Resepi Sambal Kicap Sedap

Salam, hiks nak bagi resepi pulak dah, kat  blog ni jarang saya bagi resepi sebab risau nanti korang buat tak sedap pulak, tapi yang nie saya confirm memang sedap hihihi, meh saya share Resepi Sambal Kicap Sedap.

Resepi Sambal Kicap

Sambal Kicap ni sesuai untuk apa jenis makanan, mulanya en.hubby menyatakan hasrat, dia minta saya buat air asam dan sambal kicap yang cicah dengan ikan bakar kat kg baru tu, teringin agaknya hihihi, nak pergi jauh pulak, kalau dekat boleh terus serbu, sudahnya saya try and error resepi Sambal Kicap nie, perghhhhhh!! sedap wa cakap sama luuuu hihihihi

Resepi Sambal Kicap Sedap

Bahan-bahan

  • Cili padi 5-10 tangkai [mengikut kepedasan yang diinginkan]
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 sudu gula merah
  • Garam secukuprasa
  • Perasa [Ajinomoto, kalau suka]
  • Sedikit jus limau

Cara membuat sambal kicap

  • Goreng terlebih dahulu cilipadi bersama bawang putih tersebut sehingga kulit cilipadi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, so bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati.

  • Tumbuk cilipadi, bawang putih tadi bersama gula pasir dan gula merah,garam dan perasa, dah siap tumbuk bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau.
  • Sedia untuk dihidang.

Oh yea sambal kicap ini juga boleh dimakan dengan hidangan yang lain seperti boleh dijadikan sambal kicap pisang goreng dengan menambahkan sedikit air, so takdelah pekat sangat sambal tu, dan boleh juga dijadikan sambal kicap untuk bihun sup mahupun bihun goreng dan mee goreng, pendek kata apa-apa jenis hidangan memang boleh.

Makan dengan ikan goreng, nasi panas-panas berserta ulam memang sedap, tak pandang belakang dah hihihi

– Aiman tadi makan sambal kicap tu dengan pisang goreng, habis licin hihihi

About yanmie 2602 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

41 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge