Salam, 1st Trimester Yang Sangat Mencabar masih dilalui dengan penuh gigihnya, paling tak tahan bila Batuk Ketika Mengandung ni, teramatlah seksanya, mujur juga batuk time perut masih kecil, kalau time perut besar memang sakit tau kat perut tu, tu yang ada kes bleeding, nauzubillah minta dijauhkan.
Google Img
Ni yang baru 2 bulan pun kalau batuk terasa sakit di dada dan perut, berdoa selalu agar tidak ada yang teruk berlaku, dah ler batuk teruk macam ni, ubat batuk pulak tak boleh ambil sebab doktor cakap kalau boleh elakkan dari mengambil ubat batuk ketika dalam 1st Trimester kerana waktu ini perkembangan anggota tubuh badan bayi sedang berlaku.
Google Img
So ada juga google cara dan petua untuk menghilangkan batuk, antaranya meminum Madu bersama Jus Limau, tapi saya ni tak reti nak makan madu, tekak memang reject segala madu-madu ni, hemmm macam mana ye?
Jadiknya saya cuma banyakkan meminum air masak sahaja, sesiapa ada petua mujarab harap bolehlah dapat kongsi bersama saya, saya hargai sangat-sangat, terima kasih.
makan madu boleh kan?cer buat cornflakes madu.huhu..makan cornflakes sambil makan madu..makan madu juga kan?hehe
Ikhtiar Shah recently posted..Ini Bukan Niat, Tapi Dah Tabiat
smoga kak yan n anak dlm kandungan sentiasa sihat spjg mengandung dan semasa kelahiran kelak, insyaAllah
Ekspresi Ruang recently posted..Lampu Meja Sisi Daripada Filem X-Ray Rekaan Sture Pallarp
Emm tak berani bagi petua…hehe..banyak kan minum air je..isteri sy dulu batuk jugak..tapi tak teruk sgt…
hafizul recently posted..Wordless Wednesday #3 – Dulu Lain, Sekarang Lain
Madu mmg terbaik untuk batuk2..ambik sikit minun dgn air suam..elegik eh dgn madu? hehehe..
azman recently posted..Adeh! Kak
Hi kak.. jangan makan madu gitu je, letak madu dalam cawan, perah limau nipis, lepastu campurkan air suam..gaul ikut arah LAWAN jam..pastu teguk..rasa limau je lebih..ganbatee kak..
Rashid recently posted..Rahsia disebalik aktiviti renang.
madu tu memang elok untuk batuk..tapi tekak akak plak tak boleh nak terima kan…kalau petua lain tu, bard tak pasti la plak..
bardboo recently posted..5 Cabaran Dalam Penyusuan Susu Ibu
Cuba petua minum nasi yang direndam air didalam cawan.
akubiomed recently posted..Butik Little Scarf Collections(LSC) memenuhi keinginan wanita muslimah
ya allah, semoga takde pape yang buruk terjadi.. banyakkan minum air suam..
Belogkayangan recently posted..Mari berchatting dengan saya! ^^
banyakkkan minum air suam. hoho..
titan recently posted..Himpunan Jutaan Belia – Mei 2012
kalau madu tak boleh telan juga coz madu panas utk baby..
tapi ada yg kata bagus utk kuatkan rahim…
kalau sirih + gula sikit = kunyah dan telan airnya..
atau sesudu kicap manis + limau nipis jus = telan..
nurmisnan recently posted..Kelebihan bulan Rejab
hai..
tahniah sb hamil he…
cam suri ar ni hamil pertma mmg batuk2 mula2 tak tahu hami dh 3 bulan baru tahu penangan hamil
slu dh batu akan amik madu 1 sudu penuh. madu asli lebih baik dan sebijik limau sambal perah dlm sudu dan selawt 3 kali makan. Alhamdulillah smebuh dri btuk2..smpi skrg klu btuk mmg amalkan petua ni selain dri madu blh campoh dg kicap
thniah sb hami 😉
suri recently posted..Aku Di Silap Mata Olehnya
hi kak suri..saya pun amalkan madu dengan limau(nipis)..alhamdulillah..mujarab..
p/s: pernah cuba makan buah delima?? banyak juga khasiatnya..
Rashid recently posted..Rahsia disebalik aktiviti renang.
Salam Yan, kalau minum air asam jawa? sabar je yan, dugaan org mengandong begitu le….
kakzana recently posted..Mango Panna Cotta di atas dulang Jepun
orang pompuan memang tak boleh dengar perkataan “Madu”.. hehehe gurau je kak yan..
myvitrd recently posted..Coca-Cola Euro 2012 | Peraduan Euro 2012
yan, batuk macam tu selalunya sebab tekak rasa gatal, so lepas batuk jer terus minum air suam yang agak panas sikit so bila kena yang gatal tu dia akan melegakan sedikit rasa gatal tu…inshaAllah
sweetkurma recently posted..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!
salam sis.. seronok je baca entri2 sis tentang pregnancy ni… saya baru saja alami keguguran pada usia kandungan 11 minggu. Alhamdulillah kini saya dah kembali bekerja.. kalau saya masih mengandung skrg usia kandungan saya adalah 14 minggu… Hamil pada trimester yg pertama mmg amat mencabar tp tula rezeki tak berpanjangan… hampir tamat trimester pertama yg mencabar itu saya kehilangannya.. walau apa pun saya redha dan pada sis.. saya doakan baby membesar dengn sihat dan sempurna serta dilahirkan ke dunia ni dengan mudah. Take care yer.
Queen Teratai recently posted..Terima Kasih Semua
minum ais anak besar – tu mungkin mitos – wallahuaklam
tiga bulan pertama mengandung memang banyak dugaan.. harap yan banyakkan bersabar. mungkin Allah nak bagi perempuan pulak kali ni.. akak dulu masa mengandungkan anak perempuan, teruk sangat alahannya tapi time bersalin sangat mudah. alhamdulillah
akak doakan semoga yan cepat sihat.
hazlin recently posted..Memperkasa Sistem Saraan Baru [SSM]
Sabar ye kakyan, dugaan tu, tapi mmg perit kan.. 😉
Myra Jay recently posted..Bulan Rejab yang dinanti kerana fadilatnya
Kali ni memang terasa sikit teruknya, dulu2 masa ngandung Aiman dan Haziq memang takde kena batuk teruk macam ni, harap tak berpanjangan, Amin…
yanmie recently posted..Batuk Ketika Mengandung
salam yan,
kalau batuk teruk sangat, minum je ais batu.. niatkan ais tu sebagai ubat. InsyaAllah sembuh.
hazlin recently posted..Memperkasa Sistem Saraan Baru [SSM]
Waalaikumsalam Kak,
Ha’ah teruk jugak ni kak, malam memang asyik terjaga, kalau dah terjaga tak boleh dah nak tidur, berjam2 batuk takleh tahan, sudahnya tidur duduk kat sofa, nanti try minum air ais batu tu, harap2 beransur pulihlah, kita usaha je kan dulu, TQ kak 😀
yanmie recently posted..Batuk Ketika Mengandung
begini jugalah yg ejam buat bila batuk2, minum ais jer sebab bila dimanja2kan dgn minum air suam atau panas jd lg melarat jer…hehe
tapi untuk ibu mengandung tidak pasti sesuai atau tidak minum ais ni, nanti katanya baby besar yer? btol ker?
ejam recently posted..Papa Pun Boleh Jaga Haq
Selalu minum air suam, kadang yang panas sikit, sebab niat nak bunuh kuman2 dengan air panas2 kan, tapi makin melarat plak hiks, ok nanti try minum air ais pulak.
Oh baru tau baby boleh besar kalau minum minuman ais, masa anak2 dulu kuat minum ais tapi biasa2 aje 😀
yanmie recently posted..Batuk Ketika Mengandung
baru tau juga ada petua guna ais batu. biasanya tak elok minum air sejuk.
kalau ada air zam zam, banyakkan minum air tu.