Salam, syukur alhamdulillah saya semakin mendekati Penghujung Trimester Pertama, apa yang saya boleh katakan disini 1st Trimester Yang Sangat Mencabar bagi kandungan saya yang ke 3 ini, sebelum ini semasa mengandungkan anak pertama dan kedua saya sangat aktif dan tidak mengalami alahan yang teruk pada Trimester yang pertama.

Apa pun syukur kerana nampaknya 2-3 hari ini kesihatan saya semakin baik, semoga semuanya baik-baik sahaja sehingga saya melahirkan baby ke 3 ini, insyaallah , mabuk alahan semakin berkurangan, morning sickness dan nausea yang teruk saya alami sebelum ini tidak ada lagi, cuma kadang-kadang sahaja berasa tekak loya.
Alahan dan mabuk teruk yang saya alami seperti di bawah, seronok pulak nak listkan kat sini, eeeee enjoy rasanya menaip entry ni, alhamdulillah syukur.
1. Demam
Saya mengalami mabuk dan alahan yang teruk sehingga saya demam seminggu, bacaan suhu sehingga 40 darjah, cuba bayangkan betapa panasnya!
2. Morning Sickness
Morning Sickness yang sangat teruk, pagi-pagi lagi dah berkampung kat tandas, sampai sakit-sakit tekak dan perut dibuatnya, sebelum ini semasa mengandungkan anak pertama dan kedua saya tidak mengalami Morning Sickness, hihihi caya tak?, saya sangat aktif, tapi kali ni berlainan sedikit.
3. Nausea (loya/mual)
Nausea yang berpanjangan, nampak makanan ke minuman ke, tengok orang ke, apa-apa je mesti rasa loya nak muntah, pelik tapi benar, dan kandungan kali ini baru saya rasa loya yang teruk, nak muntah pulak jenis tak boleh nak tahan, kat mana-mana je boleh terbabas huhuhu, mujur juga kalau saya dah rasa tak boleh nak tahan tu bersiap sedia tutup mulut dengan tangan, perghhh tak boleh nak tahan-tahan wooo.
4. Bau
Tang bau ni rasanya ramai wanita yang mengandung alah pada bau, tetapi ada juga yang maintain takde alahan langsung, ok saya sangat alah pada bau-bauan, terasa hidung semakin sensitif, bau ayam goreng memang saya tak boleh nak bau, kat situ juga saya nak termuntah kehkehkeh, oh ye bau nasi panas-panas pun saya tak boleh nak bau, busuk sangat hahahahaa, tapi sekarang alhamdulillah dah boleh makan nasi siap bersambal belacan lagi hehee
5. Batuk
Saya mengalami batuk yang teruk, sangat-sangat TERUK, sampaikan saya menangis-nangis tak selesa dek batuk yang saya alami, dah pergi ke klinik tapi doktor tak berani nak bagi ubat batuk sebab katanya time tu tak sesuai, dan kali ke dua saya ke klinik di kampung (balik kampung en.hubby), doktor bagi ubat batuk tapi dalam dos yang bersesuaian dengan wanita mengandung, ok happy dapat ubat batuk tersebut, tapi bila dah 2-3 hari makan takde apa-apa perubahan saya terus stop ambil sebab takde perubahan pun, walaupun dos yang diberikan tak tinggi tapi saya masih risau nak abil ubat batuk, kalau boleh elakkan saya cuba elakkan, tapi batuk berpanjangan pun tak elok juga untuk kesihatan kan, batuk juga salah satu ancaman kepada keguguran, nauzubillah minta dijauhkan, amin…, dan syukur batuk kini dah beransur baik, cuma ada sedikit-sedikit sahaja, tak teruk macam sebelum ni, alhamdulillah syukur sangat Ya Allah.
6. Sakit Badan
Sakit badan yang melampau di bahagian belakang, abis lenguh satu badan, nak kata buat kerja rumah tak juga sebab adik yang tolong-tolong buat kerja rumah, memasak, jaga anak-anak heeeee, makasih adik!, yelah time ni hubby takde sebulan, dia outstation ke Terengganu.
7. Hilang selera makan
Dah semua benda pun tak boleh kan, nak makan apatah lagi, memang hilang selera makan, sebelum nak makan segala benda nak teringin makan, bila dah dapat tu tak boleh masuk ke tekak lah pulak, makan sesudu tapi muntahnya lebih dari sesudu kehkehkeh, sekarang alhamdulillah boleh SANGAT dah nak makan heheee
8. Mabuk Laptop/DSLR
Percaya tak kalau saya cakap saya mabuk pada laptop dan dslr sepanjang saya dalam 1st trimester ni?, saya langsung takde keinginan nak on laptop ataupun ambil gambar dengan menggunakan DSLR, padahal kedua2 gadget tersebut memang dan sinonim dengan saya hihihihi, saya cuma online kadang-kadang dari BB dan iPhone je, tak percaya selak aje entry-entry saya sebelum ini, tengok berapa kekerapan saya update blog hihihi.
Itu jelah kot yang paling teruk saya alami pada 1st Trimester kandungan kali ke 3 ini, memang sangat luar biasa, tapi pengalaman inilah yang paling manis bila dikenangkan semula, terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu, tak sabar rasanya ingin melihat seorang lagi khalifahmu di muka bumi ini, semoga kandunganku di perlihara dan diberikan kesihatan tubuh badan, amin Ya Rabbal Alamin.
- Lama tak menaip panjang-panjang

Wahh byk nya alahan..hehe…tak tertanggung kalau saya kena hadapi situasi mcm ni..
hafizul recently posted..Sukarnya Menambat Hati Google
Mabuk laptop/DSLR…. sgt moden simdrom ni hehehe…
azman recently posted..Lelaki Kacak – Abang Ensem Di Mata Aku
mabuk ni 1dlm berpuluh juta nih. atau one in he world…
bila mabuk rasanya kadang perkara pelik boleh terjadi.
Denaihati recently posted..Promosi Web Hosting Denaihati Network – Serverfreak
Kann… Moden sangat dah nih,hahaha, mak2x dulu mana ada mabuk mcm ni
Aldy Shah recently posted..Plain bawal awesome!
Semoga tetap diberikan kesehatan sampai melahirkan nanti Mbak….
Dadan recently posted..Rekabentuk Logo Burung Twitter Yang Baru
Sudah melepasi fasa alahan bolehlah mengadap laptop balik.

akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Oh bulan!
Alhamdulillah… semoga sihat semuanya
Queen Teratai recently posted..Khamis Spontan #21
Insyaallah, makasih

yanmie recently posted..Saat Melihat Jantungnya Berdegup
harap lepas ni ok aje lah kak , tk meriah blogging kalau tk de kawan sehati sejiwa nih ..
puanbee recently posted..Peralat Anak Yatim
Insyaallah mudahan

yanmie recently posted..Saat Melihat Jantungnya Berdegup
nanti dah ilang mabuk, apa lagi pulun jangan tak pulun
sweetkurma recently posted..“Abang Ensem Di Mata Aku”
Insyaallah kak, tapi tak boleh duk lama2 sangat depan lappy ni, coz pening jugak tengok skrin ni

yanmie recently posted..Saat Melihat Jantungnya Berdegup
Harap2x bila dah stabil nie kerap skit la yea update blog …. p/s : Tekak masih selera makan western lagi ke… ?hehehehe
hazman aka species1980 recently posted..Pertunjukan Burung di KL BIRK PARK ( Taman Burung Kuala Lumpur )
Insyaallah amin mudahan, ooo sekarang dah boleh makan apa sahaja

yanmie recently posted..Saat Melihat Jantungnya Berdegup
ada jgk senarai mabuk laptop ye kak.. ingatkan zie sorang jer alami sindron mabuk tgk skrin pc/laptop sbb bila zie buat entry hari tu ramai yg heran..hihihi… mmg sindrom utk sesiapa yg bergelar blogger yg pregnant kot
… Apa pun jaga diri baik2 yer..
zie fauzi recently posted..Al Fatihah Buat Yasmin J Hunwick
Ramai kawan2 yang bila preggy mesti alah pada laptop, tu yang blog pun tak update, keje nak terbaring je kan heheee..
Terima kasih Zie, samalah take care yea

yanmie recently posted..Saat Melihat Jantungnya Berdegup
mabuk laptop pon ada? pelik2 orang mengandung ni.. kih3..

Anarm recently posted..Dulu Aku Kurus – #WordlessWednesday
Ada…ada….akak lah tu hahahahaa

yanmie recently posted..Di Penghujung Trimester Pertama
haha.. =)
zuls recently posted..Contest SEO Lelaki Kacak, 4 sebab kenapa saya menyertainya?
hahahahaha suka ko ye zul

yanmie recently posted..Di Penghujung Trimester Pertama
blogger hebat mabuk laptop memang pelik.. haha..
tapi betul gak tu, baby dalam kandungan tu nak mak dia rehat dari laptop jap tu.. hehe.
zuls recently posted..Contest SEO Lelaki Kacak, 4 sebab kenapa saya menyertainya?
Mabuk laptop/DSLR tu yang menjadi penyebab blog tak update ye hihi
Semoga semuanya selamat amin…
Harian Post recently posted..Ranking Fifa Malaysia – Skuad Harimau Malaya Jatuh Ke Tangga 154
Hiiihihihii betul tu, tu yang blog macam terumbang ambing, memang mabuk sangat.
Amin….mudahan, terima kasih

yanmie recently posted..Di Penghujung Trimester Pertama
hee! tang yang paling last paling rare kak yan:)
ape-ape pun nik doakan semoga kak yan baik2 je sampai ke penghujung trimester ke3 dan deliver nanti:)
nik recently posted..Suplemen atau makanan?
Salam Nik,
Ye macam susah je nak percaya mabuk laptop/dslr hihihi, kalau akak on pun kan akak tak duk dpn laptop tu, on lepas tu off kehkehkeh macam no point plak on laptop kan..
Insyaallah, terima kasih doa untuk akak

yanmie recently posted..Di Penghujung Trimester Pertama