Magic Rice Dan Ikan Bakar Tenggiri

Salam, untuk memenuhi impian Projek Besar, usaha demi usaha dilakukan hikhik, memandangkan Nasi sudah menjadi makanan harian kita, so saya menggantikan beras biasa dengan “Magic Rice” – Beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal menjadi pilihan, ada banyak brand tapi rasanya Faiza punya ni lagi terbaik kot.

Magic Rice - Beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal

Pertama kali beli beras herba ponni ni, risau juga masa mula-mula masak tu, takut tak boleh nak telan, ternyata rasa beras ni lebih kurang macam beras biasa tu jugak, malah rasa nasi nya agak ringan dimulut, eeee sedaplah, tak macam beras rebus, beras rebus kalau masak, ya ampunnnnnnn dia punya bau satu taman orang boleh bau hehehee.

Magic Rice - Beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal

Beras Herba Ponni ni sesuai untuk pengidap kencing manis sebab ianya kurang kanji dan rendah gula, dan ianya juga amat sesuai untuk orang yang dalam Projek Besar macam saya ni, hikhikhik.

Herba Ponni

  • Kurang  kanji
  • Rendah Karbohidrat, 70% lebih rendah berbanding beras biasa
  • Rendah kandungan gula
  • Tiada kolesterol
  • Mengandungi Phytosterol (Antioksidan)
  • Serat tinggi
  • Rendah Indeks Glycemic
  • Rendah Lemak
  • 3 kali lebih besar bila dah dimasak

See, sangatlah berkhasiat beras ni kan, tapi tulah harga jelah agak mahal berbanding beras biasa, but buat masa ni saya amalkan pengambilan beras herba ponni ni, ala makan nasi pun sehari sekali je sebab yang 2 kali tu lagi saya ambil shake, beli 5kg insyallah tahan lama kot hehehee, hope magic rice ni sedikit sebanyak membantu perjalanan Projek Besar saya hikhik.

nasi ikan bakar

Menu pertama menggunakan Beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal

nasi ikan bakar

Ikan Tenggiri Bakar

nasi ikan bakar

Sambal belacan tak boleh tinggal, barulah syiokkkk nak makan hikhik.

.

– Siapa kata orang yang berdiet tak boleh makan sedap-sedap?? hihihi

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

22 Comments

    • @paihujey, Ya Allah tok sah cakaplah bab sambal belacan tu, hari2 memang keje akak menumbuk sambal je hahaha, sebab suami akak jenis makan kena ada sambal belacan hikhik, plus akak ni makan suka pedas2, kalau tak pedas tak nikmat kehkehkeh.

      Pasal kuah tu pun ada benarnya, lagi2 kuah yang berminyak, akak kurang makan makanan yang berkuah, kalau banyak kuah akak jadi tak lalu makan, akak suka makan kering2 macam kat atas tu 😀
      yanmie recently posted..Magic Rice Dan Ikan Bakar TenggiriMy Profile

    • @rozuan, ha’ah betul tu memang elok untuk orang yang ada sakit darang tinggi, kencing manis, tang harga tu agak mahal sedikit, ni nak ambik pun sebab nak kurang kanji dan gula tu je, tak boleh ambik beras biasa, alang2 disamping tu boleh jaga kesihatan, sebab since badan agak ‘gemuk’ ni nak bergerak pun susah 🙁
      yanmie recently posted..Magic Rice Dan Ikan Bakar TenggiriMy Profile

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Merpati Putih
  2. akubiomed

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge