Blog SuperMak


Salam, menarik juga Drama Dejavu Di Kinabalu Di Slot Akasia TV3 kan? drama romantik ini di dibintangi oleh pelakon Aqasha, Tizz Zaqyah, Rebecca Nur Al-Islam, Nazim Othman dan ramai lagilah, Drama ini juga diarahkan/skrip oleh Eirma Fatimah, selalunya drama arahan dari Erma Fatimah memang best-best, saya suka drama-drama dari beliau.

dejavu di kinabalu

Kalau baca pada Sinopsis Kinabalu Di Kinabalu ni macam best, ala-ala drama korea tajuk apatah dah lupa, tapi tak sabar nak tengok episode seterusnya, pasti best!, layan sinopsis jom!

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara. Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah.

Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya.

Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya. Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir.

Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ. Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira.

Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa. Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

Sumber : tv3.com.my

- Abang Ngah kata “Ehhhh yang gigit2 cuping telinga tu ada balik” kehkeh maksudnya Abam Aqasha tu ihikkk ^__^

13 Thoughts on “Drama Dejavu Di Kinabalu Di Slot Akasia TV3

  1. Assalam, setakat nie memang hebat cite nie… aku suka…
    Noorikmal recently posted..Al-Fatihah Dipermain-Mainkan Di Dalam Lagu AkonMy Profile

  2. Wah.. ni cerita kegemaran ni. Especially sebab Aqasha yg berlakon :))) Layaaan
    Sis Earnic recently posted..Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating Wash ReviewMy Profile

  3. drama ni memang best..
    bagi sesiapa yang cari lagu dalam drama bolehla lawat blog saya..
    http://admya.blogspot.com/2012/06/lagu-tema-dejavu-di-kinabalu.html
    lisa recently posted..Slot Ratu: Andai ku Tahu tv9My Profile

  4. Memang best cite ni…hari2tengok..hehe
    Hafizul recently posted..Betul Jugak Cerita Dalam Entri Denaihati TuMy Profile

  5. tiz zaqyah lawa, tu layan tu.hehe
    syahrilhafiz recently posted..Wordless Wednesday #15 : Tarikh Bulan Puasa Ramadhan 2012My Profile

  6. layan juga cerita dia.. mula2 tu tertengok, lepas tu terus melekat depan tv tgk citer ni.. tiz lawa.. huhu..
    Anarm recently posted..Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi GunungMy Profile

  7. dah lama tak gi sabah dan kundasang ni. rindu betul.
    titan recently posted..Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  8. sya suka cerita ni.. so far blm ketinggalan episod lg… nama Ammar tu juga membuatkan anak sya perasan sbb nama dia Ammar.. hehehe
    Queen Teratai recently posted..Khamis Spontan #23My Profile

  9. semalam first time tgk.nampak cm best je
    rozuan recently posted..KISAH DUA JEJAKA DAN DUA GADISMy Profile

  10. OST lagu ni tengah popular di YouTube kalau tak silap, bila buka youtube je ada nampak lagu ni. Jarang tengok tv, nak final exam hehe (tapi keja online je hoho)
    Harian Post recently posted..Dr Asri: Pilihan Raya Waktu Haji Satu KesalahanMy Profile

  11. Myra layan gak drama ni..
    Memang best kan :)
    Myra Jay recently posted..Cara Solat bagi yang mempunyai Anak KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation