Blog SuperMak


Salam, semalam saya ke KLCC ada Meeting Bersama Specialist Google Adsense Dari Google.com, saya ajak bersama PuanBee, tapi PuanBee kejap jelah, sempat bertentang mata je dengan orang google tu sebab dia kena balik hantar anak sekolah, but oklah jumpa puanbee kejap pun jadik ler hikhik.

email

Gambar diatas adalah email dari mereka, sebelum tu mereka ada call siap wish tahniah bagai, saya pun blur gitu hehee, rupa-rupanya saya selected untuk projek dotdotdot dengan diorang, so lepas ni blog saya akan dipantau oleh mereka *menarik bukan? hikhik*.

starbuck klcc

Appointment sepatutnya dalam pukul 9.00am, tapi saya sampai di Starbuck blur sikit, tengok ramai Matsaleh kat sana, saya berat hati nak tegur, takut salah orang hehee sebab yang ni dia jumpa 1 on 1 kat table, kiranya privacy lah, mata bertentang mata hahaha,  nasib baik juga ler dia perempuan so tak kekok sikit bercakap.

Sebelum menunggu giliran saya untuk bertentang mata dengan Specialist Google Adsense tadi, saya dan puanbee di jemput oleh Harsha (Specialist Google Adsense) untuk order minum/makan dulu, saya dengan puanbee apa lagi order jelah kan, orang nak belanja, pada mulanya saya nak belanja puanbee, tapi dah google kata diorang yang bayar, layan jelah kan..heeee~

tiramisu espresso

Kami Order Ice Blended Mocha dan Tiramisu Espresso, perghhhhhh~

yanmie

Saye lah tu hehehe~

puanbee

PuanBee hehe, sedapkan Bee Tiramisu Espresso tu~

Lepas Puanbee dah balik, saya keseorangan hehee, tak lama lah dalam 10 minit gitu je sementara menunggu giliran saya berjumpa dengan Specialist Google Adsense tu.

Semalam 5 orang je kot blogger Malaysia kalau tak silap saya, tak tahulah kalau diorang buat hari lain untuk blogger lain kan, tapi semalam cuma 5 orang je yang selected, 4 blogger cina dalam blog BI, saya seorang blogger wanita dalam blog BM hehehe.

Banyak input yang saya terima dari perjumpaan dengan mereka, tapi sayangnya ianya adalah P&C, saya tak dapat nak kongsikan tentang apa yang kami bincangkan semalam hehee, korang baca jelah email atas yang saya terima, cuba agak apa projek tersebut kikiki.

Serius berjumpa dengan Specialist Google Adsense ni memang best, satu pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan, banyak ilmu yang saya terima dari hasil perjumpaan ini, dan banyak benda yang menarik menanti blog saya hehehe

google goodies

Sebelum balik dapat Google goodies, notebook, pen dan yoyo, eeee yoyo tu kan comel sesangat tau, ada 1 je so sorok dari anak, takut berebut, lagipun nak buat kenangan ihikk~

Itu jelah kot, sebenarnya saya tak boleh nak cerita apa yang kami bincangkan semalam, so harap maaf sesangat ye kawan-kawan, doakan blog saya sukses selalu :D

- Time ni myhero-hero lepak dalam KLCC, saya jumpa google hikhik, makasih myhero-hero.

65 Thoughts on “Meeting Bersama Specialist Google Adsense Dari Google.com

  1. Tahniahhh kak! Apa – apa pun semoga terus sukses!
    sarah mohamad recently posted..Akhirnya, blog ni sudah ada header.My Profile

  2. dh jd otai adsense skrg ye
    cikgu azim recently posted..Imej Hantu Tepi TingkapMy Profile

  3. Untunglah jumpa orang google
    Ammar recently posted..hukum lelaki pakai inai di jariMy Profile

  4. Fuhhh.. mmg mantap lah kak yan… peluang yg jarang2 ada ni..
    Azuan recently posted..Lelaki Kacak – Antara Persaingan Dan PermintaanMy Profile

  5. Bestnya, bukan senang tu nak jumpa orang google. tahniah.
    Naziman recently posted..Cara kembalikan username dan password kalau lupaMy Profile

  6. wow, seronoknya bukan selalu dapat peluang macam ni
    sharinginfoz recently posted..Tawaran Menarik Sony Xperia S dengan CelcomMy Profile

  7. Tabik spring kat akak.
    abangensem recently posted..Murahnya..My Profile

  8. Cayalah kak,lepas ni mesti mantap earning adsense tu kan,kalau ada tips tu jangan lupa share ek..hehehe
    wazy recently posted..Kalau Dahi Tak Mencecah SejadahMy Profile

  9. pergh, berbaloi baloi la kak yan lepas ni. konfirm masyuk lah!
    mungkin boleh join google malaysia nanti..tahniah!
    syahrilhafiz recently posted..I Love You, Thesis?My Profile

  10. satu lagi kejayaan anak melayu di mata dunia sebenarnya ni..bukan calang-calang…semoga dapat mempertabatkan lagi bahasa kebangsaan kita.

  11. wah seronok ! tahniah jugak :)
    tia @ Ini kisah Tia recently posted..Dah Boleh SHOUT Ikut Suka HatiMy Profile

  12. pehh, hebat. sampai pakcik google pun cari. hehe..
    titan recently posted..Hadiah terkini Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012My Profile

  13. Sekarang nie susah nak apply Google Adsense. Blog saya tu pun, dah beberapa kali kena reject. Nak tanya kat Yanmie nie, ada tips tak, nanti kongsi² kan la ye .. ^__^
    anastasyea recently posted..Pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat GiviMy Profile

  14. tahniah kakyan!! wah makin lama makin bertambah meletup la blog yanmieonline ni kan.. =)

    semoga terus sukses….
    bardboo recently posted..Homemade Mee KuningMy Profile

  15. Mantap kak yan sekarang!
    Amir Said recently posted..Resepi Tagliatelle BologneseMy Profile

  16. Supermak yg BERPOTENSI BESAR!!! LIKE!! :D
    lAl recently posted..Senarai Perantis Lelaki On Air Astro Ria. #OnAirMy Profile

  17. bangga ngan kak yan..hehe..smoga sukses slalu..
    syu90 recently posted..Atas Nama Cinta OstMy Profile

  18. besnye..thniah kak yan..tringin jgk nak letak google adsense dlm blog, tp xdpt2..huhu..
    syu90 recently posted..Atas Nama Cinta OstMy Profile

  19. tahniah Yan..semoga blog ni makin suskess dimasa hadapan..akak tumpang seronok dah lah… :)

  20. Best nyer Akak, Azie dapat bayangkan jika bebudak tu dapat jumpa yoyo tu heheehe. nyorok baik-baik yea hehehe..

  21. tak sesia jadi sifu ai .hikhik

    tahniah kak.. bee doakan akk sucses lah selalu .
    puanbee recently posted..Buat Chezzy Wedges Di RumahMy Profile

  22. congrats kak yan…wahh..best tu..secret project with google..hehe…nak upah spy lah gini.. :-)
    dzuandiey recently posted..Kuota pengambilan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Jun 2012My Profile

  23. salam kak yan, boleh bagi x nama blog org chinese yang datang sekali tuh
    Juan recently posted..World Halal ForumMy Profile

  24. Congrats kak yan n Bee… Buat yg terbaik.. Moda sukses..
    nurmisnan recently posted..Tum Tum bersenam untuk terakhir kaliMy Profile

  25. tahniah moga makin sukses
    lala recently posted..TUDUNG BAWAL ANISMy Profile

  26. waaaaaa jelesnyerrr, saya pon nak, huhu
    Juan recently posted..World Halal ForumMy Profile

  27. ok tu k yan. rezeki tuh. lain kali klu tak de geng leh ajak kite tau…
    Cik Lily Putih recently posted..Hunger Games Premiere ScreeningMy Profile

  28. wah tahniah kak yan.. bukan senang2 google nak pilih blogger yang tulis dalam bahasa melayu ni..

    Semoga terus success.. Masyukkkk terus
    myvitrd recently posted..Nikmat Malam Jumaat Bersama Potato WedgesMy Profile

  29. perhh..power2..
    hasif yusof recently posted..Kisah Nabi YusufMy Profile

  30. Tahniah kak yan.. saya ada terima jemputan aritu.. cuma xberi respon je..
    Apih recently posted..Ahmad Idham Anggap Astro First Rosakkan Industri FilemMy Profile

  31. hebatnya kakyan ni..
    semoga pasni rezeki bertambah2 untuk kakyan dan sayer jugak :)
    lin azlina recently posted..Review Filem 7 Petala CintaMy Profile

  32. tak per,leh dengar cerita gembira pun dah ok.
    azman recently posted..Renungan JumaatMy Profile

  33. Tahniah!

    moga blog kak yan sukses selalu.. :)
    salmia recently posted..Uniform MaternityMy Profile

  34. Wow…..sudah boley diiktiraf as a trainer lepas ni….:D

  35. Whoa…tabik dan tahniah…rezeki Yanmie dalam blogging memang mencurah nampaknya…
    nancypoh recently posted..Stacy sudah ada anak tapi belum kahwin??My Profile

  36. kak macam mana nak lepas google ads ni.. saya apply dorang kata bahasa tak kena..

    yang ada pilihan bahasa bahasa indonesia sahaja.
    sukacuka recently posted..Money Drop Rancangan Menarik Tapi Ada Unsur NegatifMy Profile

  37. tahniah semoga berjaya…rezeki mencurah2… :) terbaek!
    suarapeople recently posted..Ibu tunggal mahu semula tiga anakMy Profile

  38. Bestnya.

    ps: Habis rosak diet. Hahahaha
    Affan Ruslan recently posted..Tips Mencari Mood Di Pagi HariMy Profile

  39. Tanniah kepada Yanmie. Bukan mudah untuk mendapat berjumpa Specialist Google. Banyak ilmu yang bakal dicurahkan oleh peneraju Searc engine dunia.
    akubiomed recently posted..Filem Korea My Way mesti tontonMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation