Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor 14 Mac 2012

by yanmie on March 7, 2012

Salam phewww~ baru sudah baca mstar tadi, dilaporkan akan mengalami Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor 14 Mac 2012, dimaklumkan lebih 1 juta penduduk Lembah Klang akan berhadapan dengan masalah bekalan air tiada, ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya, bukan sekejap ye, 36jam tu, uhukkk kang ada yang pergi keje/sekolah tak mandi ni hahahhaa.

Dah semak, kat kawasan rumah saya ni, rasanya bekalan air turut terjejas, aiyooo apa nak buat yea kalau bekalan air terputus?, saya bab-bab air, elektrik kalau tiada memang lemah sikit, sebab 2 benda tu kalau takde boleh kata kerja-kerja rumah turut lumpuh sama, tak boleh nak masak tu satu hal, nak buang air lagik ler dengan ada anak kecik ni hiks.

tong air

Gambar : dinasaldi.blogspot.com

Nampaknya kena ajak suami pergi beli tong besar untuk standby letak air paip, tangki air ada, cumanya kalau boleh nak masak tu biarlah guna air paip, kalau guna air tangki ni tak taulah kan tangki tu macam mana rupanya, berkarat ke tak kan?.

Apapun penjimatan air sangatlah penting, bukan masa macam ni je, senantiasa kalau boleh kena jimat air, jangan membazir, besok-besok air kena catu ha padanlah muka time tu kan, tapi kadang-kadang kita ni terlepas pandang gak bab-bab penjimatan air ni, mentang-mentang ler bil air 20 meter padu pertama dapat free kan (penduduk selangor).

Berikut dibawah kawasan yang terlibat mengalami gangguan bekalan air.

Hulu Selangor kawasan Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.

Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya,Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.

Kawasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.

Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.

Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.

- Mstar.com.my

.lori air

Orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

- pheww~ 36jam tu -..-”

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 26 comments… read them below or add one }

Fazreen March 14, 2012 at 3:26 pm

Nasib baik shah alam ada air.
Fazreen recently posted..Soal Jawab: Diserang Darah Tinggi & Stroke Tetapi Ada Kencing ManisMy Profile

Reply

kimmie March 10, 2012 at 11:39 pm

ada dgr berita kat radio…risau ni…macam mana nak pergi kerja nanti…huhuhuh…lama tu 36jam. Kolah tempat simpan air tu kecil je.
kimmie recently posted..My Pinky MomentsMy Profile

Reply

Juan March 8, 2012 at 1:53 pm

dah lama tempat saya x kena gangguan bekalan air
Juan recently posted..Download SEO Untuk SemuaMy Profile

Reply

akubiomed March 8, 2012 at 12:33 pm

Dekat rumah ada tong yang besar memang dibeli apabila ada krisis air boleh ditadah.

Harap kawasan yang terganggu dapat buat persediaan awal.
akubiomed recently posted..Dedikasi Hari Wanita Sedunia 2012My Profile

Reply

Pakar Dekorasi March 8, 2012 at 12:25 pm

Patut la beberapa hari ini air keluar cam tak ikhlas,,rupa nya ada masalah ..
memang rimas la jawab nya kita kan nak tunggu air nie betul2 ada

Reply

mrs.yie March 8, 2012 at 10:49 am

nasib baik saya duk di trganu..hehe..kat tempat saya rasanya dalam setahun sekali kot barulah ada masalah air ni..saya pernah ke rumah abang saya di k.lumpur dan selalunya kat sana memang air kena catu lah,kadang2 x de air langsung..nak mandi pun susah..kalau ada air pun perlahan je keluar dari batang paip,nak mandi pun x puas..kalau kat tempat saya ni,kelajuan air paip yg keluar tu memang puas hati sangat..kuat dan laju..eh..lari tajuk ke ni? hehe
mrs.yie recently posted..CONTEST SINOPSIS ‘SAYANG CIKGU KETAT-KETAT’ (STICKY POST SEHINGGA 10 MAC 2012)My Profile

Reply

ayu March 12, 2012 at 1:05 am

pening juga kepala memikirkan air tak ada.kalau elekatrik tak ada pun susah.tapi…air x ada lagi la susah

Reply

Wantu March 13, 2012 at 4:56 pm

Boleh la mandi wajib selalu he he

Reply

klANA March 8, 2012 at 9:17 am

seminggu je lagi.. nk kena cari bekas2 kosong tadah air..
klANA recently posted..Hadiah Bunga – Kena Reject Lah LagiMy Profile

Reply

Denaihati March 7, 2012 at 10:47 pm

kalau keluarga besar, nak harapkan air tangki memang xcukuplah.
mandi sekali je hari takder air tu n xpayah basuh baju.
Denaihati recently posted..Harga sebuah kelekaan melampau kepada FacebookMy Profile

Reply

puanbee March 7, 2012 at 10:40 pm

nasib time cuti sekolah kak.. balik kampung tk risau sangat heheh ..
puanbee recently posted..Kek Pelangi + Cream Cheese Bukan Kek AuroraMy Profile

Reply

Denaihati March 7, 2012 at 10:44 pm

@puanbee, idea bernas nih. xpayah nak pikir2 nak simpan air.
Denaihati recently posted..Harga sebuah kelekaan melampau kepada FacebookMy Profile

Reply

puanbee March 7, 2012 at 10:45 pm

@Denaihati, bukan idea , memang dah plan nak balik kampung , lega ..
puanbee recently posted..Kek Pelangi + Cream Cheese Bukan Kek AuroraMy Profile

Reply

rozuan March 7, 2012 at 10:04 pm

nasib baik bangi x de
rozuan recently posted..A REAL MAN | LOVES ONE GIRL IN A MILLION WAYSMy Profile

Reply

Juan March 8, 2012 at 1:53 pm

@rozuan, nasib baik penang x kena
Juan recently posted..Download SEO Untuk SemuaMy Profile

Reply

bardboo March 7, 2012 at 9:55 pm

susahla kalau takde air..dah la lama plak tu..takung ai banyak2 kak
bardboo recently posted..Gambar Anak BiendaMy Profile

Reply

aleen March 7, 2012 at 9:39 pm

tq for info!

Reply

azura March 7, 2012 at 7:54 pm

terkena rumah sendiri ni kak yan…ye saya tadah air
azura recently posted..12 calon dapat 5A STPM 2011My Profile

Reply

sukacuka March 7, 2012 at 7:47 pm

teringat dulu masa tak de air..lori datang mlm2.. semua belum tidur..meriah betul masa tu..
sukacuka recently posted..Projek Baik BloggerMy Profile

Reply

tokobakso March 7, 2012 at 7:37 pm

ni tengah hujan ni. cepat keluarkan tempayan!!!
tokobakso recently posted..Cara Mudah Apply Petronas Untuk 5 Bulan Bonus!!My Profile

Reply

yanmie March 7, 2012 at 7:39 pm

wahhh untunglah sini cuaca panas walaupun dh senja

Reply

titan March 7, 2012 at 7:28 pm

haa..apa lagi. sediakan tong-tong air sekarang..takpe..bersusah dulu..dulu atuk nenek kita boleh aje hidup dengan air hujann..
titan recently posted..Kekacakan Ultrabook Toshiba Portege Z830My Profile

Reply

yanmie March 7, 2012 at 7:29 pm

@titan, betul sangat tu, tapi lah ni bukan musim hujan, kalau hujan boleh ler tadah air, dah lama tak mandi dengan air hujan, dia punya sejuk tu BEST :D
yanmie recently posted..Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor 14 Mac 2012 My Profile

Reply

tokobakso March 7, 2012 at 7:26 pm

huhu.. temapt saya tak da pulak, tapi Kota Damansara bersebelahan saya ada dalam list tu
tokobakso recently posted..Cara Mudah Apply Petronas Untuk 5 Bulan Bonus!!My Profile

Reply

yanmie March 7, 2012 at 7:28 pm

@tokobakso, tempat akak memang takde dalam list tu, tapi taman sentosa ada pulak, cuma belakang rumah ni je taman sentosa so akak anggap je tempat akak kena, so akak kena standby jugak, takut tetiba takdekan.
yanmie recently posted..Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor 14 Mac 2012 My Profile

Reply

Wantu March 13, 2012 at 4:57 pm

Adoi susah le saye nak mandi wajib…..selalu hari hari mandi wajib…..so takkan nak kena hold projek kot….isk isk isk

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: