Blog SuperMak


Salam, semalam Mak Mertua tercinta telefon, katanya PM nak datang ke Jengka 8, warga Felda Jengka bertungkus lumus menyediakan makanan untuk berpuluh rakyat yang datang menghadiri majlis tersebut, dan khabar gembiranya Peneroka akan menerima durian runtuh.

Dan baru sebentar tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian “durian runtuh” sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

Dalam pada itu juga, PM berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua.

Ini bermakna sejumlah RM15 Ribu bakal dimiliki Peneroka Felda, alhamdulillah. Banyak tu bukannya sedikit, berita gembira tersebut diumumkan oleh PM sendiri di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jengka Pahang.

- Durian gugur :D

34 Thoughts on “Durian Runtuh RM15 Ribu Untuk Peneroka Felda

  1. agaknya bila la petani nk dpt durian runtuh plak?
    asyik dpt kt peneroka je.
    yg bg nasi utk rakyat ni cmne plak nasibnya?
    Ekspresi Ruang recently posted..Bangku Molletta: Penyepit Baju Gergasi Rekaan Baldessari e BaldessariMy Profile

  2. amin. rezeki. moga gunakan duit tu untuk benda yang berguna
    rozuan recently posted..BUKAN NILAI WANG YANG DIUKURMy Profile

  3. ada unsur2 politik tapi org kasi ambik je lah kan
    Zarul Umbrella recently posted..Wordless Wednesday – Celebrity Blog MITBCA 2012My Profile

  4. untung la, banyak kot dapat
    Akulah.com recently posted..[Gambar] Kucing Besar 18 Kg mati sebelum sempat dietMy Profile

  5. syukur.. ada juga rezeki orang2 felda… harap PM dapat bagi durian runtuh untuk nelayan juga nanti.. dapatlah bapa aku tumpang sikit..
    kulanz recently posted..Awan Pelik Menyerupai Wajah Lelaki KacakMy Profile

  6. Tahniah buat para peneroka Felda. Hasil penat lelah kini terbayar. Walau apa pun jadi, jangan lepaskan tanah anda kepada orang lain. Itu sahaja yang kita ada pun…
    Harian Post recently posted..Kenapa Muka Depan Google Sungguh RingkasMy Profile

  7. Salesman semua dah prepare khemah utk berkampung kat felda.
    Norasikin recently posted..Resepi Sambal Tumis Ikan BilisMy Profile

  8. alhamdulillah. Ramai la yg berjaya mencukupkan simpanan untuk menunaikan haji. Saya pun tumpang sekaki la kat abah. Kena duduk himpit-himpit sikit ni
    Norasikin recently posted..Resepi Sambal Tumis Ikan BilisMy Profile

  9. rezeki kami generasi kedua felda..bestnya jadi orang felda…alhamdulillah
    lin azlina recently posted..Dunia Blogging Itu IndahMy Profile

  10. Allhamdulillah , haha walopun famili sy bukan ada pun yg jd warga felda .. tapi rezeki kan ..kita gumbira dengar berita gumbira
    puanbee recently posted..Testimoni Setelah Guna Alat Senaman Kegel Selama SebulanMy Profile

  11. byk tu yan…rezeki yang tak disangka2 kan…alhamdulillah
    syamila recently posted..Kehamilan – Minggu ke 27My Profile

  12. Memang best Dengar Durian Runtuh, Bab Durian-durian ni memang best la heheheh. Akak dah start mengidam ker ni?

  13. bestnya orang-orang felda.. durian PRU13 besaq betui..
    CMRatu recently posted..Tutorial Photoshop : Hilangkan subjek dan dapat latar belakang asalMy Profile

  14. Rezeki dekat mengundi nih… syukurlah!sayang PM.
    azmanisma recently posted..Lelaki Kacak Sering Di CemburuiMy Profile

  15. Wah durian runtuh warga Felda. Ramai yang tersenyum sampai ke telinga.
    akubiomed recently posted..Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan AprilMy Profile

  16. rezeki tu.. tumpang tengok & gembira je.. gunakan duit tu sebaik2nya
    myvitrd recently posted..Dah Takda Kerjalah Ni!My Profile

  17. Untung jadi warga felda kan :D
    Izzuddin Fauzi recently posted..Sesi ‘Makan Anggur’ dan TidurMy Profile

  18. amin…. rezeki kan… bangga n beruntung jd warga felda.. =)

  19. alhamdulillah rezeki peneroka felda dan sampai generasi kedua. manfaatkan dgn sebaik2nya. kita tumpang gumbira jelah.

  20. rezeki yang tidak disangka sangka…alhamdulillah

  21. masa mak saya tel cakap pasal pengumuman najib tu rase macam tak caye.ckp dalam hati ‘tak kan mak nak buat april fool di bulan mei pulak’hehe.ape2 pun bersyukur*padahal 5k tu kena kongsi 7 beradiks.hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation