Daftar Sekolah Rendah Tahun 1 2014

Salam, sekarang sudah pun dibuka untuk Daftar Sekolah Rendah Tahun 1 2014 bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2007, alhamdulillah Abang Ngah kami dah daftarkan minggu lepas, antara murid terawal yang mendaftar, syukur selesai sudah 1 kerja.

sk taman klang jaya

Macam biasa daftarkan dia di Sekolah Rendah Taman Klang Jaya, so nanti dia bersekolah sama tempat dengan abangnya, tak sabar pulak nak tengok anak-anak masuk ke alam sekolah sebenar ni.

Tahun depan insyaallah Abang Long pulak akan masuk ke darjah 1, dan Abang Ngah ke Tadika Little Caliphs (macam abangnya), ada bercadang nak masukkan Abang Ngah ke Pra Sekolah, borang pun dah ambik, tapi bila permohonan tersebut memerlukan penyata gaji, sah-sah permohonan ditolak mentah-mentah, sebab untuk kemasukan ke Pra Sekolah mereka memilih ibu bapa yang perpendapatan rendah, takpelah takde rezeki, bukan apa kalau hantar ke Pra Sekolah nanti senanglah Abang Ngah nak belajar selok belok sekolah tu nantikan, dan suasana pun dah tentu seperti sekolah rendahkan?

Oklah meh nak share dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sekolah rendah tahun 1 bagi tahun 2014 nanti, sebelum itu digalakkan untuk mengisi borang secara online, tetapi walaubagaimanapun permohon juga boleh terus dilakukan disekolah rendah tersebut.

Dokumen yang diperlukan :-

  • Sijil Asal Surat Beranak Anak dan salinan
  • Kad Pengenalan Ayah dan Salinan
  • Kad Pengenalan Ibu dan Salinan
  • Sijil Asal Nikah dan Salinan
  • Bil Api/Air/Astro/Telefon berserta salinan

**Sesudah pendaftaran dilakukan, pihak sekolah akan cop belakang surat beranak untuk pengesahan.

– Tahun depan ambik dan hantar anak sekolah sambil usung baby :D

22 thoughts on “Daftar Sekolah Rendah Tahun 1 2014

  1. hari tu daftar PRA Sekolah JAIS…. sama ke ek dgn PRA Sekolah Kebangsaan.
    entah dpt entah idak….. sebab nak payslip jugak….. pendapatan tak tinggi tak rendah. huhuhuhuhu….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge