Resepi Pavlova – Cara Buat Pavlova

by yanmie on December 19, 2011

Salam, hiks akhirnya saya mencuba jugak untuk membuat Pavlova ni, sana sini blog duk cerita kesedapan Pavlova ni, boleh tahan jugak sedapnya, suami saya yang tak makan manis pun boleh layan Pavlova ni, hihii, so atas permintaan rakan, saya sharekan Resepi Pavlova, serius Rasa Sekali Pasti Nak Lagi ^____^

pavlova

Mungkin ada yang tak tahu menatang apa Pavlova ni, ok saya share ye, Pavlova  adalah sejenis kek meringue yang diperbuat daripada putih telur dan gula halus sebagai bahan asas utamanya, Pavlova ni makanan dari negara…emmmm saya pun tak pasti negara mana satu sebab makanan ni pernah menjadi pergaduhan antara Australia dan New Zealand, boleh baca SINI, takpelah biarkan diorang gaduh-gaduh, yang penting kita makan rasa sedap, HAHAHAHA.

cara buat pavlova

Ok Resepi Pavlova ini saya ambil dari Joy Of Baking dan SINI

.

* tu pun ada  yang saya derhaka kan hehee, tak follow 100% dari Joy Of Baking tu

Bahan-bahan :-

  • 4 biji telur (Putih telur je)
  • 1 cawan gula kastor (saya guna setengah cawan je)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla (saya guna 1 sudu, nak derhaka gak tu hahahaha)
  • 1 sudu teh cuka
  • 1/2 sudu besar tepung jagung (saya guna 1 sudu)
Topping/hiasan :
  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara Membuat Pavlova:

cara buat pavlova

  1. Terlebih dahulu asingkan putih telur dari kuning telur, kita nak guna putih telur je tau!, pukul putih telur menggunakan hand mixer pada kadar kelajuan yang perlahan, saya guna stand mixer so lagi mudah kerja saya, pusing pastu tinggal je tunggu putih telur jadi soft peak form

  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul pada kelajuan yang tinggi, sehingga bertukar menjadi putih yang berkilat, angkat pemukul, tengok kalau bahan tersebut menjadi ke tak, kalau tak jatuh tu maknanya meringue korang berhasil hihihi, kemudian masukkan esen vanilla, tepung jagung dan cuka, saya terus masukkan je dalam adunan tu, malas nak kacau2 guna spatula kehkehkeh.
  3. Ambil kertas minyak, gariskan bentuk bulat pada kertas minyak dan terbalikkan untuk meletak meringue tadi, kiranya nanti senanglah nak bentukkannya

Proses Membakar :

cara buat pavlova

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150′ C selama 10 minit, saje nak bagi ada bahang hihihi, barulah time masak tu betul kan.

  2. Masukkan adunan meringue dalam oven 10 minit pada suhu 150′ C, kemudian barulah turunkan kepada suhu  140′C. Masak selama 1 jam. terpulang pada anda, tapi saya masak 1 jam elok je masak, cun hihihi.
  3. Tanda meringue dah masak, ianya kelihatan berwarna coklat muda sikit macam kat gambar atas tu, kalau pegang luar rasa garing, dalam lembut tau, tapi awas sebab ianya mudah retak, kena berhati-hati semasa mengeluarkan meringue tersebut dari kertas minyak. Oh ye, sebelum tu biarkan dalam oven dulu, buka pintu oven, biar sejuk sekejap barulah keluarkan terus dari oven.
  4. Saya sediakan pavlova tu malam, pagi tadi baru saya hias, saya letak dalam oven je hihihi.

Cara menghias :

cara buat pavlova

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental

2- Masukkan gula dan esen vanila

3- Masukkan whipped cream dalam plastik, saya buat semalam, pagi tadi baru guna so sebelum tu saya letak dahulu dalam peti ais sejuk beku, nak hias pagi tadi baru saya keluarkan dan guna.

* Boleh juga guna Whipping cream dalam tin terus kalau malas nak buat, hehehe.

Rasa nak makan barulah hias dengan buah-buahan segar, jangan hias awal-awal takut nanti pavlova tu berderai, so hias time nak makan, seterusnya bolehlah snap gambar hahahhaaaha.

pavlova

Saya buat sikit je sebab takut tak menjadi, but alhamdulillah dengan 1st try ianya berhasil, memang berbaloi bila kita buat satu benda dan ianya sangat memuaskan, tapi bab mengdeco saya sangatlah tak reti, apa yang terhasil itulah dia, hihihi. Ok rasa pavlova ni pula sangat unik, macam mana nak cerita ye, luar garing dalam lembut..ehhh, tak tau nak cerita, rasa sendiri baru tau hihihi.

pavlova

Sepotong kecil untuk Aiman, serius suami dan anak-anak suka makan, tapi lepas ni kena kurangkan kuantiti gula kot sebab manis, tapi bila makan dengan buah-buahan segar manis tersebut jadi sebati dengan kemasaman buah-buahan tersebut.

Tadi Anak-anak kata “Ibu nak Kek macam tadi lagi, nanti ibu buat lagi ye”, hihihi sebab pavlova tu dah abis, kejap je licin, tu tandanya sedap kat tekak diorang heeee ^_____^

.

- Alhamdulillah tertunai sudah hasrat di hati

Artikel Berkaitan:

{ 45 comments… read them below or add one }

emano3289@gmail.com April 21, 2012 at 7:57 pm

Sy bru buat pavlova hr ni..tp rse mcm x mnjadi la..sebab:
1) Isi dlm pavlova xsekeras or sekental yanmie buat..sy tgk elok je, mcm kek..sy punye time nk makan tu hancur, comot habes tangan..hehe
2) Whipping cream x putih..jd perang mcm tu..huhu..and nmpak mcm brketul2 whipping nye..huhu..

Reply

nath April 12, 2012 at 8:01 am

as salam..
nak tanya, nk letak adunan pavlova tu dlm acuan ape supaya jdik bulat cam tu??
then baking paper nk kena sapu majerin ke supaya tak lekat.. smlam saya buat tapi x menjadik… permukaan atas hancur berderai…
tq

Reply

ana April 4, 2012 at 10:25 am

salam.saya dah 2 kali buat pavlova tapi ngapa kulit luar dia x keras jd macam waffer gitu.dah puas saya tambah masa tetap mcm tu…minta tolong….

Reply

yanmie April 4, 2012 at 10:34 am

Salam awak,

Sebenarnya tipsnya senang je, masa asingkan putih telur tu kena pastikan betul2 takde kuning telur yang ada, sebab kuning telur tu yang buat pav tu tak kembang. pastikan guna gula halus, agar telur nanti sebati kembang bersama gula tu, adunan kena jadi pekat sepakatnya, nak tau ok ke tak cuba angkat bekas tu, kalau adunan tu tak jatuh makan adunan tu perfect, kalau tak jadi macam tu then bakar juga memang pav tu menjadi.

harap dapt membantu :)
yanmie recently posted..Pelakon Nadia Mustafar Di Samun RM 20 RibuMy Profile

Reply

jerret March 4, 2012 at 7:43 am

Aku pnh mkn.. ade kwn aku buat n bg kat aku.. bile tgk nmpk best klo mkn lagi la abestos.. haha… bile mkn terase windu kt some1 sbb dia yg rajin bg aku rase hasil percubaannye.. miss u alwayz puteri air mata.. :) hrp bhgia bersama org tersayang..

Reply

hanneiy March 21, 2012 at 1:13 pm

@jerret, lain mcm jer bunyinyer.xper nti sy lak yg wt bg rase ea.

Reply

nofa January 17, 2012 at 12:56 pm

salam.kak,cuka masakan tuh.cuka putih tu kew?

Reply

hanneiy March 21, 2012 at 1:14 pm

@nofa, ea dik…cuka masakan tau bkn veneger.chemestry item.

Reply

Nur December 20, 2011 at 8:11 pm

Salam.. Aduhai..lapar terus perut ni.. Rajinnya Kak Yan.. Happy Birthday ye Kak Yan.. (Betul kan Birthday Kak Yan bulan ni).. :)
Nur recently posted..Bertuah Sebab dapat Doodle dari Adik FiqaMy Profile

Reply

topo December 20, 2011 at 4:40 pm

ok baru tau macam mana rupa pavlova -.-
topo recently posted..Pemenang Pertandingan Foto National Geographic 2011My Profile

Reply

Ummi Hanie December 20, 2011 at 11:30 am

bolehlah bukak kedai pavlova lps ni k.yan ;)
Ummi Hanie recently posted..Boboiboy jahatMy Profile

Reply

cikmin December 20, 2011 at 8:41 am

lepas ni buat macaron pulak yan.. :) setahu akak kan..kalau kurangkan lagi paras gula dalam mana2 meringue ni..tak menjadi..atau yan boleh ganti dengan palsweet sebagai ganti gula custor tu..
cikmin recently posted..Wordless Wednesday #20 Diaper Cake @ Kek Lampin??My Profile

Reply

Juan December 20, 2011 at 4:53 am

serius nmpk sangat sedap,
Juan recently posted..Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelet | Pulau PinangMy Profile

Reply

hanneiy March 21, 2012 at 1:16 pm

@Juan, mmg sdp pn sy pnh mkn.

Reply

Ekspresi Ruang December 19, 2011 at 10:32 pm

nampak menarik. walaupon tampak sihat sbb dihias dgn buah2an yang segar dan berkhasiat, tapi xleh mkn selalu sbb gula tinggi. huhu
Ekspresi Ruang recently posted..Konsep Urban Sebenar Di Apartment Mewah Ilham Stefan BoublilMy Profile

Reply

Ikhwan Pauzi December 19, 2011 at 8:25 pm

kek paling pelik penah ikhwan jumpa. tapi, nampak mengancam.. hehehhh
Ikhwan Pauzi recently posted..Garena Malaysia Carnival – AWESOME!My Profile

Reply

Raisha December 19, 2011 at 7:36 pm

sumpah terliur. kat mana ada jual makanan ni?
Raisha recently posted..Fazura Tunai Umrah, Tinggalkan Video Ucapan Sebelum BerangkatMy Profile

Reply

akubiomed December 19, 2011 at 6:35 pm

RT @yanmie: Resepi Pavlova – Cara Buat Pavlova http://t.co/gOwwfmky

Reply

akubiomed December 19, 2011 at 6:35 pm

Banyak guna telur. Teringat semasa di Autralia dahulu ada mat salleh ajak makan malam di rumah beliau. Sebagai pencuci mulut isteri beliau sediakan Pavlova. Tidaklah manis sangat tetapi sedap sambil menonton Australian Idol. :-)
akubiomed recently posted..Snek Pringles dan PopCorn untuk abang sayangMy Profile

Reply

kozumi_ro December 19, 2011 at 3:57 pm

em…sedapnyer…..

Reply

ohcikgu December 19, 2011 at 3:16 pm

wahh..macam sedappp aje..
ohcikgu recently posted..Semakan Keputusan PMR 2011 jatuh pada 22 Disember 2011 melalui mySMSMy Profile

Reply

nurmisnan December 19, 2011 at 2:42 pm

dah pandai buat pavlova mesti boleh dah buat macaron kak yan.. hik3
posto2..
nurmisnan recently posted..Ini betul2 kejadian atau dugaanMy Profile

Reply

yanmie December 19, 2011 at 3:00 pm

@nurmisnan, ha nanti nak cuba macaron pulak hahahaa, tapi tak banyak masa sebenarnya buat benda gini, buat ni pun sebab teringin sangat, nak order kat orang tak tahu, yang kat klcc tu pun xtau yang mana 1 kedainya :P
yanmie recently posted..Resepi Pavlova – Cara Buat PavlovaMy Profile

Reply

Merpati Putih December 19, 2011 at 1:03 pm

Resepi Pavlova – Cara Buat Pavlova http://t.co/ozmCkMt0 (via @yanmie)

Reply

puanbee December 19, 2011 at 1:02 pm

oo bee ade gak cadang nk buat ni , tp tk de mixer lagi lah .. nanti dah ade bee buat hekhek , susah nak buat kek kalau tk de mixer ni ..
puanbee recently posted..Makanan Kesukaan Rasulullah S.A.WMy Profile

Reply

yanmie December 19, 2011 at 1:06 pm

@puanbee, ada mixer murah2 bee, akak punya dulu dah rosak, ni yang baru hehee, akak beli rm80 je brand panasonic, boleh tahan comelnya hehehe
yanmie recently posted..Resepi Pavlova – Cara Buat PavlovaMy Profile

Reply

puanbee December 19, 2011 at 1:11 pm

@yanmie, tu lah memang lah mcm boleh beli je , tp selalu lupa kehkeh apa lah nasib badan ~
puanbee recently posted..Makanan Kesukaan Rasulullah S.A.WMy Profile

Reply

puanbee December 19, 2011 at 1:12 pm

@puanbee, ni kalau buat bentuk cup cake tk ok eh kak ? mesti lagi comel kan ..
puanbee recently posted..Makanan Kesukaan Rasulullah S.A.WMy Profile

Reply

yanmie December 19, 2011 at 1:17 pm

@puanbee, oh takpernah lagi tengok orang buat yang bentuk cup cake tu, nanti susah nak keluarkan dari acuan, sebab mudah retak/berderai
yanmie recently posted..Resepi Pavlova – Cara Buat PavlovaMy Profile

Reply

puanbee December 19, 2011 at 1:27 pm

@yanmie, ooo .. tapi cikmin buat kecik sikit kan kak .. urmm tk sabar lak nak buat tu huhu~

tapi bulan ni bajet duit kemas2 lah kah .. maklum le anak nak sekolah hikhik
puanbee recently posted..Makanan Kesukaan Rasulullah S.A.WMy Profile

Reply

Anonymous December 20, 2011 at 8:39 am

@puanbee, buat apa yg kecik tu bee?hehehe..

Reply

puanbee December 20, 2011 at 12:21 pm

@, buat pavlova tu .. hehehe
puanbee recently posted..Syukur Dividen ASB 2011 – 7.65 Sen Seunit Dan Bonus 1.15 Sen SeunitMy Profile

Reply

cikmin December 20, 2011 at 6:27 pm

@puanbee, aik…cikmin punya pavlova size 9 tu bee… :P
cikmin recently posted..Wordless Wednesday #20 Diaper Cake @ Kek Lampin??My Profile

Reply

puanbee December 20, 2011 at 6:29 pm

@cikmin, sama dengan kak yan ke ? tengok mc kecik je di blog kakngah hehe sorry ..
puanbee recently posted..Menternak LemakMy Profile

Reply

zilazaki December 19, 2011 at 1:00 pm

jgn cuke getah sudah…hehehe
zilazaki recently posted..menghitung hari untuk tahun 2012My Profile

Reply

yanmie December 19, 2011 at 1:01 pm

@zilazaki, hahhahaa tulah lupa nak mention cuka masakan kat entry tu, diorang tau kot, takkanlah nak guna cuka getah kan hahahhaaha cari nahas tu :D
yanmie recently posted..Resepi Pavlova – Cara Buat PavlovaMy Profile

Reply

zilazaki December 19, 2011 at 12:59 pm

serius mmg sedap…sy buat 2 tingkat nyer..licin!!
zilazaki recently posted..menghitung hari untuk tahun 2012My Profile

Reply

yanmie December 19, 2011 at 1:00 pm

@zilazaki, hihihi tulah next time ingat nak buat 2 tingkat pulak :D
yanmie recently posted..Resepi Pavlova – Cara Buat PavlovaMy Profile

Reply

eiyda December 19, 2011 at 12:48 pm

nak try jugakkk…telan ayaq liuq dah ni…. hahhaha cuka masakan ke cuka ape tu ke?
eiyda recently posted..Pening KepalaMy Profile

Reply

yanmie December 19, 2011 at 12:50 pm

@eiyda, hihihih lupa nak mention, ye cuka masakan :D

Reply

eiyda December 19, 2011 at 12:56 pm

@yanmie, ok.. heeee
eiyda recently posted..Pening KepalaMy Profile

Reply

yanmie December 19, 2011 at 12:58 pm

@eiyda, selamat mencuba, dah buat nnti jangan lupa twitpic hahaaha :D
yanmie recently posted..Resepi Pavlova – Cara Buat PavlovaMy Profile

Reply

eiyda December 19, 2011 at 2:10 pm

@yanmie, hahhah berehhh ;p

Reply

Afnie Roslan - ADP December 19, 2011 at 4:46 am

Resepi Pavlova – Cara Buat Pavlova http://t.co/BNAJebpx cc @stoberycoklat @Afnie_Lan

Reply

yanmie December 19, 2011 at 4:45 am

Resepi Pavlova – Cara Buat Pavlova http://t.co/BNAJebpx cc @stoberycoklat @Afnie_Lan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: