Salam, sekarang sudah pun dibuka untuk Daftar Sekolah Rendah Tahun 1 2014 bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2007, alhamdulillah Abang Ngah kami dah daftarkan minggu lepas, antara murid terawal yang mendaftar, syukur selesai sudah 1 kerja.
Macam biasa daftarkan dia di Sekolah Rendah Taman Klang Jaya, so nanti dia bersekolah sama tempat dengan abangnya, tak sabar pulak nak tengok anak-anak masuk ke alam sekolah sebenar ni.
Tahun depan insyaallah Abang Long pulak akan masuk ke darjah 1, dan Abang Ngah ke Tadika Little Caliphs (macam abangnya), ada bercadang nak masukkan Abang Ngah ke Pra Sekolah, borang pun dah ambik, tapi bila permohonan tersebut memerlukan penyata gaji, sah-sah permohonan ditolak mentah-mentah, sebab untuk kemasukan ke Pra Sekolah mereka memilih ibu bapa yang perpendapatan rendah, takpelah takde rezeki, bukan apa kalau hantar ke Pra Sekolah nanti senanglah Abang Ngah nak belajar selok belok sekolah tu nantikan, dan suasana pun dah tentu seperti sekolah rendahkan?
Oklah meh nak share dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sekolah rendah tahun 1 bagi tahun 2014 nanti, sebelum itu digalakkan untuk mengisi borang secara online, tetapi walaubagaimanapun permohon juga boleh terus dilakukan disekolah rendah tersebut.
Dokumen yang diperlukan :-
- Sijil Asal Surat Beranak Anak dan salinan
- Kad Pengenalan Ayah dan Salinan
- Kad Pengenalan Ibu dan Salinan
- Sijil Asal Nikah dan Salinan
- Bil Api/Air/Astro/Telefon berserta salinan
**Sesudah pendaftaran dilakukan, pihak sekolah akan cop belakang surat beranak untuk pengesahan.
– Tahun depan ambik dan hantar anak sekolah sambil usung baby 😀
Eh tak boleh daftar yer..lama lagi tu Kak.
azman recently posted..Kurnia Insurans One Touch – Aplikasi Android
tak boleh daftar ape?
yanmie recently posted..D’Sentosa Guest House – Langkawi Homestay Terbaik!
silap – “dah” boleh daftar hehehe..
azman recently posted..Kurnia Insurans One Touch – Aplikasi Android
heheeee apa tah difikirnya sampai tersasul heeeheee 😛
yanmie recently posted..D’Sentosa Guest House – Langkawi Homestay Terbaik!
Banyak betul keje as ibu dan suri rumah
dennis recently posted..KELEBIHAN DAN KEKURANGAN EBOOK ARIFF SHAH
oo nak masuk pra sekolah pun kena penyata gaji ekk…haiya…pra sekolah ni ok dari tadika ke???
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #12 – Makanan Orang Kampung
kena bangun pagi lagi awal la nnti untuk ready anak2 pergi skolah 🙂
Ikhtiar Shah recently posted..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan
Oh ok .. baru selidik sikit hehe ..
puanbee recently posted..Siapakah Juara Dalam Rancangan Masterchef Selebriti Akhir ??
aik rasa sebelum ni dah post entri ni kak
puanbee recently posted..Siapakah Juara Dalam Rancangan Masterchef Selebriti Akhir ??
kalau tinggal di selangor boleh daftar online. kena cepat kalau tak, kemungkinan dapat sekolah yang jauh sebab kelas dah penuh
Nazri recently posted..Claim Kena Gigit Semut RM700
wah, lepas ni makin bertambah sibuk la kak yan.. selamat
syahrilhafiz recently posted..Wordless Wednesday #16 : Bintang K-Pop BIGBANG Di Malaysia
dah besar dah anak ye..
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 7
Alamak…..saya lum daftarkan anak lagi……
zack recently posted..Benarkah Teknik Pajak Emas Menguntungkan?
oo maksudnya pra sekolah utk budak2 dari keluarga berpendapatan rendah je la. baru tau,,sebab tu ramai masuk pra sekolah berbanding KEMAS kat sini kot.
eiela recently posted..Gayat Naik Lif
wah, dah besar dah dia.dah leh start sek ren
rozuan recently posted..BEZA PENGALAMAN SEORANG PEKERJA DAN SEORANG PELAJAR
Wah sudah hendak masuk tahun 1 pada tahun hadapan
akubiomed recently posted..Floria Putrajaya 2012 bersama famili siri akhir
Abang Long yang masuk tahun 1 tahun depan, bang ngah baru register tahun 1 untuk 2014 nanti 😀
yanmie recently posted..Mengidam Kek Red Velvet
alhamdulillah. selesai 1urusan yg kadang2 orang biasa terlepas.
Denaihati recently posted..Kelajuan Mengorbankan Orang Lain
maknanya saya tahun depan dah kena daftar la yer, anak lahir 2008 🙂 tak tahu pulak.
eliss recently posted..Baked Beef Ragu @ Kitchen Creatures PJ
Anak lahir tahun 2008, daftar tahun depan, tak silap start bulan 6-7 dah boleh daftar 😀
awalnye dh kne daftar
hari tu daftar PRA Sekolah JAIS…. sama ke ek dgn PRA Sekolah Kebangsaan.
entah dpt entah idak….. sebab nak payslip jugak….. pendapatan tak tinggi tak rendah. huhuhuhuhu….