Salam, hiks nak tahu saya sekarang ni Addicted Dengan Buah Jambu dan Jus Jambu Batu (Guava Juice) Semasa Mengandungkan anak ke 3 ni, kalau dulu buah Jambu nilah buah yang paling susah nak masuk dalam mulut sebab buah jambu batu kan agak keras, tapi kalau dapat yang lembut-lembut tu saya memang suka tapi tak seaddicted macam sekarang ni heheee.

jus jambu

Dah berulang-ulang juga saya beli Jus ni kat Jusco

Time ni pergi Jusco, cari jus feel fresh orange tapi tengok macam nak termuntah, lepas tu terpandang Jus jambu ni, teringat masa minum dalam fligt MAS hari tu, tetiba tekak rasa macam sedap sangat, pedahal sebelum ni kurang minat heheee, layannnn!!!

Jus jambu batu

Balik Kedah, seakan takde tenaga pulak tak pekena Jus Jambu, erkkk tapi yang ni jumpa Jus Jambu Batu warna pink kat Petronas, ok layan!, sedap juga, rasanya memang sama macam Jus Jambu Batu warna hijau tu, dah minum rasa lega sangat-sangat tekak.

jambu batu

Berhenti di RNR Slim River, Mak Mertua belikan Buah Jambu Potong, Ya Rabbi!!! nak tahu? nikmatnya makan buah jambu ni, perghhhh masih terasa sejuk-sejuk buah jambu tu kat tekak heheee, Makasih Mak!, sedap sangat ^_____^.

jambu batu

Buah jambu lagi hahahaha, balik dari kedah petang tu kami ke Pasaraya Econsave beli barang dapur, macam biasa singgah kedai akak tu beli buah Jambu Potong.

jus jambu

Jus Jambu Batu Pink ni hubby belikan semalam kat 7e, fuhhh mujur jugalah senang nak cari kan, heheee kalau tak naya nak pi sana sini mencari kehkehkeh.

jambu batu tanpa biji

Google Img

Oh yea hari tu sebelum Mak mertua balik Pahang, Mak ada bagi Jambu Batu tanpa biji, ok serius baru tau ada jambu batu yang takde biji, giler jakun, sedap sangat makan jambu batu takde biji tu, dah cari kat sini tapi tak jumpa, maybe kat tempat lain ada kot, tapi semalam Mak Mertua mesej nanti dia bawakan dari kampung coz 17hb ni adik ipar nak tunang, so mak ayah akan turun sini 16hb insyaallah, yeayyy okkkk sabar tunggu jambu batu tanpa biji kehkehkeh

Khasiat Jambu Batu

Jambu batu mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, zat besi, fosforus,kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, asid pantotenik dan pottasium.

1.ย Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.

2. Menurunkan paras kolesterol dalam darah.

3. Menurunkan paras gula dalam darah.

4. Mengurangkan berat badan.

5. Mengawal tekanan darah.

6. Membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat.

7. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.

8. Meningkatkan kadar sistem metabolisme

9. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit.

10. Ejen antioksida (melambatkan proses penuaan – awet muda, melawan kanser, immuniti)

Sumber :ย Norazizah.org

– Pelik, mengandung kali ini segala jenis asam saya tak LAYAN ๐Ÿ˜€

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

53 thoughts on “Addicted Dengan Buah Jambu & Jus Jambu Batu (Guava Juice) Semasa Mengandung”
  1. The backend part of your company supports these profit centers.

    A VPN creates an encrypted connection to a third-party server, and all
    your Internet traffic is routed through that server.
    For more information visit: security gives you the protection from all kinds of worms, viruses and other problems.
    advancesinautismresearch.com recently posted..advancesinautismresearch.comMy Profile

  2. Same lah, fara suke makan jambu gak. Air plak suke teh o ais limau. Uish sedapnye. terliur lak skrg. nasib lah tgh dlm pantang ngan BF mmg tak bleh minum ais ๐Ÿ™
    4. Mengurangkan berat badan. – ni tak kot, mase preggy naik jek ๐Ÿ˜›
    fara recently posted..Happy 8th Birthday Adzreza Syahmie!My Profile

  3. lelaki kot babynya? simptom sis ni sama dengan saya masa pregnant dulu.. alahan mmg teruk.. muntah sentiasa.. buah lain mmg tak boleh even buah mangga kecuali jambu batu nilah.. hari2 mesti beli jambu ni.. minum pun mmg cr air jambu. kalau yg lain confirm muntah semula… yg pasti asam mmg tak makan langsung… ๐Ÿ™‚
    Queen Teratai recently posted..Demam Euro 2012My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge