Salam, yeayyy akhirnya dah merajinkan diri pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang untuk membuat buku merah atau lebih dikenali sebagai buku ibu mengandung. 5 tahun juga tak ke klinik mengandung ni heheee, kali ni nampaknya makin keraplah saya berkunjung ke klinik kesihatan ni, insyaallah.

klinik kesihatan bandar botanik klang

Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang ni takdelah jauh manapun, dalam 5 minitlah dari rumah kalau naik kereta, bersebelahan sahaja dengan Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang, lepas check up boleh gi shopping hahahaha.

klinik kesihatan bandar botanik klang

Parking pun senang sebab banyak parking yang disediakan.

klinik kesihatan bandar botanik klang

Ada banyak bahagian dalam klinik kesihatan bandar botanik klang ni, dan sudah semestinya saya ke bahagian Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, mula-mula sampai kat sini, fuhhh ok serius suka sangat dengan suasananya, dengan warna hijau yang mendamaikan, serius boleh tenang dibuatnya kikiki, hilang stress menunggu giliran ekeke.

klinik kesihatan bandar botanik klang

Hahhhhh siapa kata sunyi je klinik ni? sebab ramai yang komen kat entry “Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak” kata mereka nampak sunyi je kaunter tu kehkehkeh, so gambar atas tu adalah gambar depan kaunter pendaftaran, so tengok ler ramai ke tak? nnggeee~

klinik kesihatan bandar botanik klang

Ni bahagian Makmal, nampak sunyi kan? tapi depan kaunter ni ramai yang menunggu kehkeh, tu gambar kaunter je heeee~, kat makmal ni tak lama pun menunggu, memandangkan saya baru buat buku merah ni, so macam biasa kena ambil darah dan cek air kencing, dan serius tak menunggu lama pun, ok kagum 😀

klinik kesihatan bandar botanik klang

Yang ni bahagian farmasi, memang pergi je terus dapat ubat, takde nak tungu-tunggu dah sebab time ni takde orang, yelah sampai sini pun dah tengahari, orang sibuk nak lunch, lepas pukul 2 petang meriah semula agaknya, tapi seminggu lepas tu, datang pagi dan nampak ramai juga patients.

klinik kesihatan bandar botanik klang

Kaunter Pendaftaran untuk pesakit luar, erkkk saya pun tak pasti nggeee, ampun~, tak ramai kan? sebab time ni lunch, dalam pukul 2 petang meriah ler semula.

buku merah ibu mengandung

Ok dah buat, dah jumpa doktor buat pertama kali di klinik ibu dan anak ni, Doktor cakap tekanan darah saya rendah dan badan kurang air sob…sob..

Sedikit Info untuk membuat Kad Merah / Kad Ibu Mengandung :-

1. Bawa Ic Original Isteri & Suami

2. Sijil Nikah

3. bawa buku mengandung terakhir sekiranya pernah mengandung dahulu, agar senang jururawat semak semula sejarah kehamilan yang terakhir.

– doktor ada scan baby, eeee seronok sangat tau coz time doktor scan perut tu, baby tengah gerak guling-guling hheeee, tapinyaaaa saya masih belum rasa lagi gerakan baby, insyaallah sedikit masa lagi, yeayyy!!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

22 thoughts on “Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang”
  1. salam…kak boleh sy tau hari ape untuk wat check up ibu mengandung kt klinik ni?
    sy bru pindah kt taman sri andalas…

    1. Ini adalah klinik kesihatan, dalamnya ada klinik kesihatan ibu dan anak, tapi memang besarlah, puas hati menunggu coz boleh sambil cuci mata tengok ragam orang heheee, berbanding sebelum ini pernah ke klinik ibu dan anak di sri rampai KL, kecik je, sesak nafas duk lama2 dalam tu heeee 😛
      yanmie recently posted..Klinik Kesihatan Bandar Botanik KlangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge