Tangga Gaji Baru 2011 SBPA – Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Salam, akhirnya teka-teki mengenai bentuk pembaharuan yang terkandung dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sudahpun terjawab apabila pekeliling mengenainya dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), saya kongsikan dibawah ini Tangga Gaji Baru 2011 SBPA – Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam untuk rujukan bersama.

sbpa

Untuk makluman, kot-kot ada yang tak tahu, SPBA akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari 2012 nanti, dan berdasarkan pekeliling terbaru SPBA ini, pembaharuan yang dilakukan tersebut selari dengan agenda transformasi negara yang memberi cabaran kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti, setimpal dengan pemberian gaji dan imbuhan kerajaan.

So lepas ni harapnya kakitangan swasta dapat meningkatkan lagi tahap produktiviti mereka, suka saya memetik laporan berita harian dibawah ini :-

Harapan kita dan rakyat seluruhnya apabila SBPA dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari ini, ia bakal menerbitkan sinar harapan kepada seluruh rakyat untuk melihat matlamat mentransformasikan perkhidmatan awam negara supaya menjadi lebih dinamik, responsif dan berasaskan prestasi akan berjaya. Sudah sampai masa kakitangan awam memperbaiki kelemahan dan kebiasaan yang merugikan produktiviti negara seperti tabiat gemar pergi minum pagi terlalu lama atau kerap ghaib dari pejabat. <– Siapalah tu, hihihi.

Ok dalam Skim kenaikan gaji (SBPA) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam pula, semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung pada kekosongan jawatan tetapi ianya bergantung kepada tahap prestasi dan kelayakan sesorang penjawat.

Berikut saya sertakan LINK untuk rujukan anda :-

.

Senarai Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

  • 1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 – Umum
  • 2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 – PDRM
  • 3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 – Guru

 

Jadual Pemindahan Gaji jawatan dari skim SSM ke SBPA

  • 1. B4(a)- KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
  • 2. B4(b) – KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN DIPLOMA
  • 3. B4(c) – KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN STPM
  • 4. B4(d) – KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN SPM
  • 5. B4(e) – KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN PMR
  • 6. B4(f) – SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU
  • 7. B4(g) – SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH PERKHIDMATAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
  • 8. B4(h) – SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH PERKHIDMATAN PENGUATKUASAAN MARITIM

Tawaran Opsyen SBPA

Diberi kepada semua pegawai tetap yang berada dalam perkhidmatan atau Jawatan pada 1 Januari 2012 (JKK 1976, SSB, SSM) termasuk:

  • Pegawai yang berada dalam tempoh percubaan;
  • Pegawai bertaraf tetap yang belum disabit tindakan tatatertib;
  • Pegawai yang sedang bercuti dalam keadaan berikut :
  • Cuti Tanpa Gaji
  • Cuti Separuh Gaji
  • Cuti Sakit
  • Kursus Jangka Pendek
  • Cuti Belajar
  • Cuti Bersalin
  • Pegawai yang dipinjamkan; dan
  • Pegawai yang masih berkhidmat pada 1 Januari 2012.
  • Pegawai di dalam jawatan kumpulan

Pemilihan Opsyen yang dibuat adalah muktamad. Tempoh Penawaran secara umum bagi pemilihan Opsyen akan dibuat selama 15 hari (16 – 30 Disember 2011). Bagi mengelakkan kelewatan penerimaan opsyen, semua penjawat awam diminta untuk menghubungi majikan masing-masing semasa tempoh penawaran tersebut. (Sebarang pindahan/perubahan akan dimaklumkan).

Pemindahan Gred Gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Berikut adalah pemindahan gred gaji daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) ke SBPA bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta kumpulan pelaksana berkelayakan Diploma.

gred gaji sbpa profesional

gred gaji sbpa diploma

Tangga Gaji

.

Tangga Gaji Baru 2011 SBPA untuk Perkihdmatan Perguruan seperti dibawah.

  • tangga gaji guru DG34
  • tangga gaji guru DG 44
  • tangga gaji guru DG 48
  • tangag gaji guru DG52
  • tangga gaji guru DG54

Gred Gaji Perkidmata Perguruan (SSM)

tangga gaji guru sbpa 2011


Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan):-

  • SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95) => SPM
  • SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 ==> SPM
  • SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) ==> SPM
  • SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)  ==> => Untuk sijil politeknik bertaraf STPM
  • SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
  • SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
  • SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)

Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)

  • Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
  • Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
  • Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
  • Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)

.

Baca selanjutnya di : Tangga Gaji Baru SBPA 2011

.

- Sumber : Jabatan Perkhidmatan AwamKulanzsalleh.com dan Beritasemasa.com

 - Akan diupdate dari masa kesemasa, setakat ini hanya tangga gaji baru 2011 SBPA dibawah yang diperolehi, seterusnya akan diupdate kemudian disini, terima kasih.

44 Comments on Tangga Gaji Baru 2011 SBPA – Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

  1. PKA malang
    January 30, 2012 at 3:32 pm (3 years ago)

    ada SPM,ada Sijil PKA tetapi tangga Gaji tak sama PT

    Reply
  2. Anonymous
    January 16, 2012 at 4:43 pm (3 years ago)

    mcm mane gan kakitangan sementara

    Reply
  3. Syafiq
    January 3, 2012 at 2:45 pm (3 years ago)

    Nak tanya macam mana Skim W17 yang untuk Gred Gaji Baru SBPA???Berapa kenaikan mereka hendak-hendak lagi yang mempunyai kelulusan Sijil Politeknik&Diploma Politeknik…Takkan tak ada perubahan sedangkan Skim J yang ada kelulusan Sijil Politeknik ada perubahan yang setimpal dengan mereka???So..tolong jawab???

    Reply
  4. Ray
    December 27, 2011 at 12:06 pm (3 years ago)

    cikgu ada elaun tnggjwb? jawatan lain x ada ke?

    Reply
    • Pemberitahuan
      January 5, 2012 at 10:38 am (3 years ago)

      elaun tanggungjawab hanya untuk GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK KOKO, GPK Petang dan GPK Pendidikan Khas yang dilantik ke HAKIKI saja, ingat bukan semua guru.

      Reply
  5. Ray
    December 27, 2011 at 12:01 pm (3 years ago)

    x adil!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply
  6. Ray
    December 27, 2011 at 12:01 pm (3 years ago)

    SBPA MCM X ADIL JE???

    Reply
  7. el asahari
    December 27, 2011 at 7:27 am (3 years ago)

    Tapi sbpa py tangga gaji TAK BERAPA ADIL. tangga gaji dalam ssm dikelompokkan (cth: p1t4 di kelompokkan dengan p1t5, menjadi satu tangga gaji baru t4, menyebabkan gaji kedua-duanya sama. jdi tiada langsung perbezaan kalau kita berkhidmat lebih awal..senang cite,gaji yang kerja pada tahun 1998 SAMA dengan 1997..macamana tuh?kenaikan gaji SBPA bagi yang p1t4 dalam rm300,manakala bagi p1t5 dalam rm200 sahaja..Manakala kenaikan gaji tahunan dg41 adalah rm225(dulu +-rm90),tapa dg44 hanya rm250(dulu =-rm150);bermakna kenaikan gaji dg41 SANGAT BESAR berbanding dg44,menyebabkan gaji dg41 hampir dekat dengan dg44(hai…terasa penat bila makin lama gaji adik-adik di bawah makin mewah,tapi kami yang dah tua ni,gaji nak sama dengan mereka..ini menyebabkan prestasi kerja berkurang sikit).

    Reply
    • reen
      January 10, 2012 at 4:21 pm (3 years ago)

      @el asahari, setuju..sakit hati tengok tangga gaji baru. Macam saya, gaji p1t16 akan sama dengan p1t14 & p1t15..yg tak adilnya, beza gaji baru dengan gaji lama, saya hanya dapat kenaikan yang tak sampai pun rm80, sedangkan junior saya akan dapat kenaikan masing2 RM144 & RM211..sedihnya.. :(

      Reply
  8. org bawahan
    December 23, 2011 at 9:14 pm (3 years ago)

    yg tinggi makin mahsyuk yg bawah2 nie mcm ne ?? tangge gaji pn xbgth …

    Reply
  9. org bawahan
    December 23, 2011 at 9:13 pm (3 years ago)

    mane tangge gaji org bawahan ??!!!

    Reply
  10. PA
    December 20, 2011 at 9:39 pm (3 years ago)

    PEKELILING TAK LENGKAP…MANA LAGI LAMPIRAN YANG DINYATAKAN UNTUK RUJUKAN ???????????????????????? LAMPIRAN C MANA?????????? INI YG JADI RAGU2 NIH…

    Reply
  11. PA
    December 20, 2011 at 9:38 pm (3 years ago)

    MANA LAMPIRAN C???????????????

    Reply
  12. john
    December 18, 2011 at 12:06 am (3 years ago)

    kenaiakn tahunan tu untuk dg41.dg44 rm 250.dg32 rm 155,dg29 rm 145,semua elaun tak berubah…perubahan elaun dimalumkan pada tahun 2013..insyallah

    Reply
  13. john
    December 18, 2011 at 12:03 am (3 years ago)

    bg cikgu,rujuk sekolah masing2…sekolh dah asa lampiran c…kenaikan tahunan masa ssm dengan sbpa mungkin x sama…sy dah tengok..ssm bulan jan..sbpa bulan april…hmmm…takpelah…kenaikan tahunan rm225..

    Reply
  14. wan
    December 15, 2011 at 11:05 am (3 years ago)

    “Pegawai bertaraf tetap yang belum disabit tindakan tatatertib;”
    nk tye… kalo pgwai tetap yg dikenakan tindakan tatatertib cthny kena surcaj, camne? xdpt pilih sbpa laa yeq? arp dpt jelazkan.tq.

    Reply
  15. Lim Bee Ain
    December 15, 2011 at 11:02 am (3 years ago)

    that is the SSm, old pay scale, we need to see the new pay scale, why denied access ?

    Reply
  16. Lim Bee Ain
    December 15, 2011 at 10:58 am (3 years ago)

    why i cant access to the actual pay scale, skim gaji, pls give the tangga gaji baru SBPA

    Reply
  17. akubiomed
    December 10, 2011 at 10:37 am (3 years ago)

    Bila sudah ada perubahan tangga gaji janganlah pula peniaga ambil kesempatan naikkan harga kerana ditempat saya ada naik sampai RM1. Kalau pergi pasaraya lagi tidak boleh percaya lebih mahal daripada kedai runcit.
    akubiomed recently posted..Bermudik di Melaka River Cruise siri 2My Profile

    Reply
    • wan
      December 15, 2011 at 11:43 am (3 years ago)

      @akubiomed, stujulah… kalo kakitgn krajaan dpt merasa naek gaji tp org laen mcm mane? krn peniaga yg gila nk kaut untung, rkyt yg kena… pastu ade pulak yg salahkan krajaan sbb brg naek hrga… mentaliti manusia ni dgn duit mmg mcm tu kah? kesian pd yg bkn kakitgn krajaan laa…

      Reply
  18. titan
    December 9, 2011 at 12:50 am (3 years ago)

    haa..siapa yang gi minum pagi lama-lama tuuu..tak ingat kerja ke. hehe..
    titan recently posted..Komisen ke 86 dari TNXMy Profile

    Reply
    • yanmie
      December 8, 2011 at 4:37 pm (3 years ago)

      memang tak lengkap lagi tu, sbb tu kata akan diupdate dari masa kesemasa

      Reply
  19. azura
    December 8, 2011 at 1:50 pm (3 years ago)

    gaji saya naik tak kak yan…gulp

    Reply
    • yanmie
      December 8, 2011 at 1:51 pm (3 years ago)

      yeeehhhhaaa alhamdulillah heeee, tahniah ye :D

      Reply
  20. yanmie
    December 8, 2011 at 5:36 am (3 years ago)

    Blog Update : Tangga Gaji Baru 2011 SBPA – Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam http://t.co/aRu6dgnM

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge