D’Mesra Seafood Klang Memang Sedap

Salam, semalam dinner di Port Klang, Restoran D’Mesra Seafood, menu yang kami order memang sedap, harga pula sangat berpatutan compare makan dekat 1 restoran tu (pernah entry kat blog), yang ni memang puas hatilah, sampai tak larat nak makan, dah ler sedap, banyak pulak tu hihihi.

makan DMesra Seafood Klang Memang Sedap

Restoran ni kat tepi jalan je, ha ye alamat macam kat atas tu, kalau agak-agak terasa nak makan kat sini trylah datang klang, serius sedap, bagi kamilah anak beranak ni memang bernafsu sesangat makan semalam hikhik sebab bukan senang nak jumpa restoran yang menyediakan makanan yang kena dengan tekak kita ni kan.

aiman1 DMesra Seafood Klang Memang Sedap

Aiman kata lapar, tapi nak makan kat kedai kikiki bebudak sekarang ni kan…

haziq1 DMesra Seafood Klang Memang Sedap

Haziq sementara menunggu order sampai

makan1 DMesra Seafood Klang Memang Sedap

Carrot susu, Apple susu, Neslo Ais dan Milo Ais untuk kami berempat hikhik

makan5 DMesra Seafood Klang Memang Sedap

Ikan Siakap 3 rasa, serius tersangat sedap, Aiman dan Haziq makan banyak.

makan4 DMesra Seafood Klang Memang Sedap

Ayam masak gajus, serius 1st time makan menu ni, Ya Allah sedap sangat, gajus tu banyak plak tu heee terbaiklah!

makan6 DMesra Seafood Klang Memang Sedap

Tomyam Campur, fuhhhh sedap sangat, dia punya pedas tu kick sangat, disebabkan sedap punya pasal aiman hirup jugak kuah tomyam tu hehehe, yang ni usik kuah tomyam sikit je, pastu suh bungkus sebab tak luak langsung, tak larat nak makan, kenyang sesangat, nak tinggal sayang sebab sedap hahahahahaa, lagipun isi banyak, amik kuah je tuk aiman hehee.

makan2 DMesra Seafood Klang Memang Sedap

Udang goreng tepung, fuhhhhh besar-besar udangnya, suami makan seekor je, anak-anak tak nak makan sebab dah kesedapan sangat makan ikan siakap kat atas tu, yang lain-lain diorang tak pandang dah hikhik, so saya sorang je konon nak perabis, sudahnya udang tepung ni tak habis jugak pun, tapi serius sangat sedap, fresh udangnya, sib baiklah dah kenyang sangat kalau tak abis licin hehee

makan3 DMesra Seafood Klang Memang Sedap

Kailan Ikan Masin, ok memang sedap!, banyak cili padi, krup krap je makan cili padi tu hahahaha

makan7 DMesra Seafood Klang Memang Sedap

Haziq dan Aiman tengah khusyuk makan heheee

Menu diatas merupakan menu Set A, hidangan untuk 4 orang, harga menu Set A termasuk Air iaitu RM 77.30 sen, sangat berpatutan dan berbaloi sesangat sebab hidangan yang disediakan semuanya sedap-sedap belaka. saya cadangkan korang sediri try makanan kat sini, serius rasa sekali pasti nak lagi.

- Insyaallah boleh jadikan restoran kegemaran selepas ini icon biggrin DMesra Seafood Klang Memang Sedap

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)
Posted in Food, Malaysia, My Story, MyKlang, review, Travel/Jalan-jalan. Tagged with , , , , , .

31 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge