Salam, baru tengok berita di Buletin Awani tadi, khabarnya Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA Dibatalkan dan ianya diumukan sendiri oleh Perdana Menteri kita Dato Sri Najib Tun Razak dalam 1 perhimpunan berjumpa dengan penjawat awam pagi ini.

sbpa dibatalkan

SBPA dibatalkan dan SSM (Sistem Saraan Malaysia) akan dikekalkan dan akan ditambah baikkan lagi, PM berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.

Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:

  • 1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.
  • 2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.
  • 3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.
  • 4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

.

– Untuk selanjutnya boleh baca juga di laman Mstar.com.my

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

15 thoughts on “SBPA Dibatalkan Dan SSM Dikekalkan”
  1. Agak-agak SPRM akan buat siasatan tak tiba-tiba SBPA ditolak jadi macamana kualiti kerja yang dibuat ketika mencadangkan SBPA dahulu. Banyak masa dan tenaga dibuang begitu sahaja.

    Tanniah kepada CUEPACS membela ahli-ahlinya. Saya sebagai pekerja swasta mengucapkan tanniah kepada penjawat awam dengan pengumuman kenaikan oleh PM.

    Nampaknya generari Y semakin mantang dan berbeza dengan generasi terdahulu cara pemikiran dan kemantangan mereka berbeza. Cuma rugilah kalau tidak mendaftar undi.
    akubiomed recently posted..Projek 100 Bloggers oleh BroframestoneMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge