Salam, yeayy rasanya tak terkira berapa kali saya tukar header, saya ni jenis tak puas hati orangnya, mata ni asik nak tengok benda cantik-cantik je agar tak jemu nak menatap blog ini, kecantikan dan kekemasan blog penting bagi saya, cantik maksud saya sesuatu yang boleh buat saya stay lama kat blog, kalau saya sendiri suka sudah tentu pembaca blog ini pun suka, betul tak? hehee

header

Saya cuma gambarkan dalam header tu, ada saya, iPad2, DSLRΒ dan galeri gambar dan hasilnya seperti diatas, comelkan? heeee πŸ˜€

So kemarin mesej Kak EmilaYusof, minta beliau designkan untuk saya 1 header doodle, ye saya tau sekarang ni doodle menjadi kegilaan ramai disamping hasil seni yang Kak Emi tampilkan diblog beliau membuatkan saya suka sangat, lebih-lebih lagi dapat kalendar 2012 yang comel-comel belaka dari beliau.

Semalam sahaja selepas saya tukar ke header baru ini, tak terjawab mention di twitter, di facebook pun begitu juga, ramai yang memuji hasil sentuhan dari Kak Emi, sekali pandang mereka dah tahu bahawa header tersebut adalah design dari Kak Emi, Tahniah kak ramai yang cam lukisan akak hikhik, artistlah katakan kan…, Yan memang kagum sangat, hasil lukisan yang sangat halus lagi berseni.

Kengkawan yang bertanya secara bertubi-tubi semalam, ye header sekarang yang cecomel kat atas tu saya tempah dari Kak Emila, so bolehlah roger-roger beliau ye, terima kasih kak emi untuk header ini, comel sangat.

– gambar ulat bulu pun ada kat header, comel hehehee

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

46 thoughts on “Header Comel Sentuhan Dari Kak @emilayusof”
  1. Pretty section of content. I just stumbled upon your web site and in accession capital to assert that I get in fact enjoyed account your blog posts.
    Anyway I’ll be subscribing to your feeds and even I achievement you access consistently quickly.
    Jordan recently posted..JordanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge