Salam, yeayyy syukur dapat juga merasa Tutti Frutti di 1 Utama Damansara, dah lama sebenarnya nak makan Tutti Frutti ni cuma tak pernah lagi jumpa, ni pertama kali jumpa kat 1 Utama, apa lagi heret anak-anak, adik, kakak pergi merasa keenakan Tutti Frutti ni.

tutti frutti

Macam biasa layan diri, suka hati nak ambik yang mana, campur-campur pun boleh, dah siap amik pi letak topping yang disukai, pastu haaa pepandai ler nak bayar ye hhihihi.

tutti frutti

Bayar memahal berbaloilah juga sebab makan “hampir habis”, tapi saya punya memang licin, sebab ambik manggo dan vanilla, rasa masam manis, memang sedap kat tekak ni. Hiks makin tembam hahahaaa, ok terima kenyataan, ni belum nak masuk 2nd trimester, lagi comel gamaknye heheee.

tutti frutti

Saya punye hihihi…

tutti frutti

Bil untuk 4 Tutti Frutti tu.

- Tertunai sudah hasrat di hati :D