Adik Nurul Nadirah @ Dirang Di Sahkan Mati Dibakar Hingga Rentung

Salam, Ya Allah sedihnya tengok berita tv3 tadi tentang adik Nurul Nadirah @ Dirang Di Sahkan Mati Dibakar Hingga Rentung, siapalah yang buat macam ni, sedih sangat, takziah buat keluarga adik dirang, Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat, amin.

JOHOR BAHARU: Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.

“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin. -BERNAMA Sumber : Yanghangat.com , Mstar.com.my

Baca juga yang ini, Harga sebuah kelekaan melampau kepada Facebook, moga ianya menjadi pengajaran kepada kita, agar kita tidak leka, insyaallah.

– Al-Fatihah :(

You may also like

28 Comments

  1. al fatihah, sayu ja dengar Hot fm pagi tadi, dok tanya masyarakat Malaysia kelekaan tak le buat apa2 dah, kena sedaq sendiri
    kan bagus kalau mak pak kat Malaysia ni macam kak yan, ada masa utk anak, suami dan blogging..termasuk twitter! 😛
    syahrilhafiz recently posted..The Windows GodmodeMy Profile

  2. Dari kes sebegini banyak ikhtibar yang kita boleh dapat, Hiba dan meruntun kalbu. Melihat orang lain sedemikian, bayangkan ianya terjadi kepada family kita. Sedekah kan Al-fatihah.

  3. dapat tahu siang tadi.. memang terketaq2 baca berita ni… sambil baca sambil peluk Alya… peringatan buat kita semua jgk agar tak leka sgt dgn dgn alam maya ni…

    Al-Fatihah untuk arwah.. 🙁

  4. ape la salah budak kecik tu sampai nk bakar hingga rentung. manusia yg bakar tu takde perasaan ke? buat mcm bakar sampah je rupanya. isk.

    sedih. takziah untuk keluarga mangsa.
    AyongQiela recently posted..new look!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge