Resepi Oat Tomyam

Salam, menu lunch hari ini untuk Projek Besar saya iaitu Oat Tomyam, kenapa ye ramai yang terkejut bila saya twit pasal oat tomyam kat twitter, ramai yang rasa pelik, pelik sebab boleh ke oat buat masak tomyam? hahaha boleh ok, kalau tak boleh takde nye saya nak buat oat tomyam, Nak resepi Oat Tomyam kan? ok layan my oat tomyam kat bawah ni ^____^

oat tomyam

Saya ni satu je caranya nak bagi saya lalu makan oat kalau buat macam atas tu, selebihnya memang tak boleh masuk tekak, letaklah macam-macam pun, tak macam anak-anak, diorang suka letak buah-buah dalam aot plus susu pekat, memang diorang layan, kalau menu atas tu memang khas untuk saya hihihihi, oh yea suami tak reti makan oat ni, tak kena dengan tekak dia kot, tapi saya suka, sedap!, tapi buat oat tomyam jelah, lain-lain cara memang saya tolak tepi hihihi.

oat tomyam

Ada yang minta resepi Oat Tomyam ni, jom saya kongsikan ^____^

Bahan-Bahan :-

  • Oat 4 Sudu Besar (terpulang pada anda)
  • Kiub Tomyam (Saya letak 1 je sebab buat semangkuk je)
  • Lobak
  • Kobis
  • Ikan Bilis
  • Cili Padi
  • Bawang Merah
  • Olive Oil (Sebab tengah Projek Besar, minyak masak biasa pun boleh)

Cara-cara memasak :-

  • Goreng Ikan bilis sehingga garing, masukkan bawang dan cili padi, goreng bersama, kemudian angkat dan ketepikan
  • guna minyak gorengan tadi sedikit untuk menggoreng sayur, kemudian masukkan air, kiub tomyam dan Oat, masak sekejap je sebab oat cepat masak, agak-agak oat dah kembang kira masaklah tu.
  • Angkat dan hidangkan oat tomyam tadi, bolehlah letak ikan bilis goreng tadi diatas oat, sedia untuk dimakan.

*Boleh juga tambah ayam, udang, sotong, terpulang pada anda, oh ye tak perlu letak perasa dah sebab tomyam tu dah cukup sedap.

See sangatlah simple, tak susah mana pun, sama je macam bubur nasi, bezanya nasi tu tukar dengan oat, serius lagi sedap dari bubur nasi, tak percaya trylah buat hikhik.

oat tomyam

Ok, 1 suap untuk pembaca blog ini ^____^

.

– Alhamdulillah syukur kenyang, abis licin semangkuk tu hikhik.

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

58 thoughts on “Resepi Oat Tomyam

  1. Pingback: namia
  2. Pingback: ?? ??
  3. Pingback: Merpati Putih
  4. Pingback: Liyana Fox
  5. Pingback: akubiomed
        1. biasa memang beli yang perasa asli tu, boleh je masak cara atas tu hikhik, tapi dia oat ada 2 jenis, 1 yang dah sedia untuk makan, 1 lagi yang untuk masak

  6. Pingback: topo
    1. kalau ikut akak, letak tomyam ni sedap, sebab akak tak reti makan oat dengan susu ataupun air je, tekak tak boleh terima ,tapi kalau buat macam akak bagi resepi kat atas tu memang licin akak makan hikhik 😀

  7. Pingback: ?? eiyDa ??
  8. Pingback: cikmin
  9. Pingback: yanmie

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge