Telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang (Elfira Loy Dan Randy Pangalila)

by yanmie on December 23, 2011

Salam, alamak macam mana boleh terlepas nak tengok Telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang nie, dengarnya feedback dari rakan-rakan bahawa telemovie ni best, kelakar, ok saya nak download Telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ni, nasib baik ada yang sudi sediakan link download, so malam ni bolehlah layan sementara WIFI kat kampung nie tengah laju berdesup hihihi. Telemovie ini dilakonkan oleh Elfira Loy Dan Randy Pangalila ^____^

biar mimpi sampai ke bintang

Jom layan sinopsis Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ni, Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.

Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.

Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah.

Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.


Ost Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, lagu dari Ungu yang bertajuk Cinta Dalam Hati

.

- Jap lagi nak download, hope takde masalah connection, kalau takpun tunggu jelah balik Klang nanti tengok ulangan kat Astro nanti.

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 8 comments… read them below or add one }

Aries 293 February 2, 2012 at 8:45 pm

suka sangat telemovie nie.. tak rugi lihat cerita nie. heheh

Reply

muazfaris December 26, 2011 at 5:47 am

cam ade kaitan dgn saya je saat ni..erkk
muazfaris recently posted..Pencarian Blogger AktifMy Profile

Reply

eiyda December 24, 2011 at 10:32 am

tengok cerita ni, tapi cam tak la best mn kot.part selamber berpelok kat pasar tu xleh blah.hahahha ;p
eiyda recently posted..#23 Wordless Wednesday- DramaMy Profile

Reply

titan December 24, 2011 at 6:06 am

hehe.heboh dah cite nih pula..
titan recently posted..Amaran terakhir untuk para blogger..My Profile

Reply

syu90 December 24, 2011 at 3:31 am

bru je tgk..bes..
syu90 recently posted..HAPPY BIRTHDAY to…My Profile

Reply

Ekspresi Ruang December 23, 2011 at 11:47 pm

mcm best je bunyi jalan citer drama ni. tp terlalu keremajaan sgt drama cmni. huhu
Ekspresi Ruang recently posted..Pejabat Idaman: Saatchi & Saatchi Oleh Supermachine StudioMy Profile

Reply

Lal Azmi December 23, 2011 at 10:47 pm

Blog Update : Telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang (Elfira Loy Dan Randy Pangalila) http://t.co/20jsebBu

Reply

yanmie December 23, 2011 at 2:42 pm

Blog Update : Telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang (Elfira Loy Dan Randy Pangalila) http://t.co/20jsebBu

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: