Salam, bahang Pilihanraya Umum Ke 13 semakin hangat terasa, ramai yang berteka teki Tarikh Bila Pilihanraya Umum Ke 13, sana-sini duk cerita pasal PRU ke 13, apa pun dulu pernah terbaca di web 1malaysia yang mana, Tiada Tekanan Tentukan Bila Pilihan Raya Umum Ke-13, Kata PM.

pilihanraya umum ke 13

Ada yang meramal Pilihanraya umum ke 13 pada bulan jun 2012, pada cuti sekolah nanti, bagus jugaklah kalau buat time cuti sekolah, ramai yang boleh turun mengundi.

Tapi sejujurnya saya dan suami tak pernah turun mengundi, ini disebabkan kawasan mengundi kami berbeza, kami tinggal di klang, saya mengundi di Taman Sri Muda Shah Alam, suami pulak mengundi di Jengka Pahang, sudahnya dua-dua tak pergi mengundi, korang rasa boleh tak tukar kawasan mengundi?

Siapa yang pernah menukar kawasan mengundi?, rumit tak prosedurnya?, kalau tak rumit nak jugak tukar kawasan mengundi, nak mengundi di kawasan mengundi suami, senang sikit boleh balik kampung sekali, kalau tak alamatnya rugi lagilah 2 kertas undi dari kami, macam mana nak tunaikan tanggungjawab kepada negara ye tak?

– Tetiba rasa nak nyanyi lagu pilihanraya kehkehkeh

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

35 thoughts on “Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) – Tukar Kawasan Mengundi?”
  1. Pindah tempat mengundi..saya nk mengundi tapi rasanya dh tlmbat..dulu mengundi kt batang melaka.melaka..kini sya tinggal kt kepayan.kota kinabalu.sabah..bagaimana nk mgundi?.

  2. Saya dah pon pindah ke lembah pantai 3 thn yang lalu,dan saya sudah pon tukar alamat,pada 11/11/11 saya perdi ke Ibu Pejabat Pos Dayabumi untuk tukar alamat mengundi,tapi sampai sekarang bila check kat web site nama saya masih di tempat lama……sempat ke saya mengundi kat mana bumi di pijak?

    1. mana boleh undi kat mane-mane, bro. kalau kita, anak-anak dan semua keluarga tinggal kat klang, buat apa kita nak mengundi kat pahang. takde kebaikannya kat kita. so, semua ahli keluarga kena tukar alamat IC kat klang la. then tukar alamat mengundi pulak kat klang. rumit jugak process tukar alamat ni.susah-susah. kan bagus kalau boleh tukar alamat on-line je…fax atau scan je apa-apa bukti yang spr nak.

  3. aku tak nak ubah kawasan mengundi kerana nanti orang umno akan bagi duit minyak untuk aku balik pangkah BN kat melaka…haha

    kat temerloh ni YB dia memang ada rekod yg baik.
    tapi memandangkan baru lagi aku kat kawasan ini baik aku kekalkan kawasan mengundi lama sebab aku tahu kawasan tu memang nampak perubahan dan YB buat keje.
    ejam recently posted..Borang BR1M Yang PalsuMy Profile

    1. ooo boleh tukar ye? tengah mencari kalau ada yang boleh buat secara online, tapi tak jumpa pulak -..-”

      kalau kena gi spr jawabnya kena cari masa yang sesuai

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge