Resepi Donut – Konon Macam Big Apple Punya

Salam, semalam punyalah bosan ya amat, tak tau nak buat apa, apalagi selongkar barang apa yang ada, sudahnya terhasil lah Donut Big Apple Versi saya hikhik.

Donut

Nak membentuk tu yang rumit bagi saya, sebab saya ni bukan jenis tangan lembut, bukan jenis yang kreatif, ikut dan je yang penting sedap ekekeke, untuk yang ni saya bentuk guna cawan :D

Donut

Inilah dia Donut yang saya buat tu, kenkonon nak buat macam Donut Big Apple tu hahaha, dari segi rasa memang boleh tahan sebab dalamnya lembut sesangat, celup pulak dengan coklat, yang hias tu suh anak-anak hias, ikut suka hati diorang, dan hasilnya macam kat atas tu, pandai juga diorang hias (pedahal campak-campak je pun hahaha).

Donut

Saya tolong celupkan coklat je, anak-anak yang hias, comel jugakkan heeee comot-comot tapi kadang-kadang comot-comot macam ni kira seni jugak kan ihikk.

Donut

Haziq makan sambil tengok TV

Donut

Tengok tu sampai menjilat jari hehehe

Untuk donut yang dapat dihasilkan semalam, ada 20 biji donut, siapa nak perabis tu? saya rasa gitu-gitu je sebab saya masih dalam misi Projek Besar saya, maklumlah 1st time buat tak dapat nak anggarkan lagi berapa biji boleh dapat, takpe next time saya kena kurangkan kuantiti bahan tersebut, dapat 5-6 biji pun dah ok, ni siap letak dalam peti yang balance-balance tu, nak makan baru goreng.

Kebetulan ada rakan dan biras nak resepi ni, ok saya kongsikan kat bawah ni ye :-

Bahan-bahan :-

  • 700gm Tepung gandum / 3 cawan
  • 3/4 Susu cair
  • sedikit garam
  • 1 paket Yis yang 11gram tu
  • Telur 2 biji
  • Majerin 3 sudu besar
  • Gula Kaster 4 sudu besar
Cara Menyediakan Doh :-
  • Campurkan semua bahan tadi dan uli sehingga menjadi doh, saya jenis malas so saya guna mixer je hehee, senang keje.
  • sekiranya doh nampak keras tambahkan sedikit susu cair tadi ataupun sekiranya doh terlalu lembut dan melekit kat tangan, tambahkan sedikit demi sedikit tepung sehingga doh tak melekit kat tangan.
  • dah siap doh tersebut biar kan doh tadi dalam 30-40minit dan tutup menggunakan kain lembab, biarkan doh tersebut mengembang 2x ganda dari saiz asal.
  • siap proses kat atas tu bolehlah canai doh tersebut dan terapkan mengikut saiz bulatan yang korang nak.
Cara Memasak :-
  • Goreng menggunakan api panas sederhana
  • dah siap goreng angkat dan toskan, biarkan sejuk dahulu
Cara menyediakan Topping Coklat :-
  • bahan-bahannya, serbuk coklat, susu pekat, susu cair, gaul sampai likat dan berkilat.
  • ambil donut tadi dah celupkan, seterusnya terbalikkan, jangan risau coklat tu dia akan rata sendirinya.
  • hias dengan coklat rice, almond nib atau apa sahaja yang korang suka.
  • siap untuk dimakan
  • jangan lupa snap gambar HAHAHAHA
donut

1 gigitan untuk setiap pembaca blog ini hehehee

- Nanti boleh masuk list untuk makan-makan punya menu ^____^

39 Comments on Resepi Donut – Konon Macam Big Apple Punya

  1. adib
    February 5, 2013 at 10:53 am (2 years ago)

    as-salam kak, sy nak try.. mase bancuh tepung tu xde gune air ke?

    Reply
  2. INA
    December 24, 2012 at 1:16 pm (2 years ago)

    WAU

    Reply
  3. Anonymous
    February 8, 2012 at 2:47 pm (3 years ago)

    Terimakasih kerana berkongsi resepi! anak2 memang suka bab donut gini…

    Reply
  4. Laili
    February 5, 2012 at 8:33 pm (3 years ago)

    fuh..mmg terliurlah tgk gambar donut tu. nasib baik tgh pantang bersalin, kalau tidak mahu terus buat ni. insya allah habis pantang nnt nak cuba resepi donut kak Yan :)
    Laili recently posted..Makanan Semasa Dalam Pantang BersalinMy Profile

    Reply
  5. JMR
    February 3, 2012 at 7:54 pm (3 years ago)

    ni dh kalah dah ni design big apple..:-p

    Reply
  6. Aya
    February 3, 2012 at 7:53 pm (3 years ago)

    Nampak menyelerakan…emm..nyam..nyam

    Reply
  7. kakyong
    February 3, 2012 at 5:18 pm (3 years ago)

    anak2 kurang teruja dgn donut… jd ibunya tak pernah rajin nak buat donut… hehhe
    kakyong recently posted..Giveaway choco rerama biruMy Profile

    Reply
  8. zie fauzi
    February 3, 2012 at 4:51 pm (3 years ago)

    rajinnya Kak Yan… nak makan sikit tp sanggup buat..nmpk mcm sedap tu..
    zie fauzi recently posted..Gadget Yang TersadaiMy Profile

    Reply
  9. CMRatu
    February 3, 2012 at 4:41 pm (3 years ago)

    wah.. sedap2 saya dan isteri gila makan JCo.. nak suruh dia try buat juga la..

    Reply
  10. akubiomed
    February 3, 2012 at 2:44 pm (3 years ago)

    Lama juga tidak makan donut kerana manisnya tapi kalau ada yang belanja tidak menolak. :-)

    Reply
  11. nurmisnan
    February 3, 2012 at 1:12 pm (3 years ago)

    wonderful. kak yan kalau nak lagi lembut dan gebus
    campurkan sedikit tepung kentang.. gebus giler..
    nurmisnan recently posted..Cermin mata baruMy Profile

    Reply
  12. eiela
    February 3, 2012 at 1:01 pm (3 years ago)

    patut la banyak 700g tpgnya.. btw resepi senang, bleh try nanti. jeles tengok haziq makan sememeh mulut.
    eiela recently posted..Nasihat Imam Al-GhazaliMy Profile

    Reply
    • yanmie
      February 3, 2012 at 12:12 pm (3 years ago)

      akak rasa gitu2 je bee, tak berani nak makan banyak sebab tepung plus manis, masih under projek besar lagi ni, tapi anak2 suka lah, lagi2 nampak comelkan, diorang berselera je makan :D
      yanmie recently posted..Resepi Donut – Konon Macam Big Apple PunyaMy Profile

      Reply
  13. leyha
    February 3, 2012 at 11:56 am (3 years ago)

    Wahhhh sedapnya kak. Nak cuba la lepas nie. Memang tercari2 resepi donut nie. Hihih

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge