Salam, bercuti ke Cameron Highland rasa tak lengkap kalau tak singgah ke Pasar Malam Brinchang Cameron Highlandย ni, ada banyak gambar yang saya snap, tapi saya kongsikan yang dibawah ni dulu ye.

Pasar Malam Brincang Cameron Highland

Maaflah kualiti gambar kali ni memang kurang memuaskan sebab bukan dalam mood nak bergambar, mood nak shopping je heheee, banyak betul benda menarik kat Pasar Malam Brinchang Cameron Highlandย ni, apa yang pasti produk berbentuk strawberry menjadi tumpuan pengunjung.

Pasar Malam Brincang Cameron Highland

Coklat Strawberry menjadi makanan yang paling glemer kat sini, mana-mana tempat ada je jual coklat strawberry ni, harga pun takdelah mahal, cuma RM10.oo untuk 3 cucuk strawberry coklat tu.

Pasar Malam Brincang Cameron Highland

Sudah semestinya sayur-sayuran segar dijual disini, rambang mata nengoknya, kalau dekat dengan rumah memang dah borang banyak dah sayur-sayur ni.

Pasar Malam Brincang Cameron Highland

Macam-macam jenis beg berbentuk strawberry, baju, bantal, fridge magnet, keychain, eeee banyak lagi lah, saya borong fridge magnet, nanti saya share kat entry lain hihihii.

Pasar Malam Brincang Cameron Highland

Mak mertua beli Ubi keledek kecik tu, sedap, manis, rasanya lain dari yang lain, kat tempat lain tak pernah lagi jumpa ubi keledek yang comel macam ni, katย Pasar Malam Brincang ni pertama kali saya jumpa ubi keledek jenis gini, ke saya je yang tak tahu ni? heeheee.

Pasar Malam Brincang Cameron Highland

Madu, suami nak beli tapi takut dapat madu yang bukan asli, sudahnya tak beli, tengok je nngee~~

– Seronok dapat bercuti-cuti Malaysia ๐Ÿ˜€

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

44 thoughts on “Pasar Malam Brinchang Cameron Highland”
  1. Saya suka tengok makanan bergoreng yang berbagai jenis. Labu, keledek, water sprout abih semua digoreng. Boleh tahan lama lak kerangupannya walaupun ditempat sejuk dikelilingi kabus dan titisan air. Lg satu saya suka sayur-sayurannya. Jagung madu dia pun murah dan sedap dimakan tanpa dimasak
    Norasikin recently posted..Resepi Cucur Udang AsasMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge