Salam, nak share dengan pembaca blog ini, Syarikat penerbangan Air Asia ada membuat Promosi Ulang Tahun Air Asia Ke 10 Tahun – Tiket Harga 10sen Sahaja!, memang berbaloi kalau korang beli, ini tak tipu tau! betul promosi harga tambang cuma 10sen sahaja, dan jangan lupa pulak tax bahan api dan insurace kena bayar jugak, tapi takdelah mahal mana pun, murah je.

airasia

Promosi 10 Sen dari Air Asia

So inilah masanya untuk rancang percutian dengan keluarga, harga tiket memang berbaloi-baloi dan sangatlah murah, kadang-kadang kalau fikir tak masuk dek akal hahaha, last kami naik air asia balik sabah raya hari tu habis beribu juga untuk tambang kapal terbang nie.

promosi airasia

Promosi berlangsung dari 8 December sehingga 11 December 2011, untuk penerbangan bermula 1 Julai sehingga 27 Oktober 2012, so ada 2 hari lagi untuk korang merebut peluang ini, siapa yang nak balik raya tahun depan tu boleh sangatlah rebut peluang ini. Tapi saya cadangkan plan betul-betul cuti sebab kalau dah beli mana boleh tukar lagi dah, ni tiket promosi okeh, kalau boleh tukar pun kena caj tambang semasa kehkehkeh.

tiket airasia

Harga Tiket 10 sen + Tax + Insurance = 32.06 untuk seorang (sehala)

Harga Tiket Pergi Balik 20 sen = 64.05 untuk seorang (2 hala)

Saya dah beli 6 tiket untuk tahun depan ke Langkawi hihihi, insyaallah mudahan panjang umur, kami akan pergi dengan Mak dan Ayah mertua tercinta, bukan selalu dapat peluang macam ni, raya dulu kalau tak silap 5 tahun lepas kami dapat juga beli tiket Free dari Air Asia, cuma perlu bayar tax dan insurance sahaja, dan kali ni dapat yang harga 10sen hihihihi.

lcct

Haziq masa balik raya hari tu, kami naik air asia, masa beli tiket nie takde promosi so habis beribu untuk tambang kapal terbang, but we happy fly with Air Asia, ewahhh hihihi, meriah beli makanan kat atas tu ^_____^