Amaran : Untuk yang dah berkahwin!

Salam, terpanggil saya untuk berkongsi tentang topik ini, Kaedah Perancang Keluarga, terlalu ramai yang bertanya kepada saya melalui ruangan ContactMe, PM Facebook, DM Twitter dan tak kurang juga yang bertanya melalui YM berkenaan bagaimana Kaedah Perancang Keluarga yang terbaik, (dah macam doktor pulak rasanya hihiihi).

family planning

Family Planning Is For Everyone ^____^

Kot-kot ada yang masih belum tahu apa itu perancang keluarga, perancang keluarga bermaksud menentukan bilangan anak dalam keluarga dan jarak seseorang anak dengan anak yang lain, kiranya tak nak bagi anak tu rapat-rapat, macam Aiman 6 tahun dan haziq 5 tahun, kan setahun-setahun tu hihihihi.

birth control devices

Sebenarnya ada pelbagai jenis kaedah yang boleh digunakan dalam merancang keluarga antaranya seperti dibawah ini :-

  • melalui kaedah semulajadi (mengira waktu subur, melalui suhu badan dan banyak lagi)
  • melalui kaedah halangan (kondom, IUCD, Diafram)
  • menggunakan Alat dalam rahim
  • melalui kaedah kekal

So pilih sahaja cara mana yang anda inginkan, kita hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan, tapi kalau kita tak usaha macam mana nak boleh kan?

Menjawab persoalan rakan-rakan tadi (Jawab sekaligus ni hihihi), saya merancang keluarga menggunakan kaedah halangan iaitu dengan menggunakan IUCD, alhamdulillah selama 4 tahun saya gunakan alat tersebut, semuanya ok, haziq pun dah besar tahun ni 5 tahun dah dia, dah sampai masanya untuk bagi haziq adik heheee.

Bukan saya tak pernah mencuba Kaedah Perancang Keluarga yang lain, sebelum ini saya telahpun mencuba kaedah perancang semulajadi tapi tak yakin, takut terbabas hehee, disebabkan itu saya mengambil pula perancang jenis kaedah hormon iaitu mengambil suntikan selama 3 bulan sekali, yang ini memang tak best pada saya sebabnya period tak menentu, kadang sebulan tu direct period, nak solat, nak puasa pun tak boleh, tak selesa, dah tu badan pulak naik cepat seperti di pam-pam huhuhu.

Lepas menyedari ke tidakbest-an mengambil suntikan, saya memberanikan diri menggoogle untuk mengetahui Kaedah Perancang Keluarga secara halangan, dengan memasang IUD, walaupun pengalaman pertama amat mengerikan hehehee tapi alhamdulillah ianya dapat dihadapi, ala tak sakit mana pun, saya dah pasang 2 kali dan buka dua kali, alhamdulillah semuanya ok! *boleh senyum hihihi*, so jangan takut untuk memasang IUCD.

Walaubagaimanapun ianya terpulang pada masing-masing, pada saya, saya cadangkan penggunaan IUCD, sebab tak perlu risau nak fikir tarikh kesuburan, tak perlu risau pasal period sebabnya dengan pengambilan IUD period maintan, cukup masa period, bayangkan 4 tahun saya memakai alat tersebut, period saya sangat teratur, cuma pada mula-mula pengambilan sahaja tak menentu dalam 1-2 bulan tetapi selepas itu sangatlah OK ^____^

Tapi sekiranya anda mengandung jugak walaupun menggunakan IUD ini, jangan salahkan saya kerana mencadangkan kepada anda, malah salahkan suami anda kerana walau sudah dihalang tetapi masih degil jugak hehehe, rezeki jangan ditolak ^____^

aimanhaziq

– Myhero-hero, Aiman 6 tahun dan Haziq 5 tahun, kejap je masa berlalu, rasanya dah boleh bagi adik kot ekekeke *abaikan*

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

65 thoughts on “Kaedah Perancang Keluarga – Family Planning”
  1. assalamualaikum..anak saya yg no 4..dah berumur 5 tahun..so saya terpaksa berenti makan pil perancang.sekarang tercari-cari kaedah merancang yg lain .. apa yg terbaik ye untuk saya.

    1. Salam Putri, mengambil pil perancang dlm tempoh yg lama boleh jadi salah satu penyebab oestoperosis( tulang tak kuat). Saya rasa pilihan yg paling baik untuk puan ialah IUD.

  2. kak kila pernah ambil pil.. xsesuai sbb bdn naik mendadak.. bila stop period xok.. pas pegnant anak ke-2 rancang sindri.. terbabas la plak.. si akak br 1thn 9bln dah dpt adik.. pas tu k.kila pakai iucd.. yg ni best sbb period normal & xyah nak risau.. ke-4 dan ke-5.xsmpat mrancang.. abg br 1thn 5bln dpt lak si adik.. apapun anak anugerah dr ALLAH.. didiklah mereka dgn sebaik mungkin….

  3. Saya pun kira setahun satu jugak laa. Cuma sorang akhir 2009, sorang lagi pertengahan 2011. Masa tau pregnant anak kedua, time tu 1st baby baru 9 month. terduduk jugakla buat ujian. Alhamdulillah rezeki. Info best. Tapi nak guna IUD ni takutlah. Nak makan pil pun, takut gemuk. Tsk Tsk.
    kayna recently posted..Perlu ke memukul anak?My Profile

  4. Saya menunggu 4 tahun untuk mendapatkan zuriat selepas itu berderet selang setahun. Agak mencabar menjaga anak yang beza umurnya setahun tetapi apabila sudah boleh berjalan segala-galanya menjadi mudah.

    1. @akubiomed, oh yeker, hihihi tapi betullah tu dah besar sikit baru senang, cabaran masa mereka kecil2 je, saya pun teringin juga nak ada anak dalam masa terdekat ni, bukan apa usia semakin meningkat, tapi terpulang pada rezeki, kalau ada saya terima, takde mungkin belum masanya lagi 😀
      yanmie recently posted..Makanan Comel Untuk Si ComelMy Profile

  5. bagus akak.. entry ni. sebab sekarang mereka yg kawen muda..ingat seronok jek.. pastu bila lekat.. mula laa gabraa.. anak pertama br nk belajar berjalan. heeee… macam akak2 saya dorang mkn supliment untuk mencegah.. tp kn salu mkn xleh skip..kang ada yg uwek2…hahaha tapi xbest laa saya nk anak sedara ramai2.. skang ade 3 tu pon besar umur 6-3 tahun dah. ;p
    eiyda recently posted..Happy Birthday To Me!My Profile

    1. @eiyda, betul tu eiyda, oh akak kalau pil memang abang tak bagi ambik sebab kalau pil ni skip je dia terus jadi, lagipun kalau lama makan pil nanti hormon badan jadi keliru, ada member yang lepas ambik pil tak mengandung2 lepastu, lambat sikit nak lekat balik, waulahualam
      yanmie recently posted..Makanan Comel Untuk Si ComelMy Profile

  6. info yang sangat berguna bagi saya yang bakal jadi suami orang nanti. hehe. btw kak yan, esok saya akan start buat post pasal kesihatan sebagai log saya dan mungkin rujukan untuk kak yan yang nak turunkan berat badan.
    Fazreen recently posted..Hello 2012 Bye Bye 2011My Profile

  7. Salam…
    owh.. gtu.. sy plak pilih kaedah pertama yg disenaraikan di atas… my husband x bagi amik apa2 jnis kaedah perancang moden, tmbhan sy ada asma, lagi la dia x bg amik pil… so, sy mmg merancang secara semula jadi je la… bg sy dlam perancng kelurga ni, perlukan perbncgn dgn suami sebaiknya…
    myfirdz recently posted..Berpantang Lepas Bersalin… Penting Ke???My Profile

    1. @myfirdz, saya mula2 suami pun sama tak bg guna apa2, risau tp saya yakinkan dia since dh dpt anak ke dua sebab anak saya rapat2, setahun sorang, semua tu guna kaedah semulajadi hehehe dah rezeki kan kita terimqa dengan hati yang besar,kalau kita plan ni senang sikit, anak sempat nak membesar, tumpuan dapat diberikan kepada dia, yelah anak kecik2 umur setahun takkan nak bg adik lagi, belum puas lagi budak tu nak bermanja, kesian kat dia, kita luka bersalin pun tak sembuh2 lagi, suami kena faham jugak tu.
      yanmie recently posted..Kaedah Perancang Keluarga – Family PlanningMy Profile

  8. IUD tu sy seram sbb kata org yg pernah pakai ada kesan lain juga,tu yg tak berani..sy makan ubat selama 4tahun.skang dah berenti 6bln tp period still tak ok,3bln sekali br dtg..macam mana nak bg aiman adik?org sekelilinh plak dok kata klu mkn ubt mmg ssh nak boleh anak lg..makan masa bertahun2..tu melalui pengalaman mereka.cmna tu kakyan?hiks..

    sy pun tak tau sama ada efek ubat atau ada masalah lain.melalui apa yg sy baca,2minggu selepas berenti ubat kita dah subur,tp mgkin jug ada kesan lain..

    1. @puan kutu, biasanya macam kes kutu tu akak dgr mereka2 yang selalu ambil ubat/suntikan/implan agak susah nak mengandung lepas tu, tapi bukan semua orang, kalau iud insyaallah takde masalah sebab iud dia halang je sperma tu masuk, macam pil/suntikan/implan dia main dengan hormon, sebab tu akak tak ambik.ada kawan ambik implan 2 tahun dah, 2 tahun tu jugak tak period, seriau lak akak kalau sampai tak period 2 tahun huhuhu. takpe doa banyak2, mudahan aiman dapat adik lagi lepas ni, akak doa jugak untuk kutu ni.
      yanmie recently posted..Kaedah Perancang Keluarga – Family PlanningMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge