Kenapalah Addicted Sangat Dengan 3 Blog Ni!

Salam, mesti korang ada blog yang korang suka kan, macam saya, semestinya sukakan 3 blog ni, kalau online pun tak buka dulu blog sendiri, saya pi intai blog diorang dulu, tak tahulah ubat guna-guna apa yang diorang letak kat blog ni hehehee.

1. Blog Denaihati.com

denaihati

– Blog ni memang banyak memberi inspirasi kepada saya, saya menang ipad2 dan aspire one kat blog beliau, blog yang paling best di Malaysia *tak keterlaluan kot saya kata macam tu* hihihi. dah pernah jumpa beliau 2 kali, paling best kali pertama jumpa, saya tanya denaihati yang mana? dia kata denaihati takde hahaha sabar jelah, pedahal dialah en.denaihati nya, see nampak disitu beliau seorang yang low profile ^___^, time tu saya datang ambil hadiah di pejabat Al-Ansar.

2. Blog Puanbee.com

puanbee

– Blog ni memang lagi lah, mula berhosting dengan menang contest diblog saya tidak lama dulu, bermula dari itu beliau menggunakan domain dan hosting, tahniah bee! dan maju banyak kehadapan, penulisan beliau saya boleh follow, blog personal ala-ala macam saya, lagi satu saya suka entry-entry di blog beliau, nampak keikhlasan pada entry beliau, paling best bila dia bercerita tentang dirinya…pasal kedekut beli kasut/sandle hahaha *jangan marah ye bee*, Ohnye Azam tahun baru kami sama heeee ^____^

3. Aku Biomed

akubiomed

– Blog ni memang saya suka baca senyap-senyap hehee *terbongkar dah*, saya suka bila beliau bercerita tentang anak-anak teruna beliau, dan perkongsihan tentang fotografi, banyak yang saya belajar dari blog beliau.

.

Itu jelah kot setakat ini, kalau diperhatikan ketiga-tiga blog tersebut menpunyai background warna putih dan tidak serabut dengan pelbagai widget, kemas, saya suka!

,

– Korang ada letak guna-guna ek kat blog? HAHAHAHAHA

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

90 thoughts on “Kenapalah Addicted Sangat Dengan 3 Blog Ni!

  1. Blog Denaihati dgn Bee mmg selalu jengah.. mcm biasa, kalau dalam kepala xde idea nak ditulis, maka xde la komen yg ditinggalkan… silent reader saja…

    Blog Aku Biomed, pernah jgk jengah tp tak kerap.. mungkin lepas ni lebih kerap kot….
    zie fauzi recently posted..Pesta Kutip RambutanMy Profile

      1. @puanbee, hehehe…batuk2 lak dia bila sebut nama kat sini.. mmg nk komen, tp bila nak tulis kepala otak blur2 saja.. so,terpaksa la jadi silent reader time tu.. hehehe.. tp pastu datang lagi.. ada idea nak komen baru komen, satgi xde idea pi komen yg mengarut2 lak..
        zie fauzi recently posted..Pesta Kutip RambutanMy Profile

  2. ok la list di atas cume IMHO, DH isnt that great as what kak yan described above. in fact kak yan nye blog is wayy better than DH cume DH untung sebab die ni blogger yang ade banyak resources compared to other bloggers. when u hv unlimited resources, senang nak tarik pembaca even the blog isnt that ‘contentful’ except some other facts yang really are facts la..

  3. Pingback: puanbee
  4. Pingback: akubiomed
  5. Aduhai macamana boleh terselit dekat sini? Kalau hendak dibanding blog DenaiHati yang mempunyai nama besar dan Puan Bee pula mempunyai trafik tinggi sehingga boleh pasang Innity. Saya ini pula terkepit antara kedua-duanya malu seh kerana saya ini insan kerdil.

    Terima kasih walaupun sebagai silent reader ada bukti data Google Analytical tidak menipu menunjukkan blog Yanmie antara penyumbang referral ke blog saya.

    Saya pun sama-sama addicted membaca blog Yanmie, Puan Bee dan DenaiHati. Cuma kadang kala tidak sempat hendak menyelit komen kerana ramai sangat pengomennya. πŸ™‚
    akubiomed recently posted..Pengalaman kena denda di sekolahMy Profile

  6. Pingback: Merpati Putih

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge