Blueberry Cheesecake Untuk Birthday Girl

Salam, semalam kami ke Putrajaya ada sambutan majlis hari lahir anak buah sepupu suami, so saya ada buat Blueberry Cheesecake Untuk Birthday Girl, ini kali pertama saya buat kek harijadi hihihihi, biasa kek untuk buat makan je, ok layan gambar hikhik.

Blueberry Cheesecake

hihihi comel tak?, saya bab decoration memanglah tersangat tak reti, hias ikut kreativiti aje ler, nak fancy2 tak reti, buat macam kat atas tu pun kemain lagi saya puas hehehee.

Blueberry Cheesecake

Wording pun tak berapa nak cantik, tu pun try tulis banyak kali kat kertas, yelah kan kalau dah tulis atas kek tu dah tak boleh padam dah kan hheehe, but oklah kan ekekeke.

Blueberry Cheesecake

Kan semalam saya buat 2 adunan Blueberry Cheesecake, 1 untuk myhero-hero makan, 1 untuk Birthday Girl ni, ingatkan Aiman dah tak kisah, tau2 kat sana ada 4 bijik kek tak silap, bolehnya dia kata, “nak makan kek yang ibu buat” heheee sambil thumbs up lagi okie, paling bestnya kan…ada sorang budak pompuan ni, dia makan kek tu sambil jerit kuat-kuat kata “ummmmmm sedappppnyyeeeee” hahahahhahaha ok  budak-budak sangat jujur ye hheehee.

Birthday Girl

Wafer Roll untuk hiasan, riben saje je letak tu, takde riben tu pun bukannya berderai jatuh wafer roll tu, sebab wafer roll tu dah gam dengan blueberry jem tu hikhik, konon lah kan riben tu untuk bagi tambah seri je kikiki.

Syukur seronok tengok orang makan kek saya buat tu, licinnnn ihiikkkk seronok okeh, lepas ni nak practice buat kek untuk birthday Aiman pulak, nak try letak Edible Image Untuk Kek, nak tengok jadi ke tak, kalau ok saya nak tempah edible image muka aiman hahaha, nak gigit-gigit muka aiman kat kek tu heeee~

– Seronok dapat berkumpul ramai

You may also like

32 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge