Salam, menu hujung minggu yang best, Bihun Tomyam Thai Dan Nasi Kuning, nak-nak pulak tengah berselera sekarang ni kan, apa je semua boleh masuk, cuma tak boleh nak makan banyak mesti rasa nak muntah, cukup ala kadar sahaja.

mihun tomyam thai

Bihun Tomyam Thai bukan saya yang masak heeee, saya tukang makan je, Bihun Tomyam Thai ni kami makan kat food court MidValley masa pergi ke Expo Mom & Baby 2012 Di MidValley semalam, perghh meleleh betul makan bihun ni, superbbbbb, tang pedas dan masam tu memang terbaik!.

nasi kuning

Yang ni Nasi Kuning Sabah, Makcik masak masa kami kerumahnya, ada kenduri kesyukuran sabtu baru ni, serius sedap, teringat kat Nasi Kuning yang Mak masak sob..sob..sebenarnya ada banyak lagi lauk-lauk, tapi saya ambik tu je, itu pun kongsi makan 3 orang dengan anak, kalau saya sorang memang tak habis ler, since preggie ni kuat makan macam-macam tapi dalam kuantiti sedikit, kalau tak haruslah termuntah.

– So makan sikit-sikit dan kerap itu lebih baik kan?

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

28 thoughts on “Bihun Tomyam Thai Dan Nasi Kuning”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge