Harga Barang Semakin Naik

Salam, semakin lama semakin terasa sangat Harga Barang Semakin Naik, dari sekecil-kecil barang hinggalah ke sebesar-besar barang, kalau barang lain seperti perhiasan/perabot naik tak kisah sangat, tapi bila barang dapur yang naik harga, memang membebankan pada mereka yang kurang berkemampuan.

jangung bunga

Baru ni shopping barang dapur, biasa beli Jagung Bunga/putik jagung ni harga dalam 99 sen je, baru ni beli terkejut tengok tanda harga tersebut, untuk 4 batang putik jagung tu rm 2.49, dah sama harga dengan jagung besar 3 batang -..-“, ambiklah juga sebab putik jagung tu antara barang yang perlu ada dalam list.

daun limau purut

Sebenarnya banyak lagi barangan kecil-kecil macam ni yang harga naik cuma antara kita sedar ataupun tidak, nak tau daun limau purut yang hanya beberapa helai dalam plastik tu pun dah naik harga, dulu 0.50-0.90 sen, sekarang dan rm1.20, dan pernah beli juga dalam harga rm2.00 sepeket kecil tu, untung ler sapa yang ada tanam pokok limau purut, cabut je kat belakang rumah.

pokok serai

Pokok serai yang di tanam oleh Mak Mertua ^_____^

Serai pulak kalau kat tempat biasa saya beli agak mahal jugak, seikat tak silap 0.60sen, ada 3 batang je, tu pun kecik-kecik. nak guna sekali masak untuk seikat tu pun belum tentu ada rasa serai, sudahnya saya ada 4 pokok serai kat laman rumah heeeeee :D

Ada banyak lagi barang yang naik, cuma kita fokus pada barang dapur je, sebab barang tu yang lebih penting untuk seharian kita, takde barang-barang ni makan nasi dengan garam je gamaknye kehkehkeh.

- Gaji naik barang pun naik, acane tu??

29 thoughts on “Harga Barang Semakin Naik

  1. x lama lg duit kertas akan jd x bernilai…
    eloklah bercucuk tanam sndiri…
    kalo mampu belilah emas dan simpan utk kegunaan masa dpan.

  2. Kenaikan harga barang tu tak dapat dielakkan, cuma mungkin boleh diringankan bebanan dengan pelbagai inisiatif sama ada inisiatif sendiri atau bergantung kepada inisiatif kerajaan. Memandangkan inisiatif kerajaan selalunya berbentuk one-off, ada baiknya berusaha menambahkan sumber kewangan, kurang-kurang boleh buat belanja dapur. Bagi yang takde tanah, buat perancangan menu mingguan atau bulanan untuk masak di rumah pun boleh jimat belanja dah tu, daripada beli bungkus. :-)

  3. memang kak , kicap manis cap kipas udang tu cthnya ..dulu botol kecik RM3.80 , botol besar RM5.80 , sekarang botol kecik RM5.50 botol besar dah RM8.90 ..cer bayangkan kak , berapa RM tambah tu ?

    banyak lah yg lain2 naik harga rasa mcm makan kat kedai yang dah siap masak tu lg murah , dr kita beli barang dan masak di rumah .. tapi ye lah ..tk best lak makan di kedai kan..
    puanbee recently posted..25.01.2012 & Duit Baru DitanganMy Profile

    1. eeee betul tu bee, kicap kipas udang tu memang naik mendadak, giler betul lah, akak mula2 perasan tu siap pi scan balik kat mesin barcode tu kot-kot salah rupanya memang betul, lah ni tak beli kicap kipas udang tu, tak berbaloi rasanya.

      akak beli kicap jalen, sedap plus harga berpatutan :D
      yanmie recently posted..Ulat Bulu Naik DaunMy Profile

    1. ye betul tu sejak tahun lepas memang perasan sangat harga barang semakin meningkat, haishh tak bolehlah macam ni, kalau tak dapat dibendung nanti makin berterusan -..-“

  4. saya salu kalo membeli tak tgk harga,main amekk jek.tapi skang sesejak umi n abh da bersara mmg kn pandai la berbelanja.harga b arang mang naik sangat kak yan.yang boleh tanam better kita tanam jek.. cam kat umah saya ada daun kari, limau purut, serai,limau kasturi.jimat skit kan.
    eiyda recently posted..#28 Wordless Wednesday- ChiChiMy Profile

    1. akak pun dulu jenis gitu main ambik barang je, harga belakang citer, tapi lately akak perasan banyak barang naik, tapi amik ler juga sebab benda tu dah jadi keperluan seharian, nak buat macam mana kan.

      baguslah ada tanam, akak teringin nak ada tanaman macam kat rumah eiyda tu tapi akak tanam tak mo nak menjadi hehee.

      seronok balik kampung mak mertua, macam-macam tanaman ada, petik je kat belakang rumah, ni kat sini sampai daun2 pun nak beli heheehe :D
      yanmie recently posted..Harga Barang Semakin NaikMy Profile

  5. sekarang ni RM50 boleh kira berapa sangat ler barang dapur yang boleh dibeli.
    kenaikan yang rakyat biasa seperti kita sangat terasa, bukan orang2 yang hidupnya semua boleh hantar claim tiap2 bulan tu (pak menteri).

    diharapkan adalah peniaga yang masih ingin beramal dalam perniagaan, InsyaAllah akan lebih melimpah-ruah rezeki nanti.
    ejam recently posted..RM100 Untuk Dimenangi, Hanya Capture Counter Sahaja.My Profile

    1. betul tu ejam, dulu rm50 tu kalau shopping kat chowkit dah boleh dapat ikan, ayam, sayur, bawang, ikan bilis, rempah2, now kalau kebetulan beli barang kat chowkit jangan harap ler rm50 tu cukup. tu baru kat chow kit belum kat pasaraya lagi, paling2 rm50 tu abis kat ikan/ayam je -..-“

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge