Mengigau Di Siang Hari

Salam, ntah kebelakangan ni tak berapa nak sihat, badan asik rasa letih je memanjang, pedahal takde buat kerja sangat pun hehee, asal baring je mesti terlelap alahaiiii, yang syioknye boleh pulak Mengigau Di Siang Hari hahahahaa, layan!

aksi budak sedang tidur

Gambar hiasan dari entry INI (entry lama)

Saya sebenarnya kurang gemar tidur siang, tapi nak tidurkan anak kena baring sekali, apa boleh buatkan tu memang dah tak boleh nak elak lah tu, terlelap pun bukannya lama, ada lah dalam 5-10 minit macam tu, yang syioknya boleh mengigau tu.

Bila dah terjaga, mula membeliakkan mata, intai-intai luar, tengok luar dah cerah, mundar mandir jadinya mencari jam, sebab dalam kepala duk fikir “Alamakkkkkkkkk, tak kejut abang gi keje, tak siapkan Aiman gi skolah!!!!”, semua tu di iringi dengan rasa berdebar-debar heheheee.

Bila dah mula tingkah laku diperhatikan oleh anak-anak dan diorang pun bertanya “Kenapa dengan ibu?”, terus rasa macam kena tamparan hahahhaa (dalam hati, lorrrr mengigau rupanya wakakakaka).

Serius perkara macam ni bukan sekali tau, selalu terjadi, terutamanya bila saya terlelap disiang hari, mesti automatik saya gabra sebab ingat tak kejut suami dan anak, pedahal dah petang hari hahhaha, Ya Allah ini jelah satu masalah yang saya hadapi bila saya terlelap disiang hari.

Sebab tu nak elak sangat terlelap siang hari, apa boleh buat kan, plus sekarang ni tak berapa nak sihat, sakit kepala, demam dah ok.

- Nasib baiklah mengigau bukan depan suami heehee

32 Comments on Mengigau Di Siang Hari

  1. azmanisma
    March 17, 2012 at 1:45 am (2 years ago)

    hehehe budak2 kalau mengigau macam tu lah,anak lelaki saya mengigau dia kencing sambil berdiri atas tilam :)
    azmanisma recently posted..Lelaki KacakMy Profile

    Reply
  2. Aya
    March 16, 2012 at 5:52 pm (2 years ago)

    Comelnya.. tidor macam tu.. risau terjatuh plak… :)

    Reply
  3. lAl
    March 16, 2012 at 4:33 pm (2 years ago)

    Hahhahah1!!! sebijik mcm mak saya la akak nih…. skali bangun terus kelam kabt seluruh alam..ahha
    lAl recently posted..Oh Dhia Dahlia..My Profile

    Reply
  4. puanbee
    March 16, 2012 at 3:51 pm (2 years ago)

    sabar je lah kak , megigau ni kadang2 sebab kita terlalu letih , dpt rehat kejap pun masih ingatkan rutin harian ..hiks.. rehat2 lah kak ye
    puanbee recently posted..Eksotik : Siput BelintungMy Profile

    Reply
  5. Azie
    March 16, 2012 at 3:23 pm (2 years ago)

    banyak kali juga berlaku. Dalam minggu lepas kot Azie penat sangat balik kerja & badan tak berapa nak sihat, lelap sekejap! wan pun lelap. sedar dalam pukul 8 lebih2 skit. Gelabah ingat dah siang hari, nak g kerja la konon hehehe.
    Azie recently posted..Acer clear- fiMy Profile

    Reply
    • yanmie
      March 16, 2012 at 3:26 pm (2 years ago)

      @Azie, hahahhahahaa kannnn sebab tido siang tu, sebab dah set dalam kepala kalau dah tido dan terjaga tu maknanya dah siang, kena pi keje hehee :P
      yanmie recently posted..Mengigau Di Siang HariMy Profile

      Reply
  6. akubiomed
    March 16, 2012 at 3:15 pm (2 years ago)

    Ha..haa..lebih kurang dengan isteri saya. Kalau dia penat sangat saya biarkan dia tidur tidak mahu kacau. Cuma anak-anak biasalah emaknya tidur ker dunia meletup ker sama sahaja riuh rendah.
    akubiomed recently posted..Video promo Proton P3-21AMy Profile

    Reply
    • yanmie
      March 16, 2012 at 3:17 pm (2 years ago)

      @akubiomed, tulah sama jugak dengan suami saya, kalau saya dah penat sangat memang dia tak kacau, sebab saya ni jenis susah nak tidur siang hari dan tidur awal, so bila dia nampak saya tidur tak kena waktu dia tau lah tu saya tak sihat atau letih heheee.

      yelah kan budak2 diorang tau apa, lagi kita suruh diam lagi dia riuh hehee, but oklah dari buat benda2 bahaya kan.
      yanmie recently posted..Mengigau Di Siang HariMy Profile

      Reply
    • yanmie
      March 16, 2012 at 3:05 pm (2 years ago)

      @ejam, pernah sekali kyan terus tarik aiman masuk dalam bilik air, suruh dia mandi cepat, katanya nak buata ape?, bila aiman tanya nak buat apa mandi time tu, baru sedar rupanya mamai heheee :P
      yanmie recently posted..Mengigau Di Siang HariMy Profile

      Reply
  7. zie fauzi
    March 16, 2012 at 2:50 pm (2 years ago)

    kak… letih,tak bersemangat dan rasa mcm x sihat yer… mcm tanda-tanda awal hamil yg zie alami je sebelum ni…. semoga ada rezeki kak… Amin… :)
    zie fauzi recently posted..10 Fakta Menarik Tentang BayiMy Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge