Salam, baru-baru ini saya mendapat undangan dari Petronas untuk Media Familiarisation Session of the new PETRONAS StreetSmart Road Safety Exhibition yang bertempat di  Petrosains, The Discovery Centre, KLCC. 

petronas street smart

Majlis di rasmikan oleh Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim yang merupakan Petrosains chief  executive officer, majlis tersebut berlangsung secara private dan santai, bertuah rasanya berada dalam kelompok ini hikhik.

petronas street smart

Majlis di rasmikan oleh Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, Petrosains chief  executive officer

Ada sesiapa yang tak tahu lagi tentang Petronas Street Smart ini?, sebenarnya Petronas Street Smart ini telah pun diperkenalkan sejak 10 tahun yang lalu,  pameran ini bertujuan menggalakkan kesedaran dan menangani isu keselamatan jalan raya kepada anak-anak dan juga orang dewasa.

petronas street smart

See menarik kan?, sebenarnya ada banyak seksyen lagi tau, kami di bahagiakan kepada beberapa kumpulan, dan saya bersama 2 orang rakan blogger lain, dan En. Kamaruddin menjadi Fasilitator kami pada hari tersebut, beliau sangat peramah dan penerangan yang disampaikan memang jelas dan sampai kepada kami, yang bestnya kami tak bosan ^___^, tahniah En. KK sebab berjaya buat kami seronok pada hari tersebut hikhik.

petronas street smart

Saya (awat muka ketat je ni -..-“), PuanBee dan En.KK (nama glemer tu hehe)

Pengalaman berada di Petronas Street Smart ini memang sangat bermakna dan menyedarkan saya akan keselamatan semasa berada di jalan raya, lebih-lebih lagi pada hari tersebut saya membawa Haziq bersama, sedikit sebanyak dapat mengajar dia tentang keselamatan jalan raya.

petronas street smart

Haziq sedang memerhatikan replika kereta yang kononnya sedang berada di jalan raya, dan ada beberapa bola kecil untuk di masukkan kedalam lubang tersebut, bola tersebut haruslah di jatuhkan kedalam lubang laluan dan tidak boleh terlanggar oleh kereta yang lalu, faham tak maksud saya?, maksudnya disini, bola itu ibarat kita, bagaimana kita ingin melintas di jalan raya, Haziq dah buat game ni, alhamdulillah setiap kali dia jatuhkan bola tu, bola tersebut masuk ke laluan yang betul dan tidak berlanggar dengan kereta yang sedang lalu, haziq pun faham konsep tersebut tanpa penerangan dari saya hehee.

Pameran kali ini sangat menyeronokkan kerana ianya direka oleh designer dari negara kita sendiri ianya lebih berbentuk dalam 2D ??dan 3D, anak-anak pasti seronok, disamping ada beberapa game yang disediakan.

petronas street smart

Haziq pun tak nak ketinggalan untuk mencuba, dia ingat game race ni hahahaha, kemain dia khusyuk

petronas street smart

Disini kami di terangkan tentang penggunaan helmet, helmet mana yang terbaik, semestinya ianya helmet yang telah diperakui oleh sirim, ketuk guna hammer pun helmet tu tak pecah, kalau guna helmet biasa sekali ketuk je pecah, dalam skrin tu pula menunjukkan kawasan yang kita ketuk tu, apa akan jadi sekiranya ketuk/hentakan berlaku pada bahagian-bahagian tersebut, ok sangat takut ok!, balik rumah terus tanya suami, helmet dia tu keluaran SIRIM ke tak kehkehkeh

petronas street smart

Kami juga berpeluang merasai pengalaman orang yang sedang mabuk memandu kenderaan, fuhhh pening okeh, jalan lurus pun kami boleh tersenget-senget, sebab bajet dah ikut laluan betul, sebab tu banyak kemalangan jalan raya berpunca dari pemandu yang mabuk.

petronas street smart

PuanBee jadi model saya hehehe, sapa suruh letak gambar akak besar-besar kat blog HAHAHAHA

petronas street smart

Model saya sedang mencuba memandu Motorsikal pada tahap kelajuan yang ditetapkan.

petronas street smart

Haziq, see dia nampak teruja kan hikhik

petronas street smart

Minta tolong Juanita snapkan gambar, yang ni tengah test kekuatan pada seat belt, tapi saya rilek je, Fasilitator saya cakap, fuhh terernya tak takut pun kehkeh, yelah pakai tali pinggang kan, cuba tak pakai macam mana jadiknye?, so pakai tali pinggang ye kawan-kawan 😀

petronas street smart

Lepas dah test kekuatan hentakan kat atas tu, video ada direkodkan tau, kita boleh hantar terus video tersebut kat email, tapi saya tak nak upload disini, malu pulak, kelakar hahahaha, biarlah suami dan anak-anak yang gelakkan kahkahkah.

petronas street smart

Part ni paling best sekali bagi saya, siap ada science show, memang gamat betul suasana time ni, tak kering gusi bergelak, tu belum lagi keluar maskot Petronas Streetsmart yang cecomel tu heeee.

petronas streetsmart

Pelbagai pertunjukan, tengok gambar haziq bawah sekali tu, kemain dia khusyuk hehee

petronas streetsmart

 Saya bersama Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, Petrosains chief  executive officer

petronas streetsmart

Gambar bersama Maskot Petronas Streetsmart, Juanita dan Family PuanBee

petronas streetsmart

Saya bersama blogger Nannor dan PuanBee.com (Blogger ibu yang cecomel hehe)

petronas streetsmart

Bersama Anne, gambar ambil dari blog anne.

petronas streetsmart

Gambar bersama Jard, jumpa jugak, hari tu kami sama-sama terpilih untuk Maxis10, tapi tak jumpa dengan Jard.

Oh yea takde pulak gambar bersama Ciklily, takpe next entry ada hehe, Eeeee sebenarnya banyak lagi tau nak letak gambar, tapi macam dah melarat-larat gambar ni hehee, nanti saya share kan kat fan page blog ni ye.

Untuk keterangan lanjut boleh layari Facebook SreetSmart

– Taip lelajuuuuu heheehee

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

39 thoughts on “Pengalaman Berada Di Petronas StreetSmart KLCC”
  1. wah memang penting pengetahuan tentang keselamat jalan raya ni.. kena didik dari kecik lagi.. kalau dah besar baru nak didik.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. tu yang kemalangan tak kurang2 kak
    Myvitrd recently posted..Sama Tapi Tak SerupaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge