Kemut Dan Merapat Dengan Vibrance Kegel Device

Salam, baru ni saya telah menghadiri satu event iaitu, Bioinfinity Vibrance Kegel Device Media Event yang berlangsung di GTower Hotel Jalan Tun Razak, seperti biasa majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran dan refreshment, ramai juga blogger yang dijemput hadir.

Bioinfinity Vibrance Kegel Device Media Event

Antara blogger yang dijemput hadir, kami semua diberikan Alat Vibrance Kegel Device :D

Ok berbalik pada tajuk entry ini, korang pernah dengar tak tentang Vibrance Kegel Device? kalau tak pernah dengar dan tak pernah tau, okeh korang (wanita) sangat rugi, so makanya baca entry saya sampai habis, saya akan kongsikan apa istimewanya Vibrance Kagel Device ini.

event di gtower

Antara blogger yang datang, Kak Emila, Jardness, Yana, KakIna, PuanBee, CikLily dan ramai lagi.


Vibrance Kagel Device

Sebagai seorang wanita yang dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, saya sangat menitik beratkan kesihatan dalaman, bukan sahaja ingin cantik luaran malahan kecantikan dalam juga penting untuk kebahagian suami isteri. Tapi luaran tu confirm lah tak cantik kan, comel je hahahahhaa.

Apa itu Kagel?

Kagel adalah sejenis senaman untuk menguatkan otot lantai pelvis, ianya diperkenalkan oleh Dr. Arnold Kagel pada tahun 1948.

vibrance kagel device

Apa itu Alat Vibrance Kegel Device?

  • Sejenis alat senaman kagel, atau senang nak faham dalam bahasa melayu kita iaitu senaman kemut, hehee mesti ramai yang suka topik kemut ni kan?, alat ini membantu proses senaman kemut, menguatkan lagi kemutan.
  • Vibrance Kegel Device sejenis alat peranti kalis air dan boleh bertahan selama lebih kurang 2 tahun
  • Ianya diperbuat dari Getah silicone bermutu tinggi dan amat selesa untuk digunakan kerana ianya bersifat hypoallergenic.
  • Alat peranti yang hanya menggunakan bateri.

The Vibrance Kegel Device

Alat Vibrance Kegel Device mempunyai 3 level pelarasan.

Vibrance Kagel Device

Kenapa Wanita yang sudah berkahwin perlu memiliki Alat Vibrance Kegel Device ini?

  1. Meningkatkan kualiti seks suami isteri, sejujurnya, sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin, kebahagian rumahtangga adalah impian semua orang wanita, aktiviti seks bersama suami amatlah penting, tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja, bak kata orang tua-tua, kalau pandai layan suami di katil insyaallah suami tak cari lain.
  2. Dapat merapat, meningkatkan dan menguatkan kemutan Vagina, jangan syiok sendiri, pasangan pun harus menikmatinya bersama so lakukan senaman kagel ini, suami anda pasti tersenyum!
  3. Memperbaiki sistem dalaman dan postur tubuh, yang bestnya dapat mengembalikan bentuk tubuh badan.
  4. Mampu mengatasi masalah mudah terkencing
  5. meningkatkan aliran darah dari uterus atau vagina
  6. Menguatkan otot vagina dan seterusnya memudahkan proses bersalin serta mengurangkan koyak pada perenium semasa melahirkan anak.
  7. Dapat mengurangkan kes peranakan/rahim turun dan dapat juga memperbetulkan kedudukan rahim/peranakan yang turun.
  8. Tampil dengan lebih yakin

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan yang diperolehi dari menggunakan Alat Vibrance Kegel Device ini, sila alaminya sendiri, tak mahal pun alat ni, harga mampu milik, apa salahnya cantik dalaman untuk kebahagiaan suami isteri kan?.

kagel device

Saya bersama Blogger KakIna dan CikLily meneroka Alat Vibrance Kegel Device :D

event di gtower

Testimoni dari 2 orang pengguna Alat Vibrance Kegel Device, Terbaaaiiikkk!!

Vibrance Kegel Device Media Event

Pada Event tersebut juga kami turut diajak ke Gym untuk sesi simulasi senaman Kegel bersama Doktor Suhaila, pada sesi tersebut kami diajar untuk mengenalpasti kedudukan otot lantai pelvis, sejujurnya susah jugak nak cari heheheee,  nasib baiklah datang event ni, terima kasih MyBioinfinity dan Rouge Communications.

senaman kagel

senaman kagel

senaman kagel

senaman kagel

Vibrance Kegel Device

Bagi anda yang ingin mendapatkan Alat Vibrance Kegel Device ini boleh dapatkannya secara online melalui laman web MyBioinfinity dan boleh juga di dapati di SHINS outlets dan pusat kecantikan terpilih atau di hospital pada harga RM 498.00 sahaja, murah dan harganya sangatlah berpatutan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Customer Careline di 1700 -81-0321

Insyaallah sebulan dari sekarang saya akan berikan feedback tentang pengalaman saya menggunakan Alat Vibrance Kegel Device ini, nantikan heeee

- Lagi banyak gambar di Laman Facebook Fanpage saya, klik SINI

56 Comments on Kemut Dan Merapat Dengan Vibrance Kegel Device

  1. Ita
    April 18, 2012 at 1:26 pm (2 years ago)

    Bagus sekali info yang diberi. Orang melayu dahulu2 dh ade senaman yg mempunyai fungsi sama, iaitu senaman kemutan. Cuma dgn ada alat ini, nampk lebih mudah skit. Memang betul faedah2nya memang sgt banyak.

    Reply
    • yanmie
      April 12, 2012 at 11:35 am (2 years ago)

      apaaa??? kaki kemut??? hahaha sabar jelah :P

      Reply
    • yanmie
      April 11, 2012 at 1:19 pm (2 years ago)

      ha’ah alat yang sama, insyaallah tunggu sebulan dari sekarang yea hihihi :D
      yanmie recently posted..Entry Ke 2002My Profile

      Reply
  2. akubiomed
    April 11, 2012 at 1:43 am (2 years ago)

    Saya ada terbaca masalah wanita terkucil salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan senama kagel atau kemutan. Selain itu ia merapatkan saluran rahim menjadi padat. Orang tua-tua dahulu mengamalkan senama kagel atau kemutan ini.

    Ada kajian menunjukkan jamban cangkung lebih baik daripada jamban duduk kerana ia dapat menguatkan otot kawasan pelvis.

    Aduhai komen sudah macam pakar sakit puan pula dah. :-)
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Apa yang penting kerjasamaMy Profile

    Reply
    • yanmie
      April 11, 2012 at 8:07 am (2 years ago)

      ye betul tu memang senaman kagel dapat membantu mengatasi masalah terkencing,dan peranakan yang turun dapat diperbetulkan, insyaallah kalau kita usaha mesti boleh punya.

      ooo ok baru tau guna jamban cangkung lagi bagus heheee, makasih share :D

      takpe jadi pakar wanita, untunglah bini dapat suami yang ambil berat dan membaca perihal kewanitaan :D
      yanmie recently posted..Kemut Dan Merapat Dengan Vibrance Kegel DeviceMy Profile

      Reply
    • akubiomed
      April 11, 2012 at 1:44 am (2 years ago)

      Kalau yang anak dara pun boleh baca kerana ada antara mereka mempunyai masalah terkucil atau terkencing.

      Reply
      • puanbee
        April 14, 2012 at 12:46 pm (2 years ago)

        haha baca malu ya .. guna pun malu ..

        pemikiran biasa orang kita kak..
        puanbee recently posted..Jalan – Jalan KLCCMy Profile

        Reply
  3. cleffairy
    April 10, 2012 at 6:40 pm (2 years ago)

    Wahhhh. Kak yanmie dah up entry ni. Saya baru je buat giveaway, belum buat detail entry lagi. case malas… hahaha… I think my entry about the event will be up by Wed…God willing. :D

    ps: kak yanmie dah try ke belum? saya belum lagi… ish… teragak pulak sebab husband selalu ada kat rumah these few days…rasa malu la. hahahahahahaha! I think gonna try bila anak takde kat rumah. Takdelah dia hairan dengan bunyi beep beep tu.
    cleffairy recently posted..Giveaway: Guess correctly and win RM100 voucher.My Profile

    Reply
    • akubiomed
      April 11, 2012 at 1:47 am (2 years ago)

      Lelaki pun boleh buat senaman kagel atau kemut tetapi untuk alat ini tidak sesuai untuk lelaki sebab tidak tahu mana hendak letak. :-)

      Reply
  4. juanita
    April 10, 2012 at 2:57 pm (2 years ago)

    kak….cepat sket bg testimoni nye ekk..hehehe..

    pstt..puanbee tembam la…hehehe

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge