Salam, baru ni gi buat checkup kat klinik private, tah bilalah nak rajin gi buat buku merah tu hiks, so far check kat private dulu coz malas nak menunggu lama kat klinik tu huhuhu, so baru ni doktor buat ujian ultrasound untuk mendapatkan ukuran baby sama ada sama dengan tarikh last period untuk menentukan end due date.
Macam biasa baring, berdebar-debar nak tengok baby dalam perut,ย Saat Melihat Jantungnya Berdegup seakan mengalir air mata, ye air mata kegembiraan, Ya Allah syukur alhamdulillah atas rezeki pemberianmu ini, setiap degupan jantung baby masih terlihat di pandangan, betapa besarnya ciptaanmu Ya Allah.
Perasaan tu gembira sangat tak dapat nak digambarkan, apatah lagi saat doktor menunjukkan mana jantung baby, kepala baby, badan baby, kaki dan tangan baby, tetapi baby masih lagi kecil (masa ni 2 bulan), kaki dan tangannya baby tak panjang lagi, insyaallah perlukan sedikit masa lagi.
“Ya Allah peliharalah anakku yang selama dia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu. Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik & tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan Kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.ย Ya Allah jadikanlah dia sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkalah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskan suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN.”
– Alhamdulillahย Di Penghujung Trimester Pertamaย yang tidak lagi Mencabar.
Kali pertama lihat anak 3 bulan dalam kandungan memang mengalir airmata. Takjub sangat dengan kuasa Allah… T_T
UmmuAyyash recently posted..Lakukan Ini Pada Anak-Anak Hanya Untuk Sehari Dan Lihat Kesannya.
Hati naluri seorang ibu…tak sabar rasanya untuk dapat baby kedua..hehe….best nya ada baby…
Tahniah Kak Yan, semoga baby sihat dan selamat melahirkan. ๐
macam mana yer perasaan nak dapat baby…hihihihi..(alamak…kantoi).. ๐
dzuandiey recently posted..Geng Avengers Datang Malaysia
teringat saat pertama kali tgk jantung anak dalam perot maknye waktu berjumpa doktor dulu. terasa kasih sayang kt anak tu walaupon blom lahir ke dunia lg ๐
Ekspresi Ruang recently posted..Fusion Tables Rekaan Matthew Robinson
wahhhhhh….best kan…ermmm
dzuandiey recently posted..Geng Avengers Datang Malaysia
Semoga selamat melahirkan baby ni yerk
Aldy Shah recently posted..Plain bawal awesome!
Tahniah, semoga kandungan sihat2x ๐
Aldy Shah recently posted..Plain bawal awesome!
salam kak..
eii bee tk sabar nak tengok berdepan , akk beranak nanti kompom bee terjah umah akk..
psst : pantang balik mana2 ke ? atau stay klang je ?
puanbee recently posted..Makan Ayam Gemuk Untuk Gemuk Uhuks~
mudahan segalanya dipermudahkan. insyaAllah.
dah lama tak tengok gambar dlm kandungan ni.
InsyaAllah ๐
Aldy Shah recently posted..Plain bawal awesome!
semoga baik baik saja, jangan gelak kuat sangat ok! hehehe
jaga kesihatan mak dan anak tu penting, dan minumlah anmom selalu. eh ๐
syahrilhafiz recently posted..Tawaran Hebat Domain .MY Serendah RM 25
Semoga akak dan baby selamat dan dilindungi Allah. Sara dulu first time scan rasa cam nak nangis tgk baby gerak2 dlm perut, hehe. ๐
Sara recently posted..Baju Cardigan Corak Leopard
wahhh tahniah kak… isteri sy pun sudah mgadung 2bulan,,
jaga diri elok2 ye…
Percuma Ebook Resepi Masakan Gulai Melayu
shar recently posted..Kasih Umaira
Semoga Kak Yan dan kandungan sentiasa dalam keadaan sihat ๐
Buat baby yang bakal dilahirkan, semoga menjadi anak yang soleh/solehah – nanti boleh baca balik saat di mana ibumu mengandungkanmu di blog ini ๐
Harian Post recently posted..Khalid Samad Dedah Video Cubaan Beli MP Pakatan
alhamdulillah.tak sabarkan rasanya..tahniah2
Ikhtiar Shah recently posted..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan
semoga jadi buah hati yang baik, tunduk dan patuh pada ugame, orang tue,, dan pastinya berguna bagi semua,, jadi ikutan seneng melihat gambar tu kakak
penowo recently posted..Motor matic injeksi irit harga murah โ Yamaha Mio J
Assalamualaikum kak…. Aminnnn… banyakkan membaca al-Quran kalau masa2 macam nie…
Noorikmal recently posted..Mi Berlapis Dapat Menurunkan Berat Badan
Banyak2 ingat Allah bila dah akhir2 ni..semoga Kak Yan selamat melahirkan…
azman recently posted..Lelaki Kacak – Abang Ensem Di Mata Aku
Semoga baby kak min baik saje,nak jer cepat2 kahwin timang baby
Razlan recently posted..Contoh Surat Rayuan – Politeknik & Universiti
Alhamdulillah syukurlah Mbak Yan, hal serupa pun pernah dialami oleh istri saya…
Dadan recently posted..Rekabentuk Logo Burung Twitter Yang Baru
ini anak yang ketiga ya Mbak ?
Dadan recently posted..Rekabentuk Logo Burung Twitter Yang Baru
Tgk jantungnya berdegup mmg satu nikmat…
Nampak kebesaran Allah swt di situ.
salam kenal
moga baby dan ibu dalam keadaan sihat… nanti time dier keluar lg syahdu ๐
syiela recently posted..Pocong Merata rata
semoga baby n ibunya terus sihat amin
Kalau tidak salah didalam gambar ultrasound janin sudah membesar 5.5cm.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Oh bulan!
Alhamdulillah syukur… Amin…. sememangnya bila melihat degupan jantung baby tu kita rasa sgt gembira.. semua ibu pun pasti akan merasainya… semoga baby dlm kandungan sihat dan selamat dilahirkan.
Queen Teratai recently posted..Khamis Spontan #21
Betul tu, tu baru tengok degupan jantung, belum lagi dengar baby nangis masa mula2 keluar melihat dunia ๐
Terima kasih atas doa tersebut, alhamdulillah ๐
yanmie recently posted..Saat Melihat Jantungnya Berdegup