Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita

Salam, sebenarnya dah lama rasa nak berkongsi entry ini, ok disini saya kongsikan apps yang betul-betul menarik bagi pengguna iPad dan iPhone iaitu Apps iPeriod, pastikan wanita diluar sana yang mempunyai iPad ataupun iPhone tidak ketinggalan untuk menggunakan apps ini, serius terSANGATlah best!.

iperiod Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita

Apps iPeriod ini merupakan kalendar untuk merekodkan “Period” dan menjangkakan bila waktu subur sesorang bergantung dengan period cycle yang dianalisa oleh apps tersebut,  iPeriod ini memang sangat membantu bagi mereka-mereka yang ingin merancang anak atau pun ingin mendapatkan anak, setakat penggunaan saya, iperiod ini sangat berkesan dan tepat dalam mengira cycle period, cukup masa period datang, lagi pula cycle period adalah regular dan menepati masa.

iperiod1 Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita

Dengan iPeriod kita hanya perlu merekodkan bila tarikh mula kita period, dan apps ini akan menganalisa cycle average period, yang menariknya iPeriod mempunyai paparan alert, setiap kali buka apps ini, paparan peringatan bila tarikh next expected period akan dipaparkan seperti gambar diatas, begitu juga sekiranya miss period icon biggrin Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita

iperiod2 Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita

Sebagai contoh gambar diatas, hanya perlu tap pada tarikh kalendar diatas, rekodkan apa sahaja yang anda alami, contohnya tarih period dengan menandakan pada “First Day Period” di sidebar kalendar tersebut, begitu juga mengikut apa yang ada rasa, sama ada ingin menambah note pada tarikh tersebut mahupun mood, simptom, fertility atau apa sahaja, menarik bukan?.

iperiod3 Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita

Tak perlu penat dan keliru mengira waktu subur, rujuk je iPeriod heeee

Ok tang ni yang paling best hheehee, gambar atas menunjukkan bila tarikh subur, kalau nak anak boleh ler follow jadual diatas, ataupun sekiranya masih merancang keluarga menggunakan kaedah semula jadi, boleh ler elakkan tarikh tersebut, tapi rezeki masing-masing kan kalau Allah nak bagi terima seadanya, bukan senang nak dapat, orang lain berhempas pulas nak dapat, makan tahun juga, so jangan sia-siakan rezeki yang Allah SWT nak bagi.

iperiod graf Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita

Dalam Apps iPeriod ni juga ada disediakan graf untuk duration, cycle length, berat, BBT (Body Basal Temperature), tapi saya tak berapa nak amik port tang ni ngeh..ngeh..

Menarik kan apps ni?, saya memang selalu gunakan apps ni untuk merekodkan apa-apa yang saya alami berkenaan dengan perubahan pada mood hehee, apa-apa jelah, pendek kata saya lebih suka godek kalendar pada iPeriod ni daripada kalendar biasa tu nnggee~

- PuanBee mesti suka Apps ni hahahahhaa, hari tu dia tanya, ada tak untuk Laptop? -..-”, tunggu iPhone 4s dari Denaihati confirm ada apps ni icon biggrin Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)
Posted in My Story, Sharing. Tagged with , , .

42 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge