Tomyam Berkrim

Salam, baru ni suami request nak makan tomyam letak santan tu, ala tomyam macam orang Thai buat tu, hari tu kan dia pergi outstation ke Thai, dapatlah makan tomyam tu, so saya gigihkan jari jemari menggoogle resepi tu, adalah juga jumpa 1 resepi tu tapi bahan-bahan yang digunakan dalam resepi tersebut tak lengkap, so makanya saya buat resepi sendiri hahhaa, layan!

tomyam berkrim

Nama pun tomyam haruslah ada pati tomyam tu kan, kalau rajin boleh buat pati tomyam tu sendiri, saya guna tomyam stok je, mudah dan menjimatkan masa hehee, nak masak takdelah susah mana pun, cuma step dan teknik tu lain sikit dari masak tomyam biasa tu.

tomyam berkrim

Pertama kali sebenarnya masak tomyam cara gini, boleh tahan juga rasanya memang jauh sangat rasanya dengan tomyam biasa tu, yang ni lagi lemak berkrim, saya makan tomyam tu bersama bihun, fuhhhh syedaappp hikhik.

tomyam berkrim

Saya gunakan Krim masakan macam kat atas tu, kalau ikut yang suami minta dia nak tomyam santan tu, tapi santan takde, ha layankan jelah Tomyam yang saya ubahsuai tu, hehee sedap jugak.

Rasanya Krim ni boleh digantikan dengan susu cair kot, tapi saya tak pernah try lagi, yelah dah namapun lemak berkrim dah tentunya boleh, dalam masakan kita kena kreatif juga, takdelah bosan asik masak benda yang sama je kan 😀

– Next time nak try buat tomyam santan pulak ^___^

You may also like

39 Comments

  1. Pernah merasaia Tomyam berlemak ini ketika makan restoran yang menyediak masakan Thai di Rantau Panjang sekali memang sedap.

    Kalau tahu tambah santan kepada Tomyam lain kali boleh buat sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge