Resepi Chilled Strawberry Cheesecake

Salam, macam mana cuti-cuti korang semalam? mesti syiok kan?, saya dengan hero-hero duk rumah je, cuaca kat luar tak berapa nak best, so aktiviti semalam buat Chilled Strawberry Cheesecake, pertama kali buat versi unbaked cheesecake ni, kemain seeedddaaapppp heheee, ada yang nak resepi, ok baca sampai abis ye, saya berikan Resepi Chilled Strawberry Cheesecake  kat bawah.

Chilled Strawberry Cheesecake

Serius Chilled Strawberry Cheesecake ni tersangatlah sedap, saya sendiri pun makan sekali hehee, apa boleh buat nafsu menguasai diri eekeke, myhero-hero kemain puji kata sedap, saya pun seronok  nak buat benda-benda gini bila diorang pun suka makan, plus kata seeedaaapp nnggee~

Chilled Strawberry Cheesecake

Agak comot sikit, tak dan nak hias cecantik sebab memang dah tak sabar nak rasa, maklumlah 1st time buat yang versi gini, ingatkan Cheesecake oreo dah paling sedap, rupanya Chilled Strawberry Cheesecake ni terlebih-lebih sedap dari cheesecake oreo tu hehee.

Chilled Strawberry Cheesecake

Dasar cheesecake tu retak sikit je sebab time nak alihkan dari loyang agak gelojoh hahahaha.

Chilled Strawberry Cheesecake

Serius memang sedap sesangat, menu ni boleh masuk dalam list kalau ada buat makan-makan heeheee, yang bestnya sepanjang-panjang anak makan, sepanjang tu pujian diterima hahahaha, budak-budak sangat jujur okeh!

Chilled Strawberry Cheesecake

Follow Resepi Chilled Strawberry Cheesecake

Bahan-bahan :-

  • 250gm Biskut Marie
  • 100gm Buttercup (suka hati mentega apa2 jenis pun boleh, di cairkan)
  • 250 Cream cheese Philadelphia (terpulang jenama apa, tapi saya suka Cream cheese Philadelphia)
  • 70gm Gula Castor
  • 10 Biji buah strawberry (Dikisar dengan sedikit air, jadikan puree strawberry)
  • 10 Biji buah strawberry (Di potong kecil)
  • 1 1/2 Sudu gelatin halal (Saya guna brand nona)
  • 200ml Whipping Cream (1 kotak kecil)

Cara-cara membuatnya :-

  • Biskut Marie di hancurkan, saya blend je biskut marie ni, senang dan cepat hehee
  • Buttercup/mentega tadi dicairkan, kemudian masukkan biskut marie tadi kedalam cairan mentega sehingga boleh ditekap, sebaiknya guna tin loyang yang boleh buka tu, tapi saya guna loyang biasa je.
  • Simpan dalam freezer supaya cepat keras dan sejuk sementara kita buat cream cheese nya pula.
  • Putar cream cheese bersama dengan gula castor sehingga berkrim, masukkan puree strawberry yang dikisar tadi.
  • Dalam bekas lain, putar whipping cream
  • Whipping cream yang dah diputar tadi, campurkan kedalam acuan cream cheese dan kacau dengan spatula.
  • Bancuh Gelatin dengan air suam sehingga kelihatan jernih berkilat, kemudian masukkan kedalam cream cheese tadi dan gaul bersama sehingga rata.
  • masukkan strawberry yang dipotong kecil2 tadi kedalam cream cheese dan gaul.
  • Ambil biskut dalam peti yang dah disejukkan tadi, tuang cream cheese kedalam tin loyang tadi, simpan dalam peti selama  3-4 jam, kemudian boleh ler di hias dan dimakan.
  • Saya cuma sejukkan kat freezer selama 1 jam, dengan suhu peti sejuk yang maximum, konon nak cepat hehee, tapi betul sejam dah boleh makan, dah pejal cream cheese nya.

Kannnn, senang sangat, resepi ni saya amik dari youtube, tapi saya tak ingat url video tu sebab saya view dari ipad, ipad pula dah clear history dan cache, so saya tak ingat link url, tapi nasib baik juga saya ingat step-step buat Chilled Strawberry Cheesecake ni hikhik.

.
– Strawberry ada banyak, nak buat cekelat stoberi plak lah 😀
About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

41 Comments

  1. Aduhhh Asyik nyer kek ni Akak, Sekali nengok macam nak ngap terus. Tapi apa boleh buat. Telan Air liur je ler. ermmm nak buat rasanya tak jadi kot heheheh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge