Nasi Kuning

Salam, semalam rindu nak makan nasi kuning yang Mak buat, teringin sangat nak makan, tapi apakan daya, jarak memisahkan kami, uhukkk tetiba rindu dengan Mak, kat bawah ni nasi kuning versi saya hikhik.

nasi kuning

Nasi kuning ni merupakan makanan orang sabah, sesuai dimakan bila-bila masa, selalunya makan dengan sambal ikan kerisi, fuhhh sedap sangat, boleh juga guna ikan kayu (ikan tongkol), ayam pun boleh, ikut citarasa masing-masing, tapi rahsia kesedapannya pada nasi kuning tu sendiri bersama sambal, fuhhhh ok lapar heheee.

nasi kuning

Makan pulak dengan Daging Goreng Kicap ihikkk, sedap!, tapi daging tu makan sikit je sebab masih dalam projek besar, nasi tu kalau orang berdiet guna je Magic Rice, 70% lebih rendah karbohidrat berbanding nasi biasa, so siapa kata orang berdiet tak boleh makan nasi? semuanya ada jalan penyelesaian cuma antara nak dengan tak nak aje.

nasi kuning

Sambal Ikan Bilis, Daging Goreng Kicap, telur dan timun  pelengkap Nasi Kuning saya hikhik. Maaflah kalau ada yang tak menahan tengok gambar makanan kat sini, kalau rasa tak tahan tu cepat-cepat je pangkah X, saya tak paksa -..-“

– Orang kata Magic Rice tak sedap, tapi saya dah lali dengan rasa ringannye heheee

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

34 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge