendang AyamMy Profile

  8. dulu2 kecik puasa, mak suruh tidur sbb kiteorang slalu bising nk mkn. haha

  9. Hehe..macam2 ragam anak-anak..kelakar juga dialog diorang yer..tak tahan pengsan tu..hahahaha…
    hafizul recently posted..Castrol Untuk Motor BaruMy Profile

  10. sama lebih kurang dgn anak akk , tp kalau ajak main apa2 ke dia leka .. kang teringat dia merengek balik .. hahaa
    puanbee recently posted..Senarai Peserta Facebook : Contest Detik Bersama SunlightMy Profile

  11. yg x tahan nk mati tuh..heheh
    sara recently posted..Lirik Lagu Aitakatta – JKT48My Profile

  12. anak saya pun tengah belajar berpuasa..
    mmg macam-macam ragam..
    Mus recently posted..14 Bangunan Baru Yang Bakal Wujud Di Kota Kinabalu, SabahMy Profile

  13. anak kucing jiran saya tak puasa!
    titan recently posted..Pakcik Alexa dah benci aku.My Profile

  14. hahah bab pengsan tu yg tak le tahan
    Zarul Umbrella recently posted..Majlis Pengagihan Royalti dan Kempen Saraan Saksama PRISMMy Profile

  15. haha..ada yang menangis semata2 menahan makan n minum.bagus anak kalau dah pandai berpuasa sejak kecil :)
    Ikhtiar Shah recently posted..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis PerkahwinanMy Profile

  16. Aduhai kelakar betul telatah anak-anak Yanmie. Teringat akan kepada anak-anak saya ketika mula-mula berpuasa dahulu. Itu belum lagi lauk-lauk yang bergoreng tiba-tiba berkurangan. Seorang pun tak mengaku tapi mulut masing-masing berminyak. :-)
    akubiomed recently posted..First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 : SharidawatiMy Profile

  17. lama dah akak tak rasa suasana macam ni :D
    sweetkurma recently posted..Jangan bikin keliruMy Profile

  18. Anak2 kak sya tak puasa pun…lagipun ahmad tak makan macam org lain…menu utama keropok lekor dn roti canai…kesian pula nk suruh puasa penuh…setakat pukul 12 tgh hari je berjaya…

  19. haha anak kakak saudara saya hari tuh tinggal lagi 15 minit je nak buka puasa, dh meraung nak makan. huhu jenuh memujuknya.
    eiela recently posted..Apa Jadi Dengan Cerita Eyriqazz VS DenaihatiMy Profile

  20. Tahniah abg ngah n abg long dah dapat penuh 1 hari. kadang2 nak kena umpan mcm2 juga anak2 ni.

  21. Hurmmm….. Rasa nak mati yang tak tahan …. nanti akak citer gelagat diorang pegi bazar ramadhan….
    hazman aka species1980 recently posted..Sanggup DELETE POST ENTRY demi STATUS GLITTERATI NUFFNANGMy Profile

  22. Anak saya baru belajar berpuasa tahun ni. Sama la dengan anak akak. Macam2 cara dia buat. Tapi oklah kan. Ibu bapa kena latih anak berpuasa dari kecik. Baru diorang tahu agama islam mewajibkan umatnya berpuasa. Dapat setengah hari pun dah ok. Tahun depan puasa penuh pulak

  23. hahah lawak abang longan abang ngah ni… anak buah saya umur 7 tahun, perempuan.cam tu gak kak.. nk minum jek bukn mkn..hahha
    eiyda recently posted..Ahlan wa Sahlan Ya RamdhanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation