Salam, nampaknya 3 hari juga blog ni tak berupdate kan, terima kasih pada rakan-rakan yang rindukan saya hehee, nak tau sampai ada yang email, sms dan call tanya kenapa tak update blog, ini kerana angin-angin kemabukan melanda diri plus saya demam kuat lebih kurang seminggu ni, alhamdulillah demam dah takde tapi mabuk dan loya sangatlah teruk, 1st Trimester Yang Sangat Mencabar.

1st Trimester Yang Sangat Mencabar

Google img

Ini merupakan kandungan yang ke 3 saya, insyaallah. Sangkaan saya meleset 100% yang mana saya ingatkan saya tidak mengalami alahan, mabuk, loya dan pening-pening yang teruk, semuanya bermula pada minggu lepas, semua simptom tersebut datang serentak sekali dengan demam tu.

Kali ini 1st Trimester Yang Sangat Mencabar, mari saya perincikan kenapa ianya mencabar nnggeee~

  1. Demam hampir seminggu
  2. Mabuk berpanjangan
  3. Loya muntah-muntah toksah nak kata lah berapa kali nak ulang alik, nak “ter”muntah tu siap tutup mulut kalau tak memang terbabas kat mana-mana
  4. Pening dan sakit kepala berpanjangan, tak boleh nak bangun lama-lama, bangun seminit lepastu baring semula
  5. Sakit belakang punggung, lenguh-lenguh acane tah nak bagitau hahaha, dulu-dulu rasa gini je kalau nak bersalin dah, tapi ni 1st trimester dah terasa.
  6. Memang tak boleh nak angkat badan, penat je sentiasa, asyik terbaring je
  7. Makan pulak memang takde selera, sampaikan seminggu saya boleh turun 1.6kg, cuba bayangkan!
  8. Buah dada, mak aiiii sakit ya amat, saya tahu ianya proses penghasilan susu ibu, tapi kali ni memang sakit tak macam dulu, mandi kena air pun sakit kehkehkeh.
  9. haaaa yang ni best, ntah napa tetiba tak suka makan MASAM-MASAM, pelik tapi benar, suka makan MANIS pulak, stok coklat cadbury/air coklat kena sentiasa ada, loya je makan coklat/minum air coklat tu, ha lega lah sekejap loya tu kiikikiki
  10. Ini yang paling mencabarnya, sebab suami tiada disisi sob…sob…

Sekarang ni memang dah tak larat nak kemana-mana bertiga, opsss berempat termasuk yang dalam perut heehehee, sebab simptom yang dialami kali ni sangatlah teruk berbanding mengandungkan Abang Long dan Abang Ngah.

baby

Google Img

Kami memang plan untuk menambah ahli keluarga, jadi sejujurnya sejak saya disahkan mengandung, apa pun jantinya baby ini kami tak kisah, terima seadanya rezeki yang ALLAH TA’ALA berikan, bersyukur sangat-sangat dikurniakan rezeki sebesar dan sehebat ini, Subahanallah, terimakasih YA ALLAH.

Saya dan suami memang teruja sangat dengan kandungan kali ini, sama terujanya seperti inginkan 1st & 2nd baby dahulu, maklumlah 5 tahun tak peluk cium baby, tak susukan baby, rindu bau baby.

YA ALLAH YA TUHANKU, KAU permudahkanlah segala-galanya, Hambamu memohon agar diberikan kekuatan dan kesihatan sepanjang mengandung sehinggalan melahirkan baby ini nanti, mudahan juga baby sihat dan sempurna, Aminnnn YA RABBAL ALAMIN.

- Terima kasih sudi membaca :D